♥♥♥
Raesha hanya termenung dan membisu tatkala gurunya sedang mengajar dan menerangkan tentang pembelajaran mereka pada hari ini. Dia masih lagi memikirkan tentang mimpi yang dialaminya malam tadi.Selepas bermimpi tentang hal itu, Raesha tidak tidur sehingga sekarang. Shinji memalingkan kepalanya ke arah Raesha. Melihat kawannya itu diam dan termenung, Shinji menyiku perlahan lengan Raesha. Raesha menoleh ke kiri.
"Raesha. Kau okay ke? Kau nampak tak sihat. Pucat." Bisik Shinji risau.
Secara mengejut, Raesha berdiri dan keluar dari kelas tanpa meminta kebenaran guru kelasnya. Berkali-kali namanya dipanggil oleh Pn. Oh. Malang, Raesha hanya memekakkan telinga.
"Shinji. Kenapa dengan Raesha? Dia ada masalah ke?" Soal Pn. Oh ingin tahu.
Seluruh pelajar di dalam kelas memandang terus ke arahnya. Shinji kaku. Dia sendiri tidak tahu mengapa.
"Tak mengapa. Mari kita sambung pelajaran ki—"
"Pn. Oh!" Pn. Oh memandang ke arah Shinji sambil mengangkat keningnya.
"S-saya nak cari Raesha." Pinta Shinji.
♥♥♥
"Hiks." Raesha kini menangis teresak-esak di belakang tangga.Air matanya diusap berkali-kali agar berhenti. Namun, air matanya terus dan terus mengalir tanpa henti. Skirt sekolahnya sudah basah akibat air matanya yang mengalir seperti air terjun.
"Raesha!"
Mendengarkan suara itu, Raesha menutup mulutnya rapat agar Shinji tidak dapat mencarinya. Dia ingin bersendirian. Dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dalam keadaan dirinya yang begitu... kusut.
"Jung Raesha! Kau dekat mana?!" Shinji terus menjerit memanggil nama Raesha.
"Haih. Kalau aku jadi Raesha, kemana aku akan pergi?" Soal Shinji sendirian.
Sambil memikir, Shinji menoleh kiri dan kanan. Dia memandang ke arah anak tangga di hujung blok C sekolah itu.
"Kalau aku sedih, marah, kecewa, lari dari cikgu atau apa saja, aku akan pergi ke sini. Kita boleh share tempat ni. Hehe."
Bagai ulang tayang sewaktu mereka baru bertemu berlayar di kotak fikirannya. Tangga. Ya. Sewaktu mereka baru bertemu, Raesha memberitahu bahawa kawasan itu adalah tempat dimana dia akan melepaskan segala perasaannya.
Dengan pantas, Shinji berlari ke arah tangga itu. Dia melihat di belakang tangga. Dia mengeluh. Tiada. Kemana Raesha menghilang? Shinji perlahan-lahan duduk. Tangannya diletak di atas lantai.
Setelah merasakan terdapat sesuatu yang basah disitu, Shinji kembali mengangkat tangannya. Air. Shinji berkerut. Dia pasti, Raesha berada di sini sebelum dia tiba.
"Jung Raesha!" Shinji berlari menaiki anak tangga.
Dari sudut blok sekolah yang lain, Raesha mengeluh apabila melihat Shinji berusaha mencarinya.
"Maafkan aku. Aku tak mahu berjumpa sesiapa.. termasuk kau." Ucapnya perlahan.
Raesha mengeluh lalu mengorak langkah kedepan.
'Bukk!'
"Ark! Kau ni tak namp—" Terbantut Raesha ingin memarahi orang yang berdiri di hadapannya.
"K-kim Seokjin." Raesha berundur sedikit.
"Kenapa?" Soal Seokjin hairan.
"Jung Raesha!" Mereka berdua serentak memandang ke arah Shinji yang masih mencari Raesha dimana.
YOU ARE READING
Our Love Triangle ➽ ksj+kth
Fanfiction━If you love two people at the same time, choose the second one. Because if you really love the first one, you wouldn't have fallen for the second. Better you love yourself first. " Kau yang paksa aku untuk buat macam ni. " " Aku benci kau. " WARNIN...