part10

128 10 1
                                    

LEWAT petang itu , Uqaira mula sedar dari pengsan . Wajahnya berkerut beribu-ribu😂 menahan sakit dan perit akibat luka yang dirasai .

Uqaira begitu lemah saat ini . Jauh di sudut hatinya , dia mengagak ajal bakal menjemputnya tidak lama lagi . Hanya mati yang dapat digambarkan oleh gadis itu . Gambaran itu juga lah perasaan yang sama dirasainya ketika nenek dan datuknya meninggal lima tahun dahulu .

Melihat Uqaira yang sudah mula sedar , Adnan terus menghampiri gadis itu . Tangannya dengan selamba menyentuh balutan luka di kepala Uqaira. Memeriksa jika balutan itu masih baik atau harus ditukar .

Okay lagi . Bisik Adnan . Wajah pucat Uqaira dipandang seketika . Sememangnya rasa benci di dalam diri dan hatinya membuak-buak terhadap gadis itu , namun masih ada rasa perikemanusian dalam jiwa Adnan . Tubuh Uqaira dibangunkan lalu disandarkan pada kepala katil . Adnan memerah kain bersih yang direndam di dalam besen yang dipenuhi dengan air suam diperah sebelum dielus lembut ke wajah pucat Uqaira .

Uqaira mula rasa marah . Berani betul lelaki itu menyentuhnya tanpa keizinannya . Berani betul Adnan . Jika diikutkan hatinya yang marah , mahu saja Uqaira meraung dan teranjang kuat lelaki itu biar jatuh bergolek-golek di lantai, kemudian gelak sepuas-puas hatinya, tapi dia begitu lemah ketika itu .

Adnan mengelap seluruh wajah Uqaira bagi menambahkan kesegaran buat diri gadis itu yang sememangnya sudah begitu lemah . Jaket yang dipakai oleh Uqaira ditanggalkan sehingga mendedahkan lengan putih gebu milik gadis itu . Matanya terpanar seketika .

( jaga mata woi ! anak dara orang tu . Jangan usha lelama sangat . Dosa wei dosa ) ~ shira

( sibuk je kau ni . Mata aku suka hati aku lah ) ~ adnan

( kau ni kan . Sebijik macam si aleef mental tu . Tak hadam nasihat orng ) ~ shira

( choii . Ape sebut2 nama aku ni ?! kau kan shira , memang lah . Dalam DYDB pun kau nak libatkan aku pahal ? Ke kau rindu aku hah?😏)~ aleef

( Dehek!! pesal kau masuk sini lak !!!!! berampus kau sekarang ! err xde nyer aku rindu kau ) ~ shira

( dah2 . Kau bukan nak keluar n az gi sepang ke? Baik kau siap sekarang . Kau ni , siap punyalah lama . ) ~ Aleef

( cakap orng , dia pun sama 😒) ~ shira

Perasaan gementar yang hadir dengan tiba-tiba itu diusir laju . ( haruslah tiba2 , xkanlah diundang pula) Adnan segera mengulangi perbuatannya mengelap tubuh Uqaira. Dia tahu , Uqaira sedang memberontak marah dengan tindakannya ini . Dia memang sengaja mahu mendera perasaan gadis itu yang sememangnya sudah tidak berdaya untuk melawan .

Lantak kau lah nak marah ke apa ke . Aku tak nak kau mati cepat . Aku belum puas nak seksa kau lagi . Bisik hati Adnan dengan begitu kejam .

Dendam Yang DibutakanWhere stories live. Discover now