Part 3

160 7 0
                                    

Setibanya di hadapan bilik kecemasan , hatinya diruntun hiba . Kakinya mula lemah dan tidak lagi mampu untuk berdiri . Hanya esak tangisannya yang tidak berhenti mulai kedengaran di segenap ruang kawasan bilik kecemasan itu . Adnan berasa begitu sedih saat itu . Kesedihan inilah yang sama dirasai saat mendapat berita kematian kedua-dua ibu bapanya lima tahun yang lalu. Dia tidak sanggup untuk menghadapi situasi itu sekali lagi dan tidak sanggup untuk kehilangan seseorang lagi yang darah dagingnya amat dikasihinya di dunia ini  .

          Saat Adnan hiba mendoakan keselamatan adiknya , bahunya ditepuk lembut okeh seseorang . Adnan mendongak , berpaling memandang wajah seorang lelaki muda yang amat dikenalinya.

          Lelaki itu membantu Adnan untuk berdiri semula dan belum  sempat dia bersuara , tubuh sasa Adnan sudah memeluknya erat bersama tangisan yang begitu sayu . 

"" Selamatkan Zaffel , Asy . Tolong selamatkan Zaffel . Ini semua salah aku , Asy . Salah aku . Aku tak jaga dia dengan baik . Aku gagal . Aku abang yang paling tak guna , Asy . Aku tak guna ! " 

Adnan meluahkan semua rasa sesalan dan kesedihannya kepada Asyraffi . Jejeka muda itu yang merupakan pembantu peribadinya , merangkap sahabat karib Adnan . 

Asyraffi cuba menenangkan Adnan . Dia tahu , jiwa sahabatnya itu begitu tertekan dan terkejut dengan apa yang berlaku waktu ini . Dia turut sama terkejut apabila menerima berita tentang kemalangan yang nenimpa Zaffel tadi . Dia yang sedang menikmati hidangan makan malam bersama keluarganya pada masa itu segera bergegas ke hospital . Dia tahu , sahabatnya Adnan amat memerlukan sokongan dari dirinya saat ini . Dia tahu , bahawa Zaffel adalah segala-galanya bagi Adnan . Dia turut bersimpati dengan dugaan yang menimpa Adnan . Pelbagai dygaan yang terpaksa dilalui oleh jejaka itu dalam usia yang masih muda . Kehidupan Adnan penuh dengan liku yang menguji ketabahan hatinya . 

         "" Sabar , Nan . Banyakkan berdoa . Kau jangan salahkan diri kau . Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah. Ni semua adalah dugaan daripada Allah untuk kau dab Zaffel . Kau kena sabar , tabah , kuatkan semangat dan doakan keselamat Zaffel . Kau kena kuat , Adnan . "" Asyraffi memberi kata-kata perangsang untuk sahabatnya itu . 

Esakan Adnan semakin perlahan . Dia melonggarkan pelukannya oada Asyraffi . 

Asyraffi meminpin Adnan supaya duduk di kerusi menunggu di hadapan bilik kecemasan itu . 

         " Sabar , Adnan . Jangan berhenti berdoa kepada Allah sebab Zaffel sedang bertarung nyawa kat dalam sana tu . Kau tahu , kan Zaffel sayangkan kau . Dia akan berjuang demi kau. Dia takkan tinggalkan kau , Adnan . " Asyraffi terus menyuntik semangat buat Adnan walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku sebenarnya . 

        " Terima kasih , Asy . Aku yakin Zaffel akan selamat . Aku yakin . Allah pasti akan tolong Zaffel sebab aku perlukan Zaffel dalam hidup aku , Asy . Aku yakin Zaffel akan selamat . Aku tak izinkan Zaffel tinggalkan aku macam ummi dan baba . Aku takkan biarkan perkara macam tu berlaku lagi dalam hidup aku . " Ujar Adnan dengan penuh pengharapan.

Selamatkan adikku , Ya Allah . Selamatkanlah Zaffel . Sesungguhnya hanya Engkau tempat aku memohon dan mengadu . Hanya Engkau yang tentukan segalanya . Hati Adnan membisikkan doa. Hanya itu yang dia mampu lakukan saat ini . 


Dendam Yang DibutakanWhere stories live. Discover now