-Dirumah Nek Kiah-
"Arhhhh...!" nek kiah mengerang kesakitan,terasa tubuhnya bisa dan jantungnya bagai dihiris pisau.Makin diminum air penawarnya, semakin bisa ditubuhnya.
Prraaggggkkkk.Bekas air penawar itu dicampak oleh nek kiah.!
Nek kiah melangkah keluar rumah di pagi buta itu, dia harus melakukan sesuatu.! jika tidak pasti dia akan terkorban.Dari celahan tingkap kayu rumah nek kiah ada sepasang mata sedang memerhatikan. dari raut mata itu seakan sedang gembira melihat nek kiah dalam mencari nafasnya.
Sebaik sahaja kaki nek kiah menyentuh tanah, kedua-dua lututnya bagai dipasak. Nek kiah rebah ketanah sambil berlutut. perlahan-lahan dadanya rasa berat,sesekali terdengar nafas kencang nek kiah.sambil kedua tangannya memegang dadanya sendiri,dia terbaring lemah terlentang kearah langit yang gelap. Tiada siapa yang membantu. tiada siapa yang melihat.! Errrhhhhhhhhh....errrrkkkhhhhhhhhh..bunyi nafas nek kiah.Bertungkus lumus dia mencari nafas.tetapi semakin lama, semakin berat. kakinya mula kejang,matanya terbeliak mencari nafas yang semakin hilang.
Sedang Nek kiah dalam Nazaknya, datang seekor makhluk merangkak kearahnya, semakin lama semakin dekat dan akhirnya muka makhluk itu berhadapan dengan nek kiah. Wajah yang dipenuhi nanah dan sebahagian kulitnya terkopek tidak menakutkan nek kiah sedikit pun,kerana waktu itu nek kiah sedang bertemu dengan sakaratulmaut.Hampir 20 minit bertarung dengan Maut, akhirnya nek kiah menghembuskan nafasnya terakhir di tanah hadapan rumahnya.Makhluk tadi turut berlalu laju dan hilang dalam kepekatan pagi itu.
Tok Guru Muiz baru sahaja selesai melalukan ibadah dan bacaan al-Quran membantu ikhtiar memohon kesembuhan dari Allah.Tok Guru keruang tamu untuk Menemui Muiz yang sedang duduk berzikir,dijarinya tidak lekang menarik butir-butir kayu yang telah disatukan menjadi tasbih.
"Muiz...Pergi Solat sunat Taubat..Mohon kepada Allah." tiba-tiba Tok Guru mengarahkannya.
"Baiklah tok." balas muiz tanpa melawan sambil berlalu.
Tok Guru duduk berehat sambil beristifar, dan menyebut "Innalillah" nampaknya Tok Guru seakan merasakan ada kematian di kampung itu. tidak diberitahukan kepada Muiz anak muridnya.
-Keesokan Harinya-
Jam 8.20 pagi-Tok Guru Muiz sudah pun melangkah pulang ke sekolah pondoknya, tetapi dihalaman rumah nek kiah ketika itu kecoh,terlalu ramai orang berkerumun, Shakir yang ketika itu sedang lalu turut berhenti dan ingin melihat apakah yang sedang dilihat oleh orang kampung. Alangkah terkejutnya Shakir apabila melihat Nek Kiah sudah Meninggal dan mayatnya seakan mengerikan.Tanpa berlengah shakir terus menuju kerumah Muiz untuk menyampaikan berita kematian Nek Kiah.
Muiz dan shakir terus menuju kerumah nek kiah.tetapi apabila sampai. Jenazah Nek kiah Sudah ditutup dan tidak dibenarkan sesiapa melihatnya.Muiz sedikit kecewa tetapi dia menghormati aib Arwah.sedang hingar bingar ketika itu tiba-tiba terdengar suara menjerit lemah..
"Tolonggggg~~ sini......Tolongggg~~" semua yang ada ketika itu tergamam, saling berpandangan.
Muiz,Ketua kampung,Shakir dan beberapa orang kampung lain cuba mengesan dari mana hadirnya suara itu.sedang masing-masing mencari tiba-tiba terdengar jeritan seorang penduduk yang berada didalam rumah Nek kiah.
Muiz dan shakir turut serta meluru kedalam,begitu juga beberapa orang kampung dan dihadapan mereka kelihatan Nek Rikiah sedang mengensot lemah.
Beberapa orang perempuan yang turut ada disitu menjerit seperti terkena histeria apabila melihat Nek Kiah kini berada dihadapan mereka. Ketua kampung turut melangkah undur beberapa tapak. Tiada siapa yang berani menghampiri Nek Kiah.Kerana mereka sendiri melihat Jenazah Nek Kiah terbaring dihalaman rumahnya
YOU ARE READING
KOLEKSI KARYA-FSN
RandomDalam ni aku kongsikan cerita-cerita seram atau pengajaran dalam kehidupan manusia, disebalik kegelapan yang dilalui. kepada pembaca sekalian jangan lupa Vote dan follow me.