Part 5

148 7 0
                                    


JEANS dan T-shirt yang kemas terlipat di atas katil bercadar kuning keemasan itu dimasukkan ke dalam bagasi . Sudah separuh daripada bahagian bagasi itu dipenuhi dengan segala pakaian dan keperluan peribadi milik Uqaira . Syahirah Korean Secret yang merupakan keperluan wajib baginya setiap hari disusun kemas dalam beg khas sebelum dimasukkan ke dalam bagasi tersebut  . Setelah memastikan tiada barang yang tertinggal , Uqaira menutup bagasinya . 

Selesai mengemas , Uqaira bangkit lalu duduk di sofa . Terasa lenguh pula badannya kerana mengemas tadi . Dua hari lepas , dia tiba di Malaysia setelah empat tahun bersungguh-sungguh demi segulung ijazah di negara orang itu . Uqaira tekad mahu terus pulang apabila peperiksaan akhir tahun itu berakhir . Dia sudah tidak sabar untuk melepaskan rindunya yang menggunung terhadap keluargannya . 

Walaupun kawan-kawanya yang lain teruja dengan perancangan mereka untuk ke tempat-temoat yang menarik sebelum mereka meninggalkan negara maju itu . Uqaira tetap tekad mahu terus pulang ke Malaysia . Dia mahu memberi kejutan buat mama , papa Mika , kak Mell , dan jyga adiknya Lira . Keluarga yang sering dirinduinya sepanjang empat tahun dia menjadi anak perantau selepas neneknya meninggal dunia . 

Galaxy Tab yang berada di atas meja belajaritu dicapainya . Segera , akaun Instagram dibuka dan ikon chat di bahagian kanan atas diklik. 

Tentera nama profil orang yang dicarinya itu membuat Uqaira terus menyapa sambil tersenyum keriangan .

     ShaUqaira_   : Salam kak Mel ....

     ItsmeMel_      : Babe....

     ShaUqaira      : Hahaha .. tak jawab salam ye . So , how's holiday ? 

     ItsmeMel_      : Great baby . But lagi best kalau Qaira ada jugak time holiday tu . Bila Qaira nak balik sini ? Mama tak habis-habis tanya pasal Qaira. Rindu ..

     ShaUqaira_   : Lol. Kirim salam kat mama , papa Mika dan Lira . I'll be back soon okay :) 

     ItsmeMel_     : Sure Baby ....I can't wait ..Akak ada banyak story untuk Qaira ..I got new hot stuff here ! 

     ShaUqaira_  : Hahaha ...ni mesti pasal buah hati akak , kan? Nanti story ye . Ok la , have to go now . Take care sissy ! 

     ItsmeMel_    : Ahhhh ! Nanti lah akak cerita . Qaira pun sama . Take care ...Kirim salam akak kat mamat chaebol kat sana . 

     ShaUqaira    : LOL!!!!! chaebol in korea la kak , not here ...Ha ha ha 

     ItsmeMel       : Sama je la .. Ok la Qaira ...Bye.....

    ShaUqaira     : Bye sis ..Love you ..


Setelah perbualan ringkas antara dia dan kakaknya tamat , Uqaira segera menutup akaun Instagramnya . Dia menyarungkan bekas salad pada gadget kesayangannya itu terus di masukkan ke dalam beg sandang yang akan dibawanya esok pagi . 

Uqaira terus menarik comforter bercorak bintang lalu memeluk erat patung Mickey Mouse yang bersaiz XXXL di sebelahnya itu . Kepalanya digesel lembut ke dada Mr. Mickey sambil bibir mungil gadis itu tersenyum manis sambil membayangkan kegembiraan yang sedang menantinya esok hari di kampung halamannya , Melaka . Tidak sabar rasanya mahu bersama ahli keluarga yang sedang bercuti di sana . 

Kedatangannya pasti mengejutkan ahli keluarganya yang sedang bercuti di sana. Dia tahu bahawa keluarganya sedang becuti daripada kakaknya , Shu Mellisa . Uqaira mula melabuhkan mimpi lenanya .  

Tunggu Qaira datang esok mama , papa mika , kak Mel dan  dik Lira . Qaira tak sabar nak lepaskan rindu kat semua  dan Sha tak sabar nak melawat pusara arwah datuk dan nenek . 

Uqaira terus dibuai lena dalam mimpi yang cukup bahagia bersama keluarganya sambil bergelak ketawa . 

Dendam Yang DibutakanWhere stories live. Discover now