KENAPA dia culik aku? Siapa dia?Aku kenal ke? . Uqaira menyoal dalam hati . Dia sudah mula menitiskan air mata . Air matanya mula laju turun dan tangisannya semakin kuat kedengaran . Beberapa minit kemudian , muncul seorang perempuan yang turut tidak dikenalinya di pintu bilik tersebut .
Perempuan itu memandang tepat ke matanya . Perempuan itu lalu menapak langkah menghampirinya .
"Kenapa ni nak ? Ada apa-apa yang mengganggu anak ke ? Atau ada yang buat anak rasa tak selesa di sini ? "
Mak Jar segera duduk menghadap wajah Uqaira . Mencari-cari apa yang mungkin telah mengganggu gadis itu sehingga dia menangis . Maklumlah , pondok kecilnya itu sering juga dijunjungi oleh tetamu yang tidak diundang seperti ular , kala jengking dan binatang yang seangkatan dengannya . Mak Jar bimbang jika binatang-binatang berbisa itu yang mengganggu gadis di hadapannya ini .
Namun, Uqaira yang sudah ketakutan melihat wajah perempuan tua yang tidak dikenalinya sepanjang dia wajud di muka bumi yang nyata ini , terus mengundur ke belakang apabila perempuan tua itu di hadapannya .
Uqaira berasa semakin takut apabila perempuan tua itu menyentuh lengan dan mukanya . Dia cuba untuk berhenti menangis walaupun sisa tangisannya masih kedengaran . Dia tidak mahu orang asing di depan matanya itu menganggap dirinya lemah kerana tangisannya yang amatlah teruk dan buruk tadi .
Dia tidak akan mengalah dengan begitu mudah kerana dia pasti akan melawan keinginan jahat mereka yang telah menculik dan menyeksanya itu .
******
Sorry sbb shira update sikit sangat..idea tak muncul lah..
![](https://img.wattpad.com/cover/119172839-288-k285499.jpg)
YOU ARE READING
Dendam Yang Dibutakan
RomanceSha Uqaira yang baru pulang ke tanah air diculik oleh seorang lelaki durjana . Dia dijadikan sebagai orang gaji semasa dia diculik . Pelbagai dugaan yang dia harus hadapi seorang diri . Mampukah Sha Uqaira hadapi pelbagai lagi cabaran yang menantiny...