Part 4

142 6 0
                                    

KEDATANGAN Asyraffi pagi itu telah menhejutkan Adnan yang terlena di tepi katil Zaffel . Sudah beberapa hari Adnan berada di situ menunggu adiknya sedar . Keadaan adiknya yang koma itu begitu meruntun hati Adnan . Sememangnya dia bersyukur kerana adiknya masih dipanjangkan umurnya oleh Allah dan doanya dimakbulkan Ilahi . Namun , dia tidak menyangka bahawa Zaffel akan koma kerana otaknya mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan yang menimpanya . 

Doktor Aryan yang merawat Zaffel turut menyatakan bahawa peluang untuk Zaffel sedar semula adalah sangat tipis  .

Adnan berjanji , dia tidak akan berhenti berharap dan berdoa supaya Zaffel segera sedar . Adnan juga berjanji , dia akan balas segala perbuatan kejam yang telah dilakukan oleh teman wanita Zaffel terhadap adiknya itu . Ya , gadis yang bermain dengan kehidupan seorang lelaki yang setia menyayanginya selama ini . Gadis yang sentiasa meminta Zaffel memenuhi segala kehendak dan keinginannya . Gadis yang sangat dicintai oleh Zaffel sehingga adiknya sanggup mati kerana gadis tersebut . 

Entah apa hebatnya penangan gadis itu sehingga Zaffel rela korbankan nyawanya kerana terlalu kecewa dengan manusia yang bergelar wanita . 

Adnan sememangnya tidak pernah berjumpa dengan kekasih Zaffel itu . Dia hanya mengenalinya dsripada cerita Zaffel . Sebelum ini , dia tidak pernah nengesyaki teman wanita adiknya itu kerana dia yakin , Zaffel bahagia dengan gadis tersebut . Perubahan ketara selepas kejadian hitam dalam keluarganya selama ini . Tetapi , segalanya telah berakhir selepas kejafian kemalangan yang menimpa Zaffel . Adnan tekad mahu mencari bekas teman wanita Zaffel . Dia mahu menuntut bela atas perbuatan dan kekecewaan yang dialami oleh Zaffel . Hanya perasaan dendam yang bermain di fikirannya ketika ini . 

Pertama kali Adnan melihat wajah gadis itu adalah semasa dia membuka dompet milik Zaffel yang diserahkan oleh pihak polis dan untuk pertama kalinya juga , wajah gadis itu melekat dalam memori Adnan . Kerana dendam yang begitu membara dalam dirinya , Adnan meminta Asyraffi mencari alamat kediaman gadis itu . Pada masa yang sama , Adnan sudah menyediakan agenda tersendiri . 

Lamunan Adnan tiba-tiba terhenti apabila Asyraffi menyentuh bahunya . 

"Dam ....balik la dulu . Biar aku pula temankan Zaffel . Dah berapa hari kau tak berehat . Kalau ada apa-apa masalah nanti, aku call kau . Balik , rehatkan diri dan fikiran kau tu dulu . Nanti kalau kau sakit , macam mana kau nak jaga Zaffel sampai dia sedar ." Asyraffi yang sudah mengambil tempat ke sisi Zaffel melihat Adnan yang mula berjalan ke bilik air . 

Adnan tersenyum pahit  . Penampilannya sejak beberapa hari ni tidak bergitu kemas dab serabai dengan rambutnya yang tidak bersikat rapi dan matanya yang bengkak akibat kekurangan tidur demi menjaga adiknya . 

Selesai mencuci muka dan membetulkan rambut dan bajunya , Adnan keluar dari bilik air dab menuju ke arah Asyraffi . Sahabatnya itu sedang leka membaca surah Yasin untuk Zaffel . Jiwa Adnan begitu tersentuh dengan perlakuan Asyraffi yang sentiasa terpuji itu . Mujurlah dia mempunyai kawan sebaik Asyraffi  . 

Adnan meminta diri untuk pulang ke rumah . Dia meminta Asyraffi untuk menjaga adiknya dahulu . Mungkin , ini adalah masa untuk dia bertindak . Dia harus menyelesaikan beberapa uruaan dokumen penting syarikat yang dibawa oleh Asyraffi tadi . 

Alamat rumah yang diberi oleh Asyraffi tadi benar-benar menaikkan rasa marah dan dendam dalam dirinya . Adnan sudah tekad . Dia harus mencari gadis itu dan membuat perhitungan fengannya secepat mungkin.

Dendam Yang DibutakanWhere stories live. Discover now