♥raesha's♥
Aku perlahan-lahan berbaring di atas katil milik abang. Adakah ini perasaan abang apabila menunggu kematian tiba? Tenang. Sejuk.Gelang kepunyaan abang, aku genggam dengan kemas. Sekali lagi soalan ini muncul di dalam fikiran aku. Patut ke aku lakukan semua ni? Aku mengetap bibir. Lalu aku bangun semula dan mencapai jaket milik abang.
Aku harus keluar dan pergi dari sini. Tiada kesakitan. Tiada penderitaan. Tiada kesedihan. Tiada lagi memori.. aku dan abang. Jaket berwarna kelabu disarung pada tubuhku. Aku melihat diri di cermin. Mata, hidung dan bibir aku benar-benar kelihatan seperti abang waktu ini.
Aku meraup wajahku kasar lalu menjerit dengan kuat. Aku kembali memandang ke arah cermin. Tiada lagi wajah abang yang dipantulkan oleh cermin di hadapanku ini. Aku segera berlari ke arah bilik tidurku.
Beg baju dibuka seluas mungkin. Baju-baju yang bergantung di dalam almari diambil lalu disumbat ke dalam beg. Begitu juga dengan duit. Setelah mengira jumlah duit simpanan yang aku ada, aku segera memasukkan duit itu ke dalam beg.
Semakin lama aku tinggal di sini, semakin gila aku dibuatnya. Aku tak boleh bertahan.
♥♥♥
"Seokjin. Kau pergilah masuk dulu. Aku nak ambil barang-barang dapur untuk Raesha dalam bonet kereta sekejap." Kata Shinji lalu berlari semula ke arah keretanya.Seokjin akur. Dia membuka pintu perlahan-lahan dan menjenguk keadaan di dalam rumah itu. Kepalanya digelengkan. Sungguh berselerak dan tidak teratur. Seperti rumah yang lama ditinggalkan.
"Raesha? Kau dekat mana?" Seokjin cuba menyeru Raesha sambil tangannya ligat mengemas ruang tamu itu.
Namun, tiada sebarang sahutan diterima oleh Seokjin. Setelah siap mengemas ruang tamu itu, Seokjin segera bergegas dan berlari ke tingkat atas.
"Raesha?" Sekali lagi nama Raesha diseru.
Setelah tiba dihadapan pintu bilik Hanbin, Seokjin berhenti lalu menguak sedikit pintu itu. Dalam beberapa detik, Seokjin tergamam. Bilik Hanbin sungguh kemas dan dipenuhi dengan gambar-gambar Raesha dan Shinji.
Seokjin tersenyum nipis. Akhirnya, dia menjumpai satu gambar kecilnya bersama Hanbin di penjuru. Air matanya ditahan sebaik mungkin.
"Aku rindukan kau, Hanbin." Ucapnya perlahan.
Tiba-tiba, seseorang berlari melepasi bilik di mana Seokjin berada. Akibat terkejut dan ingin tahu, Seokjin segera berlari mengejar manusia yang sedang berlari menuruni anak tangga.
"Yah! Berhenti!" Jerit Seokjin.
Akhirnya dia itu berhenti di hadapan pintu dan sedang berhadapan dengan kembarnya, Shinji.
"Raesha?" Shinji berkerut.
♥♥♥
"Apa yang kau cuba buat ni? Apa semua ni? Beg baju? Biar betul? Kau nak lari dari sini? Kau dah gila ke?" Soal Shinji bertubi-tubi sambil berkerut kerana geram dengan tindakan yang cuba dibuat oleh Raesha."A-aku.."
"Tak sangka Raesha yang sekarang ni suka buat keputusan terburu-buru." Kata Shinji seakan memerli Raesha.
"Kenapa kau buat macam ni Raesha?" Soal Seokjin.
"Ak— Uhuk!"
Shinji dan Seokjin, kedua-dua mereka tersentak apabila melihat Raesha batuk-batuk sehingga mulutnya berbuih-buih.
YOU ARE READING
Our Love Triangle ➽ ksj+kth
Fanfiction━If you love two people at the same time, choose the second one. Because if you really love the first one, you wouldn't have fallen for the second. Better you love yourself first. " Kau yang paksa aku untuk buat macam ni. " " Aku benci kau. " WARNIN...