Part 2 - Bilik Larangan..!!

469 9 0
                                    

   Kejadian pagi tadi membuatkan perasaan ingin tahu aku semakin tinggi, waktu rehat aku terus berjumpa dengan Saiful. lalu aku menceritakan apa yang aku mimpi, dan apa yang aku lihat di tingkap bilik larangan itu sewaktu ingin ke kelas.

  "Apa laahh kau ni..merepekk sangat..banyak sangat tengok cerita..!" kata saiful setelah aku menceritakan semuanya, saiful sangat menafikan apa yang aku alami. katanya itu semua hanya mainan tidur dan perasaan aku. Siapa yang akan percaya pada aku saat begini....? aku perlukan seseorang yang boleh percaya apa aku katakan. supaya boleh menyiasat perkara ini bersama.

  haaaa...Hafiz...!!..aku ingin mencuba nasib, menceritakan kepada hafiz apa yang aku lalui, tapi...bagaimana? hafiz tu jenis pendiam. dan lebih suka menyendiri membaca buku atau baca sesuatu di handfone sahaja.adakah dia ingin mendengar cerita aku..? atau mungkin dia juga akan bersependapat dengan Saiful. "Belum cuba belum tahu." bisik hati ku sendiri.

  Ketika dalam perjalanan balik kerumah,aku sudah bersiap sedia untuk melihat tingkap bilik itu, tetapi tiada apa yang dapat kulihat,hanya tingkap kosong yang tertutup rapi.tiada Gadis manis itu. 

  "Assalamualaikum..." aku memberi salam sambil masuk kedalam rumah, Walaupun aku tahu tiada sesiapa didalam. tetapi aku masih ingat sebuah hadis :-

   Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda, maksudnya:


"Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)

  Sekurang-kurangnya tiada syaitan ikut aku masuk kerumah,atau mungkin juga menumpang dirumah. Aku menunggu Saiful dan Hafiz pulang, sasaran utama aku bukan saiful, tetapi hafiz lah yang aku tunggu. dan aku ingin bertanya sekali kenapa dia tersenyum begitu pagi tadi.

  "Assalamualaikum," suara hafiz dan saiful memberi salam serentak.

  "waalaikumusalam" aku menjawab ringkas,

  Saiful terus ke biliknya dan begitu juga hafiz. aku mengekori hafiz masuk ke bilik tanpa disuruh.Hafiz seakan terkejut apabila menoleh kebelakang melihat aku turut ada bersama.

  "Ada apa?' tanya hafiz sambil duduk diatas katil bujang nya,bilik Hafiz adalah yang paling kemas dan tersusun berbanding kami semua

  "Hurmm, aku nak cakap sikit pasal bilik atas tu" kata aku, sambil turut duduk di atas kerusi yang terletak di meja, tempat hafiz membaca dan mengulang kaji.

  "kenapa bilik ko? tak best?" tanya hafiz.

  "eh bukan bilik aku lah, tapi bilik larangan tu." balas aku, cuba membetolkan tangapan hafiz.

  "oh kenapa..haa cuba bagi tau."

  Aku pun ceritakan kepada hafiz, seperti mana aku ceritakan kepada saiful waktu rehat tadi. riaksi muka hafiz seakan memikirkan sesuatu. seperti dia bakal mempercayai kata-kata aku. Aku menanti jawapan dari hafiz.

  "alahh perasaan kau je tu" Jawapan yang keluar dari mulut hafiz, nampaknya sama pendapatnya dengan Saiful, dan aku terlupa untuk bertanya tentang dia senyum kearah aku pagi tadi.

   Aku terus naik keatas untuk berehat didalam bilik, sebelum masuk kebilik aku sempat menoleh kearah bilik larangan itu, seakan terasa sayu, sedih dan bermacam perasaan bermain. Hurmmm...aku mengeluh sendirian lalu terus melangkah masuk kebilik aku.

KOLEKSI KARYA-FSNWhere stories live. Discover now