Part 1 - Misteri Keluarga Norizan

725 17 1
                                    

  Seorang pelajar perempuan Tahfiz di johor bernama Adriana di hadapan aku ini,baru sahaja duduk dan menghidangkan aku secawan air teh O panas,

  "Ceritanya macam ni bang........." Yana mula bercerita.

  Pada hujung tahun 2016, yana telah menunaikan Umrah bersama keluarganya.Selama ditanah suci itu, yana tidak mengalami apa-apa masalah. Malah dia antara yang paling semangat berbanding adik beradik dan ibu bapanya.Tetapi........ perkara itu bermula setelah yana  pulang ke Tanah Air.

   "Mama...yana rasa pening macam melayanglah mama." ngadu yana kepada ibunya.

  "Kau makan ubat,selepas makan nasi nanti.."balas ibu yana sambil memberikan panadol Aktive Fast yang baru dikeluarkan dari beg tangannya.

  Yana mengambil panadol itu dan hanya dipegang ditangannya. Terasa seperti lambat sangat untuk sampai kerumah. badan sudah letih.kepala pun melayang, selera makan hilang..! 

  Setiba dirumah, semua ahli keluarga yana sibuk memunggah barang turun dari kereta. tetapi yana hanya melihat dan terus masuk kerumah lalu terbaring.lemah betul badan nya.! rasa macam nak demam pun iya..! ibu dan ayahnya menyangka yana mungkin terlalu kepenatan. dan membiarkan sahaja yana berehat sehingga tertidur.

  "Yana..bangun yana..makan dulu ni..." 

  "Hurm...peninglah mama...yana rasa macam tak boleh makan."

  "Makan dulu,, lepas tu baru boleh makan ubat,."arah ibunya.

  "yela.." yana membalas sambil bangun,di tangannya masih memegang panadol yang diberikan ibunya sewaktu didalam kereta.

  Yana hanya menjamah beberapa sudu nasi goreng sahaja, sebelum dia menelan ubat panadol dan kemudian menyambung tidur dengan harapan apabila terjaga nanti. dirinya akan kembali sehat seperti sediakala.

  Masuk hari ini, sudah tiga hari yana tidak sehat, malah makin teruk. badannya panas dan terlalu berat sehingga dia hanya mampu terbaring, makan dan minumnya juga sudah seperti tidak mampu.

  Kerana bimbangkan keadaan anak bongsu itu, ibu dan ayah yana membawa yana ke hospital, siapa yang tak sayang anak kan? begitu juga ibu dan ayah yana apabila melihat anak bongsu mereka itu semakin teruk. apatah lagi, setelah doktor menyatakan perlu membuat ujian Darah. kerana bimbang yana dijangkiti Virus sewaktu melakukan umrah. Selama 4 hari yana telah ditahan. selama 4 hari itu jugalah doktor cuba mengesan penyakit yang dialami yana. pelbagai ujian sudah dilakukan,akhirnya yana dibenarkan pulang setelah doktor mengesahkan yana bebas dari virus dan mungkin badan yana hanya terkejut dengan perubahan iklim.

  Yana pun pulang kerumahnya semula,tetapi selama beberapa minggu keadaan yana tidak juga pulih malah adakala semakin teruk dan tiba la pada suatu hari.

  "Mama...yana dah tak larat sangat ni mama..tolongg yana mama..." yana merengek kesakitan yang dia sendiri tidak dapat gambarkan.badannya terasa sangat berat.sehinggakan tiada kuderat untuk dia bangun berjalan.

  "Yana sakit macama mana?? cuba bagi tau mama..." ibu yana yang semakin risau dengan keadaan anaknya itu.akak-akak yana juga turut risau tentang kesihatan adik mereka.

  "Yana tak tau nak cakap macam mana..yana sakitt mama" perlahan dan mendayu suara yana mengadu. sepertinya dia sudah tidak tertanggung azab nya.

  Keadaan yana sampai ketelinga jiran-jiran tetangga, ramai jugalah yang datang melawat yana dirumah.pelbagai kata semangat dan doa ditaburkan kepada yana. tetapi keadaan yana masih sama.

  "Assalamualaikum..."suara Rosmawati jiran baik ibunya memberi salam.

  "Waalaikumusalam...jawab Norizan,"sambil menjemput jirannya itu masuk.

KOLEKSI KARYA-FSNWhere stories live. Discover now