-Malam Minggu-
Riuh rendah dan terang benderang suasana rumah Puan Norizan, bagaikan ada majlis kenduri kendara sedang berlangsung. tetapi didalam keriuhan itu ada sepasang mata yang memerhatikan keluarga Norizan.
"Mak...dah nak balik ke..?" Aisyah sepupu kepada yana bertanya kepada emaknya.
"kejap..!!" balas emaknya..
Malaam itu mereka ada buat sedikit makan-makan..adalah dalam dua tiga adik beradik norizan datang bersama anak-anak mereka, kerana itu meriah rumah norizan. Aisyah telah keluar terlebih dahulu, dan tiba tiba muka aisyah pucat, dia kembali semula kedalam rumah.
"ehh...budak ini..kita dah nak balik..dia masuk balik.." mak aisyah meleter kan sikap anaknya itu.
"mak lambat sangat.." balas aisyah dan terus keluar bersama ayah dan emaknya,
Aisyah hanya membatu di tempat duduk belkang sehingga sampai dirumahnya. ketika sudah masuk kedalam rumah, barulah aisyah membuka mulut..
"mak...tadi dekat rumah Mak Izan, adik nampak hantu.." aisyah memberi tahu emaknya,.
"haaa...!! kau biar betul?" tanya emaknya.
"betul mak, dia warna putih...rambut kasar hitam pekat dekat pagar gate...sebab tu adk masuk balik tadi" balas aisyah.
"kau ni...buat takut emak je.." kata emaknya yang sudah mula takut.
Cerita itu tidak mati disitu,..tetapi emak aisyah telah menceritakan kepada Puan Norizan, dan ketakutan mula menghantui keluarga Puan Norizan..Yana sememangnya sudah trauma dengan apa yang dialami, uda nya juga begitu.
Selepas kecoh kejadian aisyah melihat lembaga putih dupagar rumah Norizan, maka barulah kecoh bahawa Suami Along iaitu anak sulong Puan Norizan, juga pernah terlihat lembaga hitam diruang halaman rumahnya, tetapi dia mendiamkan sahaja apa yang dilihat. agar tiada yang ketakutan. dan ada juga saudara penah melihat nenek tua duduk diatas meja bahagian ruang halamannya juga..nenek itu terlalu tua dan sedang menghisap sesuatu seperti rokok/Cerut..
Nampaknya kisah nenek tua itu belum berakhir..!! bagai ada sesuatu yang dia mahukan..adakah itu saka..? atau hanya makhluk Iblis yang sengaja menganggu tanpa sebab,...?
"Kak Izan...benda ni duduk depan rumah kak izan la.." kata cik ani pembantu rumahnya.
"ishh..janganlah..."
Pada suatu hari cik ani rasa tubuhnya sangat letih, tidak mampu dia bekerja berat, semakin lama semakin teruk, bisa disetiap sendi.!...Apabila sudah berlarutan tidak juga sembuh, dia pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan, selepas pemeriksaan dibuat,doktor mengesahkan Cik ani sehat.
"Kak izan..ani nak balik seberang lah..nak berubat disana dahulu." cik ani memberi tahu Puan Norizan, mungkin sekadar memberitahu bahawa dia mungkin tiada buat sementara waktu.
Tiada halangan dari keluarga Norizan, hanya doa yang mereka sertakan, agar cik ani selamat sampai dan kembali sehat.
-Di Sumetara Indonesia-
Kegembiraan sanak saudara cik ani, melihat dia kembali ketanah air nya..seperti biasa setiap kali pulang ke tanah air, pasti dia ada membawa buah tangan untuk anak buahnya disana, adat dan budaya mereka sama sahaja dengan kita, selagi nama nya Melayu,Jawa dan sebagainya mereka tetap serumpun.
"buk..pak masnawi ada lagi tak?" cik ani menanyakan tentang pak masnawi iaitu seorang perawat islam di kampungnya.
"ada aja dirumahnya.."
Apabila diberitahu pak Masnawi ada dirumah, Cik ani terus pergi ke rumah perawat itu. Mungkin dia sudah tidak tertahan bisa dibadan,dan berharap dapat mencari penawar dengan cepat.
Lama juga dia berubat,setelah diteliti dan dilihat, tidak pasti sama ada berapa hari cik ani berjumpa pak masnawi, akhirnya pak masnawi mengatakan..
"saya tidak bisa mengubati,kamu cuba cari perawat lain ya..kuat benda ini..nanti aku juga akan mati"- pak masnawi menerangkan,tetapi tidak mengatakan apakah yang terkena pada Cik ani..
