Part 2

167 9 0
                                    

"ABANG ....maafkan Zaffel . Maafkan segala salah dan silap Zaffel pada abang selama Zaffel hidup ni . Zaffel tahu yang Zaffel dah banyak susahkan abang . Zaffel sayang sangat-sangat pada abang , tapi Zaffel dah tak sanggup nak teruskan hidup ni lagi tanpa Mell , bang . Zaffel tak sanggup !! Zaffel sayang sangat kat Mell . Maafkan Zaffel , abang . Maafkan Zaffel kerana Zaffel tak berpeluang untuk membalas segala jasa baik abang terhadap Zaffel selama ni . Terima kasih sebab abang dah menjaga  Zaffel sejak ummi dan baba meninggal dunia . Maafkan Zaffel kerana Zaffel bukanlah adik yang baik untuk abang . " 

           Pesanan suara yang dihantar oleh Zaffel buat Adnan sebentar tadi benar-benar meruntun jiwa si abang . Adnan yang baru sahaja mengaktifkan semula telefonnya yang dimatikan sebentar tadi teramatlah terkejut mendengar setiap butiran kata daripada adiknya . Dia dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang buruk bakal berlaku pada adik lelakinya itu . Adnan terkedu . Fikirannya ligat memikirkan pelbagai kemungkinan yang berlaku pada Zaffel dan kenapa adiknya itu memberi pesanan berbau perpisahan sedenikian?

Tidak ! Zaffel tidak apa-apa . Zaffel akan okay . Adnan menyakinkan hatinya yang sudah gundah-gulana . Sepantas kilat , kunci kereta di atas rak segera dicapainya.Dia harus mencari adiknya saat itu juga . Hatinya semakin gelisah selagi tidak tahu keadaan Zaffel yang sebenar-benarnya . 

Adnan yang sudah terbiasa dengan rutin harian adiknya itu . Pada waktu sebegini Zaffel pasti akan keluar bersama rakan atau teman wanitanya dan kepulangan Zaffel biasanya pada lewat malam nanti . Adnan tidak mengesyaki apa-apa itu hanya menapak perlahan ke biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat . Telefonnya yang sudah seharian bekerja keras menyambut panggilan penting sudah kehabisan bateri . Adnan terus mengecas smartphonenya itu sementara dia berehat seketika di atas katil .

              Namun , kesibukannya hari ini amat dikesali oleh Adnan apabila dia menerima pesanan suara daripada Zaffel lewat jam sebelas malam itu. Suara sayu Zaffel begitu merunsingkan jiwa raga Adnan . Sudah berkali-kali Adnan mencuba menghubungi Zaffel namun , semuanya gagal .

Ya Allah , jauhkanlah Zaffel daripada sebarang perkara yang tidak diingini . Ya Allah , lindungilah  Zaffel daripada kejadian yang buruk . Doa Adnan dalam hati sambil memecut laju membelah kepekatan malam menuju ke destinasi yang sering dikunjung oleh Zaffel . 

Namun , hanya beberapa kilometer melepasi pagar rumah kediamannya , dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali . Hati Adnan bagai ditikam saat si pemanggil menyatakan bahawa Zaffel terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kini dalam perjalanan ke hospital . Begitu parah kejutan yang diterima oleh Adnan saat itu . Air jernih sudah bergenang di tubir matanya . Hatinya tidak berhenti berdoa agar adiknya itu selamat . 



Dendam Yang DibutakanWhere stories live. Discover now