(Untuk Sahabat) - Bilik Larangan..!!

516 10 0
                                    

  Pertama kali saya ingin ucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca semua..atau lebih mudah saya gelarkan kamu semua SAHABAT... atas permintaan Sahabat-sahabat di FB dan Flower serta sahabat di Fiksyen Shasha. saya menyambung kisah ini. Sekali lagi saya ucap kan terima kasih..-  saya tidak mahu letak part..atau extra part..kerana cerita ini untuk sahabat saya semua..salam semua.. -

  Selepas balik dari berjumpa pakcik di warung itu, aku termenung memikirkan apakah maksud kata-kata "Kamu kena jaga balkis baik-baik ya...kamu yang lepaskan dia..kamu kena pandai kurungnya semula." 

  Aaahh...!! serabut je aku nak fikir,bukan masalah aku. Lagipun semuanya aku dah tahu.!.aku bermonolog sendirian sambil terbaring, saiful pula sedang sibuk membasuh pakaiannya. Hafiz pula..masih dihospital sedang dirawat, penyakitnya masih juga tidak dapat dikesan. keluarga hafiz mengambil keputusan membawa hafiz pulang kekampung untuk ikhtiar secara tradisional.

  Ibu dan Ayah mana yang tidak sayangkan anak,begitu juga ibu dan ayah hafiz. Pelbagai ustaz dan bomoh dibawa, kadang kala sudah seakan syirik pun ada.tetapi masih juga belum serasi dalam perubatan mereka.

  "Arghhhhh...sakittttt.....waarrghhhhhhh...sakittt........ huuuu...huuuuuu..hhuuhuhuhuuuuu.." hafiz meracau dan kerasukan,begitulah yang akan terjadi kepada hafiz kadang kala bila maghrib menjelma.

  "kembalikan...!!!.......kembalikan....!!" pekikan hafiz, itu yang selalu menjadi persoalan kepada keluarga mereka. puas ditanya, apa benda yang hafiz ada ambil atau curi.? namun hafiz tetap menafikan. tiada apa yang diambil.!

  "Assalamualaikum..." suara dari luar rumah hafiz.

  "waalaikumusalam..." jawab ayah hafiz sambil membuka pintu.

  Apabila pintu dibuka, kelihatan Abang hafiz bersama seorang Tok Batin yang dibawa dari perkampungan orang asli, tok batin itu dikenalinya melalui dari seorang sahabatnya juga, yang pernah terkena sihir.

  "masuklah," ayah hafiz menjemput tok batin masuk kedalam. sambil pintu dibuka lebih luas.

  Tok batin masuk terus melulu duduk bersebelahan Hafiz. dibuatnya seperti rumah sendiri, kemudian tok batin mengeluarkan satu bekas seakan mangkuk dan membakar kemenyan didalam nya,sambil membaca beberapa mentera,.....segala semangat alam dipuja dan di panggil. tiba-tiba hafiz duduk dengan kaki lurus menegak, matanyaa terbeliak memandang ke arah tok batin.

  "apa mau kau masuk sini.!?" tok batin mula berbicara secara tiba-tiba.

  "Aku mau barang ku.!!" balas hafiz,merenung tajam kearah tok batin.

  "apa barang kamu..?

  "Perhiasan diri ku!! rumah ku..!!!" hafiz membalas dengan suara garau.

  "Dimana.?"

  "Pada dia..!!" balas hafiz bermaksudkan dirinya sendiri.

  Selepas bersoal jawab, tok batin membaca beberapa mentera  sambil meniup kemenyan kearah hafiz dan hafiz rebah terbaring semula.

  "Saya rasa dia ada ambil barang yang bukan milik dia. kamu semua cari barang tu dan pulang kan semula ke tempat asalnya.jika tidak nanti lagi susah anak kamu." kata tok batin

  Semenjak itu, bertungkus lumus la keluarga hafiz mencari barang yang dimaksudkan oleh tok batin.Jika ada masa terluang pasti mereka akan menyelongkar bilik dan barang hafiz, tetapi sia-sia..tiada apa yang mereka temui..atau adakah makhluk itu menipu..? keluarga Hafiz mula rasa bagai dipermainkan oleh makhluk iblis.

  Pada suatu hari,ketika hafiz semakin tenat dan tak bermaya,dia memangil lemah ibu nya..

 "makkkk....." hafiz memanggil dengan nada lemah.

KOLEKSI KARYA-FSNWhere stories live. Discover now