part 8

130 7 0
                                    

"SIAPA mak cik? Apa mak cik nak dari saya ? Saya tak kenal pun siapa mak cik . Apa niat mak cik culik saya ni? Mak cik memang jahat ! Nanti keluarga saya akan cari saya . Saya takkan sesekali lepaskan mak cik dengan kawan mak cik yang tak guna tu !" Dengan beraninya , Uqaira menghamburkan segala kemarahan yang terpendam di dalam hatinya dari semalam kepada mak cik tua yang dari tadi hanya terkebil-kebil memandangnya . Mak cik itu kelihatan begitu terkejut dan tidak bersalah tapi bagi Uqaira , mak cik di hadapannya itu sama sahaja seperti orang yang menculiknya semalam . Mereka berdua pasti sudah bersubahat .

Manusia yang berhatikan binatang...Kejam! Tak guna! Jerit Uqaira dalam hati . Dadanya mula berombak laju , menahan segala rasa marah dengan perbuatan keji si penculik durjana itu . Marah , pedih , sedih dan geram membuak-buak di dadanya ketika itu . Kalau dia mempunyai kekuatan untuk berlawan dan senjata , pasti akan diserangnya kedua-dua orang penculik itu .

"Amboi..Amboi..Amboi.. Sedap betul mulut engkau nak mengutuk orang ya! Hoi , perempuan tak sedar diri ! Engkau sebenarnya tak layak nak menghina Mak Jar yang lagi mulia daripada kau tu . Dasar perempuan jahat ! Kau ingat mak bapak kau nak cari kau ke hah?! Anak tak guna macam kau ni sepatutnya diaorng dah tanam hidup-hidup dari kau lahir lagi . Tak ada lah nak menghancurkan hidup orang lain pulak bila dah besar ni."

Kedatangan lelaki yang telah menculiknya semalam amat memeranjatkan Uqaira . Mana tidaknya , bagaikan halilintar jejaka itu terus menerobos masuk ke dalam bilik kecil itu dan terus dia menarik kejam rambut Uqaira yang panjang paras bahu itu dan menolak tubuh kecil Uqaira rapat ke dinding . Tanpa belas kasihan , lelaki itu merenung tepat menikam mata kelabu Uqaira sambil menghambur segala kata-kata hinaan pada gadis molek itu .

Dendam Yang DibutakanWhere stories live. Discover now