-Pagi-
Aku bangun pagi itu dengan kesegaran,kerana tidurku lena indah tiada mimpi yang hadir, ataupun diganggu makhluk berambut panjang itu.
"Awal bangun?" tiba-tiba saiful menegurku,
"tidur lena..bangun pun awal lah..heheh" jawab ku sambil berlalu naik ke bilik untuk bersiap ke kelas.
Seperti biasa,waktu aku keluar rumah aku akan melihat tingkap bilik larangan atas itu. tetapi hari ini tiada apa yang aku nampak.Hanya bilik yang gelap tanpa bayangan.AKu seperti sudah mula rindu kepada bayangan Gadis manis yang akan melihat aku disetiap kali aku keluar rumah pagi.
Diwaktu rehat-sedang aku duduk menikmati nasi goreng,tiba-tiba aku didatangi oleh Hafiz.
"Akim....aku nak tanya sikit la." tiba-tiba hafiz bertanya,seakan ada sesuatu yang disorokkan, ingin diketahui.
"tanya lah"..jawab aku sambil meneruskan menikmati juadah. telinga aku bersedia menerima segala persoalan yang keluar dari mulut hafiz.
"Siapa gadis yang duduk sebelah kau semalam?"
"Gadis?!!" mana ada...!! kau biar betol..?" dengan mata aku sedikit terbeliak,seakan tidak percaya apa yang dipersoalkan oleh hafiz, maklumlah..kami duduk semua lelaki,takan lah aku nak bawak perempuan masuk rumah..jahil-jahil aku pun masih berfikiran waras.
"Iya..kalau tak,,,,,buat apa aku tanya kau.." jawab hafiz, cuba mengorek rahsia.
"Macam mana rupa dan gaya nya.?" aku cuba mendapatkan kepastian.
Hafiz pun menceritakan. sewaktu dia terjaga malam itu, jam lebih kurang baru pukul 12 lebih. Dia ingin ketandas, masa keluar dari bilik untuk ketandas. Dia sempat melihat kearah ruang tamu tempat aku tidur. dan waktu itu dia melihat seorang agdis duduk betul-betul disebelah kanan aku, menghadap ke arah aku, dan membelakang kan hafiz. dia tahu itu bukan manusia jadi hafiz terus masuk semula kebilik dan tak jadi ketandas. sambil membuka ayat-ayat suci Al-Quran. kerana ketakutan.
Aku mendengar cerita hafiz dari A- Z.... kemudian aku sendiri tidak mampu memberi jawapan kepada Hafiz.cuma aku tahu dari apa yang hafiz cerita..gadis itu adalah BALKIS. tetapi sengaja aku cakap tidak tahu kerana tidak mahu dianggap aku sekadar mainan perasaan.
"Weii akim..aku ckap ngan ko ni..dgr tak.?" sergah hafiz membuatkan aku terhenti dari lamunan seketika.
"dengar lah..!" balas aku acuh tak acuh.
"esok kita bukak bilik tu nak..?!!" tiba-tiba hafiz memberi cadangan..yang aku sendiri tidak terfikir hafiz akan memrancang sebegitu
"Ehh...nanti saiful macam mana...?"tanya aku seakan bersetuju
"Saiful esok dia balik kampung dah,tinggal kita dua je cuti ni." jawab akim sambil tersenyum penuh makna.
"ok set..!!" balas aku ringkas.
-Keesokan harinya -
Kini tinggal aku dan Hafiz dirumah, Awal pagi lagi saiful sudah bergerak pulang kekampung. hafiz dan aku sudah bersedia untuk memlakukan apa yang dirancang. diri aku penuh dengan 1001 persoalan. manakala hafiz pula aku tidak tahu motif dia untuk membuka bilik itu.
Tangg...!! tanggg!! tanggg!! aku dan hafiz bertungkus lumus cuba memecahkan mangga pintu bilik itu. setelah hampir 1 jam lebih,akhirnya kami berjaya buka ketiga-tiga mangga itu. kini hanya tinggal untuk membuka tombol pintu sahaja. jantung aku berdegup kencang. hafiz nampak kepenatan sambil duduk melihat kearah pintu yang sedia untuk terbuka.
"Buka lah..apa lagi tunggu..!!" kata hafiz apabila melihat aku hanya termenung dihadapan pintu.
Perlahan-lahan tangan aku memulas tombol pintu sambil menolak. kriuukkkkkkkkk...... bunyi ensel pintu yang sudah berkarat. membuatkan aku sedikit terkejut.
zuupppp...... tiba-tiba bagai ditiup angin..kuat terasa melalui tubuh ini. yang ada didalam bilik itu hanay sebuah kerusi yang sudah usang dan bersawang.Aku rasa bagai tertipu dengan apa yang aku mimpi dan lalui sebelum ini.Tanpa berlengah, aku dan hafiz menutup semula bilik larangan itu dengan baik,supaya tidak diketahui oleh tuan rumah atau saiful.
Aku dan hafiz turun semula ke bawah,bagai tiada apa-apa yang berlaku. Hafiz terus masuk kebilik dan tertidur kepenatan.aku pula tidur diruang tamu.
Arghhhhhh....Waarrggghhhh.....!! tiba-tiba aku terdengar suara orang meraung kesakitan..membuatkan aku terjaga dan cuba mencari dari amna bunyi itu datang. bila aku amati bunyi itu datang dari bilik hafiz. Aku terus berlari kebilik dan apa bila aku masuk kebilik, aku lihat hafiz bagaikan bukan dirinya. matanya terbeliak memandang tepat kearah ku.. lidahnya terjelir sambil menjerit-jerit....kerana panik tidak tahu apa ingin aku lakukan..aku terus mendapatkan tuan rumah untuk meminta bantuan..hafiz aku kurungnya didalam bilik bawah itu.
Tuan rumah terus memangil imam kampung dan beberapa jiran nya untuk membantu,bagai mereka sudah tahu apa yang terjadi.
"Bissmillahhh....." imam memulakan bacaan ayat-ayat rugyah.aku hanya diam memerhatikan. beberapa orang kampung memegang hafiz yang mempunyai kukuatan luar biasa.
Setelah keadaan sedikit tenang, Imam terus menghampiri aku sambil bertanya..
"kamu berdua ada buat apa-apa ke di bilik atas..?!"dengan nada seakan mengertak.
"tidak.!!" aku berbohong.
"encik kasim, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. rumah ini kene kosongkan dahulu." kata imam tiba-tiba kepada tuan rumah.
"baiklah imam." jawab tuan rumah sambil tertunduk sayu.
Selepas kejadian petang itu, aku terus menelefon saiful untuk memberi tahu kejadian yang telah terjadi menimpa hafiz.dan paling utama kami harus keluar rumah. Tuan rumah membenarkan kami tinggal dirumahnya untuk beberapa hari sementara kami dapat rumah baru.
selepas beberapa hari menumpang, dengan bantuan orang-orang kampung disitu akhirnya kami dpaat rumah sewa baru, walaupun rumah sewa baru itu diluar kawasan kampung situ dan agak terletak jauh sedikit. aku bersyukur dan berharap segala apa yang terjadi dapat aku lupa kan..
Saiful melalui ahri-harinya sepertia biasa..tiada apa yang meganggunya. mungkin lebih baik jadi seperti dia. mendegar kata orang,
Hafiz pula semenjak kejadian itu dia selalu ditimpa sakit,sehingga dibawa kehospital. tetapi penyakitnya tidak dapat dikesan oleh doktor dan alatan moden. dan selama 2 bulan selepas kejadian itu dia sakit dan akhirnya hafiz tidak mampu berjalan dan terpaksa dibawa pulang kekampung. ibu dan ayahnya mengubatinya cara kampung.pembelajarannya terpaksaan dihentikan..
Aku..?? hurmm....selepas kejadian itu..aku selalu berjumpa dengan balkis..dimana-mana!!...dan aku tidak berhenti dari mencari punca kisah disebalik bilik larangan yang hanya mempunyai kerusi buruk itu. Selepas hafiz dibawa pulang kekampung halamannya. aku pergi semula ke warung tempat aku duduk bersarapan dahulu.dan aku cuba mencari cerita bilik dirumah itu..setelah beberapa hari aku singgah makan disitu..akhirnya aku berjumpa dengan pakcik itu..!! alahhh pak cik yang masa memula aku sarapan..waktu balik klnik tu...haa aku terus tanya A-Z cerita bilik tu..then baru aku tahu. sebenarnya bilik itu adalah bilik tempat anak perempuan bomoh itu duduk. dan pada suatu hari anak nya ditimpa sakit misteri.... bomoh tu cuba merawat anaknya..pelbagai cara dilakukan sehinggalah di mengurung anaknya dari keluar rumah. tetapi lama kelamaan anaknya semakin kuruss kering dan tidak bermaya..dari cantik menjadi hodoh..menangis siang dan malam meminta tolong..akhirnya anak dia mati beragan.. selepas kematian anaknya..bomoh itu telah memaksa hantu-hantu iblisnya untuk menjaga bilik dan rumah tu.kerana persengketaan antara sihir mereka. akhirnya bomoh itu juga mati. sejak itu..iblis-iblis itulah yang duduk rumah tu.. tiada siapa yang duduk rumah tu sehinggalah segala iblis hantu dikurungkan (dipagarkan) didalam bilik itu. lepas tu barulah aku dan kawan-kawan aku masuk.
selepas aku tahu segala ceritanya. aku meminta izin pulang kerumah, sewaktu aku baru nak bangun dari duduk..tiba-tiba pakcik tu ckap.. "Kamu jaga Balkis baik-baik ya..! kamu yang lepas kan dia..kamu kena pandai untuk kurung semula.!"..
-P/S-cerita ini tidak dibagi tahu tempatnya.dan nama yang terlibat telah diubah suai..cerita telah diubah sedikit..tp yang utama tidak diubah seperti.. bilik..bomoh..tuan rumah..pak cik dikedai..sakit yang dialami..dan semenjak Hafiz dibawa pulang kekampung kami cuma dapat maklumat dia semakin teruk. sebenarnya panjang lagi ceritanya..tetapi cukuplah aku pendekkan..supaya tidak bersmbung-sambung..terima kasih sudi membaca..
YOU ARE READING
KOLEKSI KARYA-FSN
RandomDalam ni aku kongsikan cerita-cerita seram atau pengajaran dalam kehidupan manusia, disebalik kegelapan yang dilalui. kepada pembaca sekalian jangan lupa Vote dan follow me.