two

78 14 9
                                    

♥♥♥


Shinji dan Raesha hanya duduk berdiam diri ketika bersama 4 orang lelaki yang dari tadinya sibuk bermain kuiz. Bising. Hampir kesemua kanak-kanak di taman itu memandang mereka.

Shinji menepuk dahi, manakala Raesha mengeluh panjang.

"Kau berdua okay tak ni? Tak sihat ke?" Soal Seokjin prihatin.

"Aku dengan Raesha sihat je. Aku pula tengok korang semua macam tak sihat." Perli Shinji.

"Hahahahaha!" Mereka semua ketawa melihat dua kembar itu bergaduh.

'I need you girl
nē, kimi wa hitori itsumo migatte de
I need you girl
nē, boku wa hitori kun e hikare te ku
I need you girl
mabushi sō de
I need you girl
kogoe sō de
I—'

"Hello?" Mereka semua serentak membisukan diri setelah melihat Shinji menjawab satu panggilan.

"Sekarang? Haish. Iyalah. Sekejap lagi saya sampai. Eung." Shinji melepaskan keluhan berat lalu menyimpan telefon pintarnya semula ke dalam poket.

"Kenapa ni Shinji?" Laju saja Seokjin menyoal.

"Erm, aku ada hal dengan Hanbin. Ouh ya, tolong pesan pada ibu yang aku akan tidur di rumah Raesha." Pesan Shinji lalu menarik tangan Raesha untuk beredar.

"Kakak! Yah! Kim Shinji!" Jeritan kuat Kim Seokjin hanya diabaikan oleh kembarnya.

"Kenapa dengan Shinji tu? Macam ada masalah je." Taehyung sedikit mencebik apabila Shinji pergi begitu saja tanpa bermain kuiz bersama mereka.

"Aku pun tak tau." Seokjin menggigit bibirnya.


♥♥♥


"Apa maksud awak yang saya curang pada awak? Awak nampak ke saya keluar bersama dengan lelaki lain?! Perlu ke awak tuduh saya sampai macam ni sekali?!" Tengkingan Shinji itu membuatkan Raesha tersentak sebaik sahaja mereka masuk.

"Awak ingat saya tak nampak awak keluar dengan lelaki?! Awak tak boleh bodohkan saya!" Marah Hanbin.

"Sudahlah tu! Abang! Cukup! Abang dah salah fah—"

'Bukk!'

Raesha kini terjatuh di atas lantai yang penuh dengan kaca akibat ditolak kasar oleh Hanbin sendiri. Shinji yang perasaan akan hal itu segera berlari mendapatkan Raesha yang kini terduduk di lantai sambil mengusap tangannya yang sakit.

"Tak boleh ke awak simpan ego awak tu?! Sampai hati awak tolak adik awak sendiri?! Awak tak ada perasaan simpati ke?! Dasar hati batu!" Dada Shinji berombak akibat menjerit dan melepaskan marahnya pada Hanbin.

"Hanya disebabkan salah faham, sanggup awak buat macam ni?! Seokjin ada di sana bersama saya! Kembar saya sendiri! Kenapa awak perlu cemburu?! Bukannya saya bercumbu dengan salah seorang dari—"

"Saya tak suka lihat awak dekat dengan Taehyung! Faham tak?!" Tengkingan Hanbin membuatkan Shinji terdiam.

Taehyung? Kenapa harus Taehyung?

"Dia cuma kawan! Awak tak faham ke erti persahabatan?! Saya tak anggap dia lebih dari seorang kaw—"

"Tapi bukan bagi dia!" Sekali lagi Hanbin memotong percakapan Shinji.

"Dia suka pada awak! Dia anggap awak lebih dari seorang kawan! Hal itulah yang menyebabkan saya tak mahu awak dekat dengan dia!" Tambahnya lagi.

Shinji terkedu. Taehyung suka pada dirinya? Tapi kenapa? Setelah itu, Hanbin terus saja keluar dari rumahnya setelah mencapai jaket kelabu miliknya dan juga sekotak rokok.

Our Love Triangle ➽ ksj+kthWhere stories live. Discover now