Cik ani pulang dengan hampa, tetapi dia masih belum berputus asa..saudaranya memperkenalkan seorang lagi perawat.tetapi sama juga jawapan yang diterima...Semuanya tidak mampu mengubatinya..sebelum pulang kerumahnya semula. PErawat kedua ini ada memberitahu tentang rakannya yang mungkin boleh membantu cik ani, rakan nya itu juga seorang perawat.lalu diambil lah alamat dan nama perawat itu.
-Keesokan harinya-
"Assalamualaikum..." pagi hari lagi cik ani sudah bertandang kerumah Wak Pargo. untuk berubat.
"Waalaikumusalam" balas suara didalam.tidak lama kemudian pintu pun terbuka,kelihatan seorang lelaki berumur dalam lingkungan 60an..ditangannya ada sebatng rokok daun yang belum dibakar.
"Masuklah,,," pelawa Wak Pargo
Setelah Cik ani duduk sambil berhadapan Wak pargo dan bersama bini nya, cik ani menceritakan apa yang terjadi pada dirinya, serta bagaimana dia boleh datang kerumah wak Pargo. Wak pargo hanya menganggukkan kepala tanda dia faham.
"Bila kamu mahu balik ke malaysia?" wak pargo bertanya.
"lagi dua hari Wak." balas cik ani.
"inysallah saya akan cuba bantu.esok datang bawak air,,limau..bla..bla..."Wak pargo memesan.
"terima kasih wak.." balas cik ani kemudian pulang kerumahnya.
Seperti yang disuruh semalam. hari ini cik ani membawa barang-barang yang dipesan. tiada apa yang dikatakan oleh Wak Pargo kepada cik ani. hanya air yang diberi untuk dibuat minum oleh cik ani.
Hari untuk pulang ke Malaysia sudah tiba.Tiada apa masalah yang terjadi selama dia bergerak ke malaysia, malah cik ani merasakan dirinya lebih bertenaga sedikit.tetapi ada lagi pesan Wak pargo..jika sudah tiga hari dia minum air tu..telefone nya semula..
Kini cik ani semakin pulih. dia kembali boleh berkerja keras, tetapi yang tidak disangka telah terjadi. Hari ketiga yang dipesan telah sampai, Cik ani menelefon Wak pargo semula. berita yang dia dapat dari isteri Wak pargo.
"Maaf sangat-sangat,wak pargo sudah meninggal semalam." Suara isteri Wak pargo menangis teresak-esak bila memberi tahu.
"Ya Allah...Innalillah...Maafkan saya Buk" balas cik ani.turut terasa tempiasnya, kini perubatannya tergantung.
Air yang ada diteruskan minum, sehingga habis dihari berikutnya.Cik Ani terasa tubuhnya masih lemah. dan adakala bisa itu kembali menjalar. sehingga kini tiada lagi perubatan yang dilalui cik ani. Mungkin dia akan berubat dengan Perawat ina..atau mungkin dia akan kembali semula ke indonesia.
Apa yang dimaklumkan, cik ani turut melalui perkara sama yang dilalui oleh Yana. cuma bezanya yana masih budak. jadi ketahanan dan semangatnya kurang. Along anak sulong kepada Puan Norizan juga turut berubat atas gangguan yang hampir sama. Gangguan yang disangka hanay kepada Yana, kini sebenarnya meneyrang keluarga Norizan,...Pelbagai spekulasi bermain terhadap keluarga Norizan... adakah Gangguan ini adalah satu Sihir..!! atau ia hanya gangguan luar..? semoga keluarga Norizan diberi kesembuhan dan dirahmati Allah..
Aku pun menutup buku nota kecil ku, dan bangun untuk meminta izin pulang kerumah. saat aku keluar dari rumah Puan Norizan. DIbawah pokok nangka dihadapan rumah Norizan kelihatan seorang nenek tua memerhatikan aku,,!! iya..!! ada kala aku juga mampu melihat...!! aku tahu nenek itu juga tahu..!! biar lah aku dengan dunia aku..kita saling memburu..sehingga kelak kita bertemu..Aku memecut kereta pulang kerumah..dan menyiapkan Karya ini..
Nota :-
-Yana sudah sembuh seperti biasa..
-Afrina juga sudah sembuh.
-Along masih dalam keraguan.
-Cik ani masih melalui saki baki
-Ayah Yana seperti sudah sembuh.
YOU ARE READING
KOLEKSI KARYA-FSN
RandomDalam ni aku kongsikan cerita-cerita seram atau pengajaran dalam kehidupan manusia, disebalik kegelapan yang dilalui. kepada pembaca sekalian jangan lupa Vote dan follow me.