nine

34 10 13
                                    

♥♥♥


"Dia dah tidur? Baiklah. Terima kasih ya." Ucap Shinji sebelum menamatkan panggilan telefon.

"Kenapa Shinji?" Soal Seokjin yang masih lagi sibuk bermain dengan telefon pintarnya.

"Rae— bukan. Amylia. Jimin kata dia dah tidur. Mungkin penat tolong ibu bapa angkat dia berniaga." Jawab Shinji lalu duduk di kerusi pejabatnya.

"Kau rasa apa yang kau buat ni, betul ke?" Soal Seokjin tiba-tiba.

"Kenapa? Kau tak percayakan aku?" Soal Shinji sambil berkerut.

"Tak adalah. Cuma.."

"Cuma apa?" Shinji menahan amarahnya yang mungkin meletus bila-bila masa saja.

"Aku tak gembira dengan hidup aku sekarang. Tak ada kawan. Tak boleh main-main. Tak ada ibu." Seokjin mengeluh lalu perlahan-lahan berbaring di atas sofa.

Shinji meraup wajahnya kasar.

"Seokjin. Kita dah bincang perkara ni 3 bulan lepas, kan? Susah ke kau nak faham? Bukan susah. Lagi beberapa bulan saja. Banyak lagi kerja yang aku perlu selesaikan. Takkan lama. Kita dah dewasa Seokjin. Tak ada masa lagi untuk fikir tentang main. Dan tentang ibu, aku dah pesan banyak kali kan? Kita tak perlu lagi sebut nama ibu. Ibu takkan muncul atau hidup kembali kalau kita menangis air mata darah sekalipun." Nafas Shinji mula tidak teratur.

"Dewasa bagi kau, tapi bukan bagi aku. Kenapa? Kenapa aku tak boleh sebut nama ibu? Kau benci pada ibu ke? Ha?" Wajah Seokjin mula berubah tegang.

"Kau tak faham lagi ke apa yang aku cuba sampaik—"

"Memang aku tak faham! Semua benda aku tak faham! Tapi kau pernah faham perasaan aku?! Dari awal lagi aku tak pernah setuju dengan permintaan kau! Dari awal juga aku terpaksa tunduk dan akur pada kau sedangkan kau kembar aku!" Tengkingan Seokjin membuatkan Encik Im di luar pejabat tersentak.

"Kim Seokjin!" Shinji mula tidak tahan sabar.

"Selama ni, aku ikut cakap kau! Tak pernah membantah! Tapi apa balasan yang aku dapat? Tak ada apa! Hidup paling menyedihkan! Aku benci kau—"

'Panggg!'

Tanpa amaran, tangan Shinji hinggap di pipi Seokjin. Dadanya berombak. Dia sudah tidak dapat menahan amarah yang semakin menguasai dirinya. Encik Im tersentak apabila melihat Seokjin ditampar.

"Encik Im, tolong bawa Seokjin pulang ke rumah sekarang." Arah Shinji tanpa melepaskan pandangannya ke arah Seokjin.

"Bagaimana dengan Cik—"

"Pergi sajalah!" Encik Im segera membawa Seokjin keluar dari pejabat Shinji setelah ditengking oleh Shinji.

Shinji terduduk lemah di atas kerusi dan meraup wajahnya sendiri. Apa yang dia sudah lakukan? Dia sudah menyakiti satu-satuAa adik kembarnya. Rasa bersalah mula menebal dalam dirinya. Dia cuma berasa tertekan. Tertekan kerana dipaksa oleh bapanya untuk mengambil alih syarikat.

Sejak dari mula lagi Shinji menolak tawaran untuk memegang syarikat milik bapanya. Dia tidak mahu. Apa yang dia mahu, hanyalah hidup seperti biasa bersama rakan-rakannya. Tapi malang tidak berbau. Ibunya terlebih dahulu meninggalkan Seokjin dan dirinya.

Hanya dengan cara ini, Seokjin dan dirinya akan dapat kembali hidup normal. Dia terpaksa menerima tawaran itu kerana telah diugut oleh bapanya sendiri. Tuan Kim mengugut bahawa Tuan Kim akan membawa Seokjin lari ke Australia jika dia menolak tawaran itu. Dengan syarat, Shinji harus melupakan rakan-rakannya, menukar segala nombor telefon dan akaun peribadi mereka dan juga memujuk Seokjin untuk ikut sama berpindah ke Daegu. Akibat sayang pada kembarnya, Shinji terpaksa berbuat demikian.

Our Love Triangle ➽ ksj+kthWhere stories live. Discover now