Assalamualaikum kepada semua pembaca dan Follower FSN..kali ini episod yang saya bawakan adalah jenis Fiksi..serba sedikit saya akan terangkan tentang maksud fiksi :- Cerita fiksi berarti cerita rekaan (invented), bukan cerita kejadian atau keadaan sebenarnya. Cerita fiksi tertulis biasanya dalam bentuk cerita. Cerita Nenek Rokiah adalah berunsur rekaan tetapi diambil dari beberapa kisah benar sebagai jalan cerita. Semoga kita semua terhindar dari Gangguan Iblis dan syaitan...
-Disebuah rumah dikampung Pangku-
Suasana malam itu nyaman,hening dan damai. Fikri sedang duduk menghadap keluar jendela. sambil ditangannya memegang sebuah buku nota menulis puisi.
Sepi....
Sunyi malam ini.... membawa aku kepada memori...
Saat melihat dikau kali terakhir...
............
Penulisannya terhenti tiba-tiba.matanya tertumpu seseorang diluar jendela rumahnya. Eh...!! siapa pula lah malam-malam ni melepak dibawah pokok tu.!!?. fikri terlihat sesusuk tubuh sedang duduk dibawah sepohon pokok besar di jalan utama kampungnya.Susuk tubuh itu nampak samar dan kabur kerana agak jauh juga jarak pokok itu dengan rumah nya. puas diamati namun tetap juga fikri tidak mampu mengecam susuk tubuh itu.
ahhh..biar jela..!! baik aku siap kan puisi aku.!
Baru sahaja dia ingin menyambung tulisannya..zappppppp..!! sesuatu melintas laju di hadapan tingkapnya. "Allah..!" Fikri sedikit terperanjat, dia menjengah keluar tingkap. tetapi tiada sesiapa di luar. fuhh..!! perasaan je kot..!. Fikri menutup tingkap biliknya,bimbang jika ada sesuatu atau cubaan menceroboh rumahnya.
-Di bawah pokok besar-
Razi,shakir dan Badrul sedang duduk melepak,salah seorang dari tiga remaja kampung ini lah yang dilihat oleh fikri sebentar tadi. lagi dua terlindung disebalik pokok.sambil duduk diatas motor yang ditongkatkan.
Cindailah mana.. tidak berkias
Jalinnya lalu..rentah beribu
Bagailah mana..hendak berhias
Cerminku retakkk aaa...aaa... seribu
Razi menyanyi lagu cindai yang popular dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza satu tika dahulu. badrul pula pantas melihat shakir sambil mencebik kan bibir kearah Razi. isyarat menunjukkan yang badrul tidak bersetuju dengan nyayian Razi, kerana lagu itu dikatakan berhantu. walaupun tidak pernah dilalui oleh mereka.tetapi lebih baik mencegah dari merawat.
papppppp.... satu tamparan hinggap di bahu Razi. kelihatan Shakir lah yang menampar,kerana marah dengan nyanyian Razi yang semakin asyik melayan perasaan.
"kau dah kenapa pukul aku.!!" Razi bertanya,seperti tidak tahu akan kesalahan nya.
"yang kau memalam nyanyi lagu tu kenapa..! sekarang dah pukul 11 lebih kau tau..!!" balas shakir.
"alahaaiii...apa masalahnya..! lagu je pun..bukan aku nyanyi lagu Ulek Mayang..!!" Razi seakan tidak berpuas hati.
"lantak ko lah...orang cakap tak nak dengar..!" tiba-tiba badrul menyampuk.
Bagai tidak berpuas hati, tiba-tiba Razi menyanyikan lagu Ulek Mayang..!
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala.....
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri.....
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala.....
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua......
YOU ARE READING
KOLEKSI KARYA-FSN
RandomDalam ni aku kongsikan cerita-cerita seram atau pengajaran dalam kehidupan manusia, disebalik kegelapan yang dilalui. kepada pembaca sekalian jangan lupa Vote dan follow me.