Nenek Rokiah - Permulaan..!!

137 3 0
                                    

 "Assalamualaikumm..... Razii....." Muiz memberi salam, jam 10 pagi, dia sudah terpacak dihdapan rumah Razi.

"Waalaikumusalam...Ehhh Muiz..awal kau datang,,dulu pukul 10 malam baru muncul.."kata Razi, menyakat sahabatnya

"Saja nak duduk sembang dengan kau orang,lama dah aku tak dengar cerita korang."

"Kami macam ini sahaja la Muiz," Aku masih menguruskan kebun ayah aku.

"Shakir dengan Badrul?"

"mereka kerja di kilang kayu yang dekat dengan pekan tu." balas Razi.

Muiz dan Razi terus bersembang di anjung rumah, sesekali gelak tawa mereka kedengaran, ceria betul mereka..Sedang seronok mereka bersembang, kelihatan Nek kiah lalu dengan basikal buruknya, Muiz melihat Nek kiah tanpa berkelip. Matanya tajam melihat nek kiah.

"Assalamualaikum.." Muiz menegur nek Kiah,

"Salam," balas Nek kiah sambil menoleh kearah Muiz,pandangannya sedikit pelik kearah Muiz, kerana tiada orang