Part 2 - Misteri Keluarga Norizan

519 15 0
                                    

  Aku pun menutup buku nota kecilku, sambil meneguk air teh O yang dihidangkan tadi..kini sudah sejuk. Lama juga aku duduk mendengar cerita Yana ni. 

  "Ok lah Yana, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita,Saya minta diri dahulu ye" kataku sambil mengangkat punggung untuk pulang.

  "Eh..dah nak balik ke..?!" tanya yana.

  "Ada lagi ceritanya lepas kejadian tu, barulah terbongkar semuanya.!" yana cuba menarik minat aku untuk duduk kembali.

  Wow...macam makin menarik je ni..! aku duduk kembali, kerana ingin mendengar cerita yang bakal yana sampaikan.

    Ok lah...macam ni kisahnya..Selepas  diberitahu oleh adik kawan norizan (ina nama nya), tentang apa yang terjadi kepada anak ketiga norizan dan suaminya. Norizan mula takut, bimbang jika perkara sama bakal terjadi lagi. Maka ibu yana mengambil keputusan untuk mengubatkan anak serta suaminya dengan perawat Ina.Waktu dan hari ditetapkan untuk keluarga Norizan datang ke rumah mereka.

  -Seminggu Kemudian-

   "Dah bawak belum semua barang yang Ina tu suruh..?" ibu yana bertanya rambang kepada semua anak termasuk suaminya.

  "Dah ..mama.." jawab adlina anak ke empat norizan.

  Sepanjang waktu perjalanan ke rumah Perawat Ina. Yana dan ahli keluarganya lebih banyak berdiam, masing-masing melayan perasaan dan persoalan. Apakah yang bakal terjadi, benda apakah yang menganggu mereka. dan sebagainya.

  Kini kenderaan mereka sudah berhenti betul-betul dihadapan pintu pagar rumah perawat ina,

  "Assalamualaikum..." Norizan memberi salam. tetapi tiada sahutan dari dalam. Setelah beberapa kali salam diberi namun tiada jawapan, Norizan mengambil handfonenya lalu mendail nombor perawat Ina.

  "Assalamualaikum kak izan." salam diberikan setelah pangillan dijawab.

  "Waalaikumusalam...ina ada mana ye.? akak ada kat depan rumah ni." 

  "oh maaf kak izan..saya ada didalam,tak dengar tadi."

  "Ok tak mengapa," lalu pangilan ditamatkan.

  Tidak sampai seminit, pintu rumah Perawat ina itu terbuka dan mereka sekeluarga dijemput masuk kedalam rumah.Air Kopi telah sedia terhidang di meja ruang tamu, seperti sudah bersedia menerima kedatangan tetamu.

  "hai yana...macam mana sekarang.? dah ok tak?" perawat ina bertanya sambil tersenyum, sengaja dia ingin tahu perkembangan pesakitnya itu. Walaupun dari mata kasar sudah kelihatan sihat.

  "Dah cik " balas yana ringkas sambil tersenyum.

  "Ok..awak mari ikut saya masuk dalam bilik, kak izan pun sama boleh ikut sekali." perawat ina mengarahkan sambil menunjuk kearah afrina, iaitu anak ketiga Norizan,

  Tanpa disuruh, Yana juga turut mengekori ibunya. Dia juga ingin tahu apakah yang terjadi kepada akaknya, kerana selama ini dia melihat akaknya sentiasa sihat, tiada masalah apa-apa pun. 

  "Baring sini..mengucap,,baca al-fatihah dan selawat keatas nabi ye."arah perawat ina kepada Afrina.

  Afrina hanya mengikut sahaja apa yang disuruh,selepas selesai membaca ayat-ayat yang disuruh.. Perawat ina pun mula mengurut. Mungkin itu cara perawat ina mengesan atau mengeluarkan sesuatu yang tidak baik dari tubuh seseorang.

  "Allaahh.......Maaaamaaaaaa.....!" suara jeritan Afrina mula memecah hening malam itu.yana hanya duduk diam memerhatikan akak uda nya dalam kesakitan yang amat sangat, hanya dia yang sudah merasai detik itu, kesakitan yang tidak mampu digambarkan...lama betul dia urut akak uda..!! yana berbisik sendirian. nampak gaya macam akak udanya lebih teruk dari nya.

KOLEKSI KARYA-FSNWhere stories live. Discover now