part 1

287 11 0
                                    

Pertemuan singkat bersama Mellisa sebentar tadi benar ² merobek hati dan perasaan Zaffel. Setiap bait kata² Mellisa masih terngiang-ngian di dalam fikirannya. Kelu lidah jejaka itu untuk berkata walaupun sepatah kerana semangat di dalam dirinya kini bagaikan sudah tiada dek diragut oleh si gadis yang begitu anggun dalam mini dress merahnya. Kata-kata Mellisa sepanjang pertemuan pendek mereka tadi masih segar bermain-main di minda Zaffel.

"I tak boleh nak lama-lama dengan you ni. Lepas ni I ada janji dengan Hani. Well, sebenarnya I ada perkara penting nak beritahu you malam ni, Zaffel. "

Mellisa memeluk tubuh sambil berpaling membelakangi Zaffel. Membiarkan jejaka itu tertanya-tanya apa yang ingin dikatakan oleh gadis cantik di hadapannya itu.

"So, straight to the point. I nak kita clash, Zaffel. I rasa i tak dapat nak teruskan hubungan kita ni. It's useless for me. Lagipun tiga tahun i spent time with you, rasanya dah cukup berbaloi kut untuk kita berdua. I tahu semua ni memang mendadak, tapi i memang dah tak ada satu perasaan pun kat you. I harap ini la penghujung kisah kita berdua dan i harap you Jangan cari i lagi lepas ni.." Tanpa rasa bersalah, Mellisa menuturkan keinginan dan apa yang dirasakan saat itu terhadap Zaffel

Mellisa yang hanya memandang Zaffel sekilas tanpa menunggu pertanyaan daripada jejaka itu terus melangkah pantas ke arah keretanya semula setelah apa yang dipendam dalam hati selama ini telah diutarakan.

Gadis itu langsung tidak memberi peluang kepada jejaka itu untuk mendapatkan alasan munasabah mengapa dia membuat keputusan yang pasti merobek hati jejaka yang kini sah bergelar bekas kekasihnya.

Zaffel begitu terkejut. Bagai ditikam-tikam hatinya saat itu. Matanya sudah bergenang air jernih mendengar kata perpisahan daripada Mellisa. Melihat langkah laju Mellisa yang mula meninggalkannya yang masih lagi terkejut, Zaffel segera mengejar dan pantas menarik lengan Mellisa dipegangnya erat.

"Kenapa you nak putus dengan i, Mellisa? Apa salah i sampai you sanggup tinggalkan i? Kalau i ada buat salah , betulkan i Mellisa.Tapi please Mel, jangan buat i macam ni. I sayangkan you lebih dari nyawa i sendiri Mel.. I cannot live without you, Mel. Please...... "

Zaffel terus memegang kemas lengan Mellisa walaupun gadis itu sudah mengamuk minta dilepaskan.

Lengannya cuba dilepaskan daripada cengkaman erat Zaffel namun, gagal.

Saat itu, mata Mellisa direnung oleh Zaffel dengan penuh pengharapan dan sayu . Mengaharapkan sedikit simpati dalam hati gadis itu untuk dirinya yang benar-benar bingung dan ketandusan alasan. Kenapa Mellisa mahu berpisah dengannya setelah tiga tahun mereka berkongsi kasih dan cinta bersama?

"Hoi ! Lepaskan aku la Zaffel . Suka hati aku lah kalau aku nak putus dengan kau. Aku dah bosan dengan kau, tau tak! Enough Zaffel! Cukup lah tiga tahun aku tahan dengan drama-drama kau yang selalu nak menangis setiap kali aku marah kau, selalu berkepit 24jam dengan aku je sampai aku naik rimas dengan kau. Manja sangat! Hei , Kalau kau tak boleh hidup tanpa aku, kau pergi mati lah! Pergi jalan. Ada aku kisah?! "

Begitu kejam kata-kata dan pengakuan yang keluar dari bibir merah Shu Mellisa. Nada kata-katanya turut bertukar kasar dan tiada lagi rengekan manja dan panggilan sayang yang selalu meniti di bibirnya setiap kali bersama lelaki itu. Gadis itu langsung tidak menghiraukan perasaan kecewanya.Hanya kerana alasan bodoh dan tidak munasabah yang diberi oleh Mellisa buat jejaka yang telah berkoban segalanya demi membahagiakannya.

"Sayang.... Jangan tinggalkan i. I betul-betul tak dapat hidup tanpa you. Please Mel. "

"Fine, Zaffel! Kalau kau nak sangat aku balik semula dengan kau, aku nak kau mati! Pergi mati Zaffel! Aku nak kau mati sekarang.Itu je aku nak! "Bentak Mallisa dengan keras lalu meninggalkan Zaffel. Tanpa mengendahkan rayuan pilu Zaffel, Mellisa terus melangkah laju memasuki keretanya. Sekelip mata sahaja , Suzuki Swift putih milik Mellisa memecut laju meninggalkan jejaka yang masih lagi terkaku dalam tangisannya .

Zaffel kehilangan segala semangat yang ada dalam dirinya. Kini Zaffel sedar, tiada lagi jalan perdamaian untuk mereka berdua kerana setiap keputusan yang dibuat oleh Mellisa adalah muktamad. Namun malam ini, keputusan muktamad Mellisa benar-benar membunuhnya.

"Sayang... Kalau itu yang you nak, i sanggup lakukan. I sanggup mati demi you.... Mel! " Tuntur Zaffel perlahan ketika menyoroti pemergian Mellisa.

Dendam Yang DibutakanWhere stories live. Discover now