part11

161 12 1
                                    

     KAIN BERSIH tadi diambil dan dielus lembut di seluruh lengan Uqaira yang terdedah. Dapat dilihat, wajah gadis itu sedikit segar berbanding tadi setelah dibasahkan dengan air bersih. Kedatangan Mak Jar ke bilik itu menghentikan perbuatan Adnan. Dia terus menyambut mangkur bubur yang dibawa oleh Mak Jar bersama segelas air suam. Segera, Adnan memberi isyarat mata pada Mak Jar supaya tinggalkan mereka berdua.

Sebaik sahaja Mak Jar keluar, Adnan merapati Uqaira yang masih geram . Adnan meniup perlahan bubur nasi yang telah disediakan oleh Mak Jar. Bubur nasi Mak Jar always the best guys! Oh yeah! Adnan ingin menyuap bubur nasi itu ke mulut Uqaira namun gadis yang dari tadi hanya memandang tajam ke arahnya itu langsung tidak membuka mulut malah terus merenungnya. Adnan memcuba sekali lagi, namun reaksi yang sama dibalas oleh Sha Uqaira. Kemarahan Adnan sudah mula memuncak kerana kedegilan Uqaira.

" Berani kau tak nak makan ya. Kau nak tunjuk protes dengan aku ke hah! Dah sakit nak mati masih nak berlagak dengan aku. Aku cakap makan, makan la!"

Adnan sudah tidak memberi layanan sebaik tadi. Segera bubur tadi disuapkan lagi. Tetapi Uqaira tetap tidak membuka mulutnya. Baginya, biarlah dia mati kebuluran daripada mengikut segala kehendak lelaki dayus itu.

Adnan sudah bertambah geram dan marah terus memaksa Uqaira supaya membuka mulutnya. Kedua-dua belah pipi Uqaira dipegang erat dengan tangan sasanya, memaksa gadis itu membuka mulut.

Bersama tangisan , Uqaira terpaksa juga menelan setiap suapan bubur yang lazat itu dengan hati yang tidak rela. Bubur yang disuap oleh lelaki dayus itu sudah tidak disejukkan . Hanya Tuhan saja tahu betapa perit tekaknya menelan saat itu. Setiap suapan bagi Uqaira seperti menelan lahar panas yang rakus melalui tekaknya.

Terbatuk-batuk Uqaira menelan segalanya. Air suam segera disuakan ke mulut Uqaira oleh Adnan.

Dengan begitu rakusnya, Uqaira meneguk kesemua air itu dalam sekelip mata. Uqaira verasa sedikit lega. Pipinya kelihatan sedikit merah kerana dipegang kuat oleh Adnan sebentar tadi.

"Tau pun makan. Aku nak kau cepat-cepat sembuh. Jangan nak jadi manja sangat. Kau kan perempuan hebat. Takkan sakit macam ni pun kau dah mengalah. Aku nak kau sembuh cepat sebab aku tak sabar nak uji kehebatan kau tu...Huh!!" Dengus Adnan sebelum keluar dari bilik itu . Dia berasa puas. Puas kerana tawanannya akan kembali bertenaga untuk terus menerima hukuman daripadanya.

Mata Uqaira sudah mula berair kembali. Pilu dengan nasib yang melanda dirinya itu.

Ya Allah...Selamatkan lah aku. Lindungilah aku. Tabahkan lah hati hambaMu ini Ya Allah. Hanya doa yang mampu gadis itu utuskan. Walaupun tiada sesiapa yang mendengar, Uqaira tahu Allah dengar segala-galanya.Uqaira yakin Allah akan melindunginya dan doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah. Andai ini semua ketentuan yang telah tercatat buat dirinya, Uqaira reda dan dia yakin akan ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ini.

Titisan jernih yang sering menemaninya selama dia diculik ini kembali semula. Beberapa minit kemudian Uqaira lena kembali kerana kepenatan sambil terkenang nasib malang baginya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dendam Yang DibutakanWhere stories live. Discover now