PaRt 7

263 21 0
                                    

Exo-Sing For You

   "Kenapa tak biarkan mereka ditahan di hospital?Lagipun mereka tercedera jadi sepatutnya mereka dirawat di sana" kata Hyunjoo pada CEO Park sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam apartmen milik Exo.
   "Kan saya dah bagitahu lebih baik mereka berehat di rumah saja" balas CEO Park.
   "Tapi,seeloknya di hospital lagipun keadaan Xiumin.." kata² gadis itu pantas dipotong.
   "Doktor dah bagitahu, Xiumin cuma terluka bahagian luaran saja.Luka itu akan sembuh dalam tempoh beberapa hari" beritahu CEO Park.
   "Benarkah?Atau..CEO Park buat semua ni sebab tak nak pihak media tahu akan hal ni?" soal gadis itu datar.

   "Jadi,siapa yang patut bertanggungjawab dalam hal ni,kamu kan?Kenapa kamu boleh biarkan mereka semua jadi macam ni?" soal CEO Park diingin.Matanya tak lepas daripada memandang Hyunjoo.
   "Saya boleh terangkannya,CEO Park.Sebenarnya.."
   "Kamu dah mengecewakan saya Kim Hyunjoo.Saya bagi kamu tanggungjawab ni supaya kamu jalankan dengan baik tapi kamu dah gagal!Macam mana boleh jadi macam ni?Macam mana kamu lindungi mereka semua?!" marah CEO Park pada anak saudaranya.Gadis itu terdiam.Realitinya tiada salah seorang pun daripada Exo mengetahui bahawa Hyunjoo merupakan anak saudaranya kecuali staf di SmTown saja.

   "CEO Park, kami.." baru Suho ingin mengatakan sesuatu tetapi CEO Park terlebih dahulu mencelah.
   "Kamu diam.Ini urusan saya dengan dia.Jangan kamu semua berani nak campur urusan kami!" sikap tegas CEO Park telah mula kelihatan.Exo hanya menundukkan kepala mereka.
   "Oh..jadi CEO Park nak kata sayalah penyebab semua ni?" soal Hyunjoo sambil mengetap bibirnya.
   "Nae!Memang kamu penyebab semua ni.Gara² kecuaian kamu mereka semua hampir mati!Kamu nak mereka semua mati ke?!" jerkah CEO Park menyebabkan Hyunjoo tersentak mendengar kata² itu.Hatinya tiba² sakit mendengar kata² yang terpacul dari mulut pak ciknya.Belum pernah pak ciknya memarahinya seteruk ni.Dia sendiri tidak menyangka pak ciknya akan bersikap demikian.

   "Betul tu,memang salah saya..saya yang bersalah dalam hal ni.Tapi,pernah tak kamu ambil berat pasal saya sebagai mana kamu ambil berat pasal diorang semua?Pernah tak kamu ambil tahu tentang perihal saya?Apa yang saya buat,dengan siapa saya berkawan,macam mana pembelajaran saya,macam mana keadaan saya?Pernah ke kamu tanya semua tu?!"
Kali ni giliran CEO Park pula mendiamkan diri.Lidahnya kelu untuk berkata mahupun menjawab semua persoalan itu.
Exo saling berpandangan antara mereka.Masing² mengangkat bahu tanda tidak tahu.

   "Apa yang dah berlaku sebenarnya?" soal Luhan separuh berbisik.
   "Molla.." balas salah seorang daripada mereka.

   "Malah..saya minta kamu luangkan masa bersama saya pun,itupun hanya sebentar.Macam² saya dah buat supaya kamu sedar akan kehadiran saya tapi,kamu langsung tak perasan..saya tahu saya dah tak penting bagi kamu sekarang,tapi satu perkara saya nak tanya CEO Park siapa saya bagi awak?siapa saya dalam hidup awak?!"
Namja dihadapan gadis itu masih kaku tanpa kata².

   "Kenapa ahjussi diam?Jawablah soalan saya!
AHJUSSI!!" jerit Hyunjoo.Air matanya cuba ditahan sebaik mungkin supaya tidak jatuh membasahi pipinya.

   "A..ahjussi?Jadi CEO Park ni pak cik awak?" soal mereka semua secara serentak.
   "Nae." jawab Hyunjoo ringkas.
   "Betul ke CEO Park,apa yang kami dengar ni?" soal mereka lagi sambil memandang ke arah CEO Park tanpa berkelip langsung.CEO Park mengeluh kemudian mengangguk perlahan.

   "Tapi.." Chen baru hendak bertanya sesuatu kepada CEO Park tetapi lelaki itu pantas memotong,
   "Eoh!Tentu kamu semua penat.Berehatlah dan saya akan uruskan perkara yang tak beres lagi.Saya minta diri dulu ye"
   "Baiklah.." balas semua orang yang berada di situ kecuali Hyunjoo.Gadis itu menggenggam kemas buku limanya.Air matanya yang hampir mengalir itu pantas dikesat.
   "Biar saya tolong ubatkan luka kamu semua" ujar Hyunjoo kepada member² Exo.
Jongkook sudah pulang kerana ada hal kecemasan.Dia juga tercedera namun hanya cedera ringan saja.Seluruh badan Hyunjoo terasa sakit-sakit akibat pergaduhan tadi,wajahnya juga tercedera teruk tapi ditahan sakitnya itu sambil mengubati luka² member² Exo yang dibantu oleh Chanyeol,Sehun dan Lay yang hanya menghadapi luka ringan saja.

Dia marahkan pak ciknya bukan sahaja sebab tadi tapi dia kecewa kerana pak ciknya langsung tidak mengambil berat akan dirinya yang juga tercedera dalam pergaduhan tadi.Perasaannya berbaur marah,sedih,kecewa dan macam² lagi tapi ditahan perasaan tersebut.

                    ************

Bodyguard GirlWhere stories live. Discover now