Part 1 - Bilik Larangan..!!

802 18 0
                                    

    Assalamualaikum kepada semua,cukuplah saya kenalkan diri sebagai FateStayNite atau pendeknya FSN sahaja. pertama kali aku ingin ucapkan terima kasih kepada semua reader.terpulang kepada semua untuk nilaikan kebenaran cerita ini..ok lah malas cakap banyak..sini aku mulakan cerita..............


    "Hai... lama tak jumpa.! cantik dah awak sekarang." walaupun baru beberapa hari tidak berjumpa. perasaan rindu itu seperti berbulan lamanya.

    "Heeeeee" hanya senyuman dilemparkan, sambil memperlihatkan barisan giginya yang cantik. mungkin Dia juga begitu terlalu rindukan aku, tetapi adakala waktu membuatkan kami terpaksa berjauhan.

   Cinta aku dan Qistina sangat dicemburui oleh orang remaja lain. iya mungkin juga Qistina terpukau seperti yang dilemparkan kata-kata  orang terhadap dia. tetapi itu bukan masalah. Walaupun aku tidak sehensem lelaki lain. tidak bergaya seperti lelaki lain, tetapi Qistina menerima aku seadanya.

   "Hey.! apa yang ditenung tu?" sergahan Qistina mengejutkan aku dari merenung kepadanya.

  "tak ada apa, saja nak tengok kekasih hati saya ni." kata aku sambil tersenyum.

  Di berhampiran mereka kelihatan beberapa remaja sedang melepak dan ada yang sedang berdating dengan kekasih masing-masing. Cuaca malam itu indah dan cantik. disulamkan lagi dengan keindahan bulan penuh, menjadikan malam itu lebih terang dari hari biasa, dan Qistina nampak lebih berseri dari hari biasa.

  Sesekali kelihatan beberapa anak muda itu melihat kearah aku dan Qistina. Sibukk je...!!  aku memang tidak suka apabila orang lain melihat aku seperti aku melakukan kesalahan. setelah di herdik, mereka terus memalingkan pandangan mereka kearah lain.

  "Awk, andai suatu hari nanti kita sudah tidak dapat ebrjumpa, bagaiamana ya?" soalan qistina menyentak jiwa aku. Pelik.. kerana tidak pernah Qistina mempersoalkan perkara sebegitu.

  "kenapa pula.?" tanya aku, inginkan kepastian.dan sebab-sebab yang munasabah.atau mungkin sebenarnya aku tidak boleh menerima perpisahan itu.

  "Yang hidupkan pasti mati," balas qistina lembut sambil mata nya melihat kearah bulan.

  "kalau kerana kematian, saya tidak mampu melawannya" aku menunduk sayu, apa yang dikatakan oleh Qistina adalah hakikat dan kebenaran dalam lumrah kehidupan.

  Aku dan Qistina diam merenung bulan penuh malam itu ditaman kawasan perumahan aku duduk. Adakah aku akan berpisah dengan Qistina.? atau sebenarnya Qistina ingin meninggalkan aku,? bermacam-macam persoalan bermain diakal fikiran ku. 

  Malam itu aku dan qistina hanya menghabiskan masa dengan duduk dan melihat keindahan bulan, tiada apa yang ingin aku sembangkan. kerana aku sendiri keliru dengan sikap Qistina malam itu, 

  "Akimm...!!! bangunn.!! bangun,,!! dah subuhh ni". suara ibu ku terjerit sambil menepuk pipi aku, Ergghhhhhhhh..... aku mengeliat, untuk cuba menyegarkan urat-urat dan  sendi-sendi tubuh ini.

  "Bangunnn..!!!!!! lain kali jangan nak keluar malam lagi, kalau susah nak bangun solat..!!" ibuku memberi amaran, mungkin marah melihat aku masih tidak bangun.

  "iya ibu..." aku terus bangun, mengambil wudhuk. Solat dalam keterpaksaan memang tidak sempurna. bagai burung belatuk. tunduk bngun, tunduk bangun. tomaninah, bacaan semua habis kelaut.ditambah dengan ngantuk yang teramat sangat. gara-gara dating malam tadi dengan Qistina lah ni. aku balik pun pukul 4 pagi. itu pun nasib baik tidak diketahui ibu ku.kalau tidak pasti lagi dibebelnya.

  Pagi itu waktu sarapan- "Akim..Ayah mahu kamu sambung belajar disini..!" tegas nada ayahku, sambil menghulurkan borang kemasukan ke pusat pengajian kemahiran. Aku hanya diam dan menganggukkan kepala. walaupun hati aku memberontak. Tetapi ketegasan ayahku membuatkan aku tidak pernah melawan. dan menerima segala suruhan nya dengan rela paksa.

KOLEKSI KARYA-FSNWhere stories live. Discover now