♥♥♥
Tuan Kim masuk ke dalam biliknya dengan perasaan geram. Sakit hatinya apabila Shinji sanggup mengugut dirinya. Ini tidak boleh dibiarkan. Dia harus cari jalan supaya Shinji dan Seokjin menetap di Daegu untuk 5 bulan lagi."Sogeun. Kamu okay?" Soal Puan Yoo.
"Mak." Tuan Kim berdiri lalu menjemput Puan Yoo untuk duduk bersama.
"Hmm. Saya tak tahu nak buat apa lagi sekarang ni mak. Shin pun dah melawan cakap saya dan memberontak. Shin mahu pulang ke Seoul 2 bulan akan datang dan tak mahu menetap di sini lagi 5 bulan." Tuan Kim mengeluh panjang.
"Apa yang susah sangat? Kamu ugutlah dia semula." Kata Puan Yoo dengan sinisnya.
"Macam mana?" Soal Tuan Kim.
"Jika dia masih berdegil untuk pulang ke Seoul, pastikan dia takkan dapat pegang syarikat kamu." Jawab Puan Yoo tenang.
"Tapi mak.. itu dah melanggar perjanjian saya dengan dia." Kata Tuan Kim lalu mengetap bibir.
"Perjanjian atau tak, kamu masih bapa kepada Shinji. Kamu mesti tegas dengan dia. Jangan lemah macam orang suruhan dia." Kata Puan Yoo tegas.
"Hmm baiklah. Saya akan cuba." Tuan Kim akur.
"Tapi kalau dia masih berdegil?" Soal Tuan Kim lagi inginkan kepastian.
"Beri saja syarikat kamu itu kepada anak kamu yang lain." Jawab Puan Yoo selamba.
"Mak." Tuan Kim mula berkerut.
"Apa? Apa gunanya kalau kamu ada 4 orang anak, tapi masih berharap pada anak perempuan kamu yang degil tu?" Puan Yoo memandang Tuan Kim lama.
"Tapi Shinji masih lagi anak sulung saya walaupun Seokjin kembarnya." Tuan Kim mengeluh lalu meraup wajahnya kerana berasa kusut.
"Dan.. mereka berdua masih lagi tak tahu tentang kewujudan adik-beradik mereka yang lain." Tuan Kim mula risau.
"Kamu takut Shinji dan Seokjin membantah? Macam tu?" Puan Yoo mengangkat keningnya sedikit.
"Bukan macam tu. Saya bimbang jika mereka mula berebut syarikat tu." Jawab Tuan Kim lemah.
"Biarkan mereka berebut. Mak nak lihat siapa yang lebih pandai dan layak untuk pegang syarikat tu." Kata Puan Yoo lalu beredar.
♥♥♥
Amylia tercungap-cungap mencari nafas. Lelaki yang baring di sebelahnya juga tercungap-cungap mencari nafas. Amylia tersenyum sinis lalu ketawa kecil. Amylia meletakkan kepalanya pada lengan lelaki itu lalu tubuh lelaki itu dipeluk erat walaupun kedua-dua mereka tidak mempunyai seurat benang pada tubuh mereka.Lelaki itu memegang dagu Amylia lalu mengucup bibir lembut milik Amylia. Mereka berdua hanyut dalam dunia mereka sendiri. Setelah 5 minit bercumbuan, mereka akhirnya berhenti. Lelaki itu menyelitkan rambut Amylia ke belakang telinganya.
Wajah Amylia diusap lembut. Lalu dia mencium leher Amylia dengan perlahan. Amylia hanya menutup matanya. Kemudian, Amylia menolak lelaki itu untuk baring bersamanya.
"Tak sangka kita dah jadi suami isteri, kan?" Amylia tersenyum menahan rasa teruja yang membuak-buak apabila mengingati bahawa mereka berdua telah sah menjadi pasangan suami dan isteri.
Suasana di dewan perkahwinan cukup indah dan meriah. Ramai jemputan yang hadir dan ianya majlis yang cukup mewah sekali. Sekali lagi Amylia tersenyum sendiri.
"Sekarang, awak dah jadi milik saya. Jadi, jangan berani awak nak curang dengan saya." Kata lelaki itu lalu mencuit hidung mancung dan kecil milik Amylia.
YOU ARE READING
Our Love Triangle ➽ ksj+kth
أدب الهواة━If you love two people at the same time, choose the second one. Because if you really love the first one, you wouldn't have fallen for the second. Better you love yourself first. " Kau yang paksa aku untuk buat macam ni. " " Aku benci kau. " WARNIN...