part9

139 9 1
                                    

Hatinya tergores mendengar setiap kata-kata yang dihamburkan oleh lelaki itu . Geraham Uqaira diketap kemas . Menahan air mata dan kemarahan api yang begitu membara . Bila-bila masa sahaja empangan air matanya akan jatuh berderai sekali lagi . Namun Uqaira tahankan juga , sebab dia tidak mahu lelaki kejam itu memandang dia lemah apabila menangis .

" What do you want from me ? Apa yang saya buat sampaikan awak cakap saya jahat? Kenal awak pun tak , inikan pula nak buat jahat pada orang yang saya langsung tidak kenal . Hei , awak sedar tak awak dah culik saya ! Bila papa dan mama saya dapat cari saya , saya akan humban awak ke penjara ! Saya akan pastikan awak dikenakan hukuman gantung sampai mati!!!!!!!"

Uqaira tidak puas hati . Dengan keberanian yang tidak beberaoa berani itu , dia membalas kata dan pandangan lelaki tak guna itu .

Dadanya makin berombak kencang mengalahkan tsunami . Jantungnya semakin laju . Hati Uqaira semakin remuk memikirkan apabila memikirkan pelbagai kemungkinan dan sebab dia dibawa ke tempat yang tidak diketahuinya itu .

" Hahahahahaaha ...Kau memang tak kenal aku . Aku sendiri pun tak kenal kau . Malah tak teringin nak kenal dengan perempuan yang berpotengkan syaitan macam kau ni . Tapi , orang yang paling aku sayang dalam dunia ni kenal kau dan disebabkan dia terlebih kenal dengan engkau la dia tinggalkan aku . Sebab perempuan tak guna macam kau ni la dia sanggup buat kerja paling bodo dan hanat tanpa berfikir pasal diri aku sebab dalam kepala otak dan hati dia dah pernuh dengan kau ! Semua sebab kau tahu tak ! "

Mak Jar yang dari tadi memerhatikan tindakan amarah Zul Adnan itu terhadap Uqaira segera mencuba untuk berhentikan perbuatan Adnan . Mak Jar cuba menenangkan Adnan yang begitu rakus menghentak kepala Uqaira ke dinding membuatkan gadis itu sudah terkulai pengsan kembali .

" Encik Adnan ...Sabar encik . Jangan jadi pembunuh pulak. Budak tu dah teruk tercedera . Sabar Encik Adnan . Bawa mengucap banyak-banyak . Ingat pada Allah ." Pujuk Mak Jar

Perbuatan Adnan terhenti . Dia kemudian meraup wajarnya dan beristighfar beberapa kali . Nafasnya ditarik berkali-kali untuk menenangkan perasaan marahnya itu supaya akal warasnya dapat berfikir dengan rasional .

Ya Allah , apa aku dah buat ni , Ya Allah . Adnan merenung wajah Uqaira yang sudah terkulai tidak bergerak di hadapannya itu . Darah merah terus mengalir di kepala Uqaira tang telah dihantuknya tadi . Tanoa berfikir panjang , Adnan terus mendukung tubuh kecil Uqaira dan terus membaringkannya di atas katil Mak Jar .

" Mak Jar , ambilkan first aid di dakam bilik saya . Bawa sekali kain bersih dengan besen air ya . Cepat sikit Mak Jar."

Mendengar arahan Adnan , Mak Jar terus bergegas ke kediaman Adnan yang terletak tidak jauh dengan pondok itu . Adnan begitu cuak apabila melihat luka teruk di bahagian dahi gadis di depannya itu . Dia menguak perlahan rambut hadapan gadis itu yang sudah menutup sebahagian wajah dan luka di kepalanya .

Pertama kali Adnan menyentuh seorang perempuan dan pertama kali juga Adnan berkasar dengan perempuan . Walaupun diaamat benci pada perempuan itu , namun rasa simpati dan bersalah tiba-tiba muncul menggunung dalam hatinya . Tetapi ia tidak lama kerana rasa amarah dan dendamnya yang sudah lama ditahan sebelum ini datang kembali .

She deserves it Adnan . She deserves it! Bisikan halus itu kedengaran dalam hatinya .

Dendam Yang DibutakanWhere stories live. Discover now