three

49 11 3
                                    

♥♥♥


"Kau pasti dalam mimpi kau tu, Taehyung suami kau dan bukannya Hanbin?" Soalan Raesha dibalas dengan anggukan.

"Ya. Aku tak tau kenapa. Tapi aku dapat rasakan mimpi yang aku alami ni satu petanda buruk." Shinji menggigit bibir bawahnya kerana berasa bimbang.

"Hey, bertenang. Aku tak rasa ianya petanda buruk. Mungkin ianya mimpi semata-mata." Kata Raesha ingin menenangkan Shinji.

"Erm, aku nak bagitau kau sesuatu ni." Shinji mula memandang Raesha sambil mengangkat keningnya.

"Apa dia?" Shinji menyoal.

"Abang aku nak jumpa kau lepas habis sekolah—"

"Taknak." Pantas saja Shinji memotong kata-kata Raesha.

"Shinji. Kau tau kan Hanbin sayang kau sorang je?" Raesha mengeluh.

"Aku tak kenal siapa dia Hanbin yang sekarang ni. Aku nak Hanbin yang dulu." Kata Shinji masih berkeras.

"Kau jumpa lah dia, ya? Mana tau dia nak baiki apa yang dah retak kelmarin?" Pujuk Raesha.

Shinji masih berdiam diri dan tetap dengan pendiriannya. Dia tidak mahu bertemu Hanbin dalam waktu terdekat ini. Rasa sakit di hatinya masih belum pudar apabila dituduh oleh Hanbin sedemikian.

Kemudian, hidungnya mula memerah, dadanya terasa sebak dan air matanya mula bertakung. Sungguh dia tidak mahu bersikap begini. Tetapi, Hanbin lah puncanya.

"Haih. Suka hati kau lah Shinji. Ambil lah masa kau. Aku taknak paksa. Tapi, lebih cepat lebih baik." Raesha bangun dari tempat duduknya lalu keluar.

'Aku bukan tak nak. Tapi hati aku sakit sangat.' Bisik hatinya.

Shinji meletakkan kepalanya di atas meja sambil matanya memandang ke luar tingkap. Air matanya perlahan mengalir.

'Tok! Tok! Tok!'

"Ya? Cari siapa?" Soal salah seorang pelajar di dalam kelas itu.

"Kim Shinji." Setelah mendengar namanya disebut, Shinji pantas mengangkat kepalanya dan memandang ke arah pintu.

Kelihatan Taehyung di hadapan pintu sambil tersenyum.


♥♥♥


"M-maafkan aku sebab menangis." Ucap Shinji sambil mengusap air matanya dengan menggunakan tisu.

"Takpe. Nangislah Shinji. Aku akan sentiasa ada untuk kau. Kau kan kawan aku." Taehyung tersenyum lalu menepuk bahu Shinji perlahan.

"Apa-apa pun, nah! Hadiah kau." Taehyung menghulurkan hadiahnya pada Shinji.

"Hadiah? Harini bukan hari lah—"

"Hadiah sebagai tanda persahabatan kita yang ke-3 tahun." Taehyung ketawa perlahan sambil menggosok belakang lehernya.

"Eh? Dah 3 tahun ke?" Shinji sedikit terkejut.

Taehyung sekadar mengangguk.

"Terima kasih, kawan." Shinji ketawa hambar.

"Sama-sama, kawan." Balas Taehyung.

"Tak kira apa pun yang berlaku, aku akan sentiasa ada di sisi kau. Sampailah... aku hembuskan nafas yang terakhir." Ucap Taehyung.

Shinji terkedu seketika. Dalam masa yang sama, dia tersentuh. Shinji mengukir sekuntum senyuman.


♥♥♥

Our Love Triangle ➽ ksj+kthWhere stories live. Discover now