PAGI itu , Uqaira hanya bersarapan dengan segelas susu segar dan juga roti yang bersapu dengan kaya . Dia sudah bersiap-siap untuk ke stesen bas yang sedang menunggunya . Stesen bas tunggu aku datang!!! Jeritnya di dalam hati .
Sudah 2 minggu dia berseorang di rumah itu hanya kerana mahu mengejutkan keluarganya . Nasib baiklah dia masih lagi menyimpan kunci rumah itu walaupun sudah 4 tahun dia tidak balik. Kalau tidak , sudah hancur segala rancangannya untuk membuat kejutan istimewa buat keluarga tercinta .
Pagi itu , Uqaira mengenakan ripped jeans , T-shirt putih dan jaket . Hipster-hipster gitew..
Uqaira menarik bagasinya yang tersangatlah berat itu keluar dari pagar rumah keluarganya di Taman Bukit Indah ( main reka je ni) ...Dia menunggu ketibaan teksi yang telah ditempahnya semalam. Dia mengerling jam tangan yang sudah 4 tahun menemanninya merantau negara orang . Jam tangan itu adalah pemberian teman lelakinya iaitu Alief Irsyad . Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi . Kelibat teksi berwarna biru masih belum kelihatan .
Uqaira mula berasa risau . Dia bimbang akan terlepas bas. Bukan boleh kira sangat jalan di Kuala Lumpur ni . Kalau ada jammed di mana-mana , mahu sangkut perjalanannya nanti . 24 Jam jammed ! Dia mengeluh resah . Tanpa menunggu lama , dia mencapai telefonnya di dalam bed sandangnya untuk menelefon pemandu teksi yang dihubunginya semalam .
Namun , belum sempat dia menekan ikon call , sebuah BMW X5 berwarna merah berhenti betul-betul di depannya . Entah bila masa kereta itu muncul pun dia tidaa perasan . Kerana terlalu terkejut , tubuhnya terdorong ke belakang untuk mengelak . Dia terus mencerlung , memandang ke arah si permandu yang sudah keluar dari kereta dan melangkah laju ke arahnya bahaikan singa mahu menerkam mangsanya .
Tanpa sepatah kata , lengan Uqaira ditarik dengan kasar untuk masuk ke dalam kereta mewah milik lelaki yang berwajah ketat itu . Jeritan Uqaira juga tidak diperdulikan.
" Hei , Lepaskan lah saya ! Awak ni siapa , hah ? Kenapa paksa-paksa saya macam ni ? Saya tak kenal awak lah ! tolong lah lepaskan saya ! "
"Huh , memang kau tak kenal aku . Tapi aku kenal muka jalang kau tu . Harap je muka cantik , tapu hati buruk ! Aku akan balas dendam atas segala perbuatan kejam yang kau dah buat malahmalah , berganda-ganda lebih kejam daripada apa yang kau dah buat ! Aku nak ajar perempuan yang kurang ajar macam kau ni supaya kau sedar sikit diri kau tu siapa . Perempuan kejam ! " tengking Adnan
Tuduhan lelaki itu bagaikan penahan petir yang menyambar dirinya . Setiap perkataan yang keluar dari lelaki yang tidak dikenalinya itu benar-benar merobek jiwanya sebagai seorang perempuan yang lemah . Begitu kejam hinaan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya . Hatinya begitu terhiris saat itu .
Saat Uqaira masih terkejut dengan hinaan tadi , Uqaira tidak sedar bahawa lelaki itu telah mengambil sehelai sapu tangan dari poket seluarnya dan segera menekup muka Uqaira tanpa rasa bersalah dan risau dengan perbuatannya menculik gadis itu . Ya , pagiitu Uqaora diculik di depan rumahnya sendiri tanpa ada seorang saksi melihat .
*****
"MAK JAR jaga perempuan ni baik-baik . Saya tak nak dia terlepas . Kalau dia melwan , lempang je . Saya izinkan . Asalkan perempuan tak guna ni duduk diam-diam dalam bilik tu . Pagi esok , saya datang balik . Sekrang saya nak ke vila dulu , ada urusan penting ."
Adnan terus meninggalkan pondok itu , membiarkan orang tua itu kebingungan dengan arahan mengejut yang baru sahaja diterimanya .
Mak jar hanya mengangguk , mendengar setiap arahan majikannya itu . Dia tidak berani mahu bertanya mengapa gadis cantik itu dibawa ke pondok kecilnya yang terletak jauh di dalam hutan ini ?. Selama ini pun , dia hanya menurut segala perintah yang diberikan oleh Adnan .
Melihat keadaan gadis itu yang sedang berbaring di atas tilam nipis , membuat hatinya berasa kesian . Apatah lagi kaki si gadis itu digari dengan rantai besi yang dibawa Adnan sebentar tadi .
Terasa agak kejam tindakan yang dilakukan oleh Adnan . Tetapi , Mak jar percaya , bahawa pasti Adnan mempunyai sebab tersendiri mengapa dia melakukan semua ni pada gadis itu . Dia sudah kenal sikap Adnan , dia pasti melakukan sesuatu dengan sebab . Namun , jauh di sudut hati mak jar , berdoa supaya tidak ada perkara buruk akan berlaku menimpa gadis itu walau apa pun kesalahan gadis itu pada Adnan .
Sudah enam tahun mak jar berkhidmat dengan Adnan dan tidak pernah sekali pun dia melihat Adnan melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab seperti ini . Malah , Adnan selama ini selalu mengambil berat tentang dirinya .
Adnan yang dikenali oleh mak jar merupakan seorang pemuda yang amat baik hati dan seorang yang sangat bertanggunjawab . Semenjak Adnan berusia lapan belas tahun lagi , dia sudah memikul tanggunjawab sebagai seorang ayah dan ibu demi menjaga dan menyara adiknya , Zaffel . Perniagaan hasil perninggalan arwah ibu bapanya diteruskan dan dibangunkan semula oleh Adnan sendiri semenjak kemalangan yang melakar sejarah hitam buat Adnan dan adiknya . Enam tahun dia berhempas-pulas membina dan menaikkan nama perniagaan ibu bapanya demi memberi yang terbaik buat adik yang terlalu disayangi , Mir Zaffel .
Namun, sejak berita Zaffel mengalami kemalangan beberapa hari yang lalu , mak jar dapat merasakan kesedihan yang terpaksa dilalui oleh Adnan . Dia tahu , Adnan terlalu sayangkan adiknya itu . Segala kehendak Zaffel selama ini pasti akan dipenuhi oleh Adnan . Adnan juga sanggup menyara Zaffel setelah Zaffel habis sekolah beberapa tahun yang lalu dan Adnan tidaa pernah memaksa adiknya bekerja di syarikat mereka kerana Adnan mahu memberi ruang untuk Zaffel merasai kehidupan yang gembira pada usia mudanya .
Adnan tidak kisah jika dia terpaksa berpenat lelah mencari rezeki buat adiknya kerana dia tahu itu adalah tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh ibu bapanya semenjak pemergian mereka .
Begitulah kasih sayang seorang abang terhadap satu-satunya adik yang dia ada di dunia ini dan kerana terlalu sayang itulah membuat Adnan sanggup melakukan sesuatu di luar kawalan rasionalnya .
*****
KEPALA Uqaira terasa begitu berat dan berdenyut hebat . Dia membuka matanya perlahan-lahan . Kerana silau cahaya yang memancar terus menikam ke wajahnya . Tangan yang sedikit lenguh diangkat untuk menutup bahagian wajahnya daripada silauan cahaya tersebut . Dia mula membuka matanya . Kelopak matanya dielus perlahan bagi mengurangkan perit akibat silau yang dirasai seketika itu .
Uqaira memicit kepalanya yang semakin berdenyut. Dia berusaha untuk bangun dan menegakkan badan . Keadaan di sekeliling dipandang dan diamati perlahan . Dia kini seperti berada di dalam sebuah bilik kecil yang berdindingkan buluh . Tingkap buluh di bilik itu terbuka luas di hadapannya . Dia cuba untuk menyusun memori tentang apa yang telah berlaku kepada dirinya semalam.
Uqaira berpaling ke kiri kanan , dia kini berada di atas tilam yang nipis beralaskan lantai . Uqaira mula berasa kurang enak . Dia mengeluh kecil . Rambut pendek yang menutup matanya sibetulkan. Dia melihat pakaian di tubuhnya yang sudah serabai dan comot .
Ya Allah , kat mana aku sekrang ni ? Apa yang sudah terjadi pada diriku Ya Allah ? Bisik hati Uaqira sambil mengurut kepalanya yang semakin berdenyut . Dia mencari barang-barang miliknya , namun tiada satu pun . Malah tiada pentunjuk yang boleh membantu ingatannya tentang apa yang telah berlaku pada dirinya semalam . Kemudian, Uqaira merenung kakinya . Sandal kesayangannya yang dipakainya semalam pun sudah tiada , malah berganti dengan gari besi yang terikat kukuh di kedua-dua belah kakinya .
Dia cuba membuka gari tersebut , namun gagal . Kepalanya bertambah pening dan berdenyut . Dia mula menangis nelihat keadaan dirinya yang sebegitu dan kepalanya ketika ini ligat memikirkan apa yang telah berlaku sebenarnya . Uqaira dirundung pilu dan resah . Perlahan-lahan , Uqaira mula mengingati setiap apa yang dilaluinya semalam sebelum dia dipengsankan oleh lelaki tak guna yang langsung tidak dikenalinya .
******************
(1303 Words)
Sorry kalau ada typo atau kesalahan bahasa . Saya masih mentah ..Baru lagi , jadi kalau salah .. Tegurlah saya . Btw , please vote and comment . Jangan jadi silent readers okay ..Love u gusy 😍
YOU ARE READING
Dendam Yang Dibutakan
RomanceSha Uqaira yang baru pulang ke tanah air diculik oleh seorang lelaki durjana . Dia dijadikan sebagai orang gaji semasa dia diculik . Pelbagai dugaan yang dia harus hadapi seorang diri . Mampukah Sha Uqaira hadapi pelbagai lagi cabaran yang menantiny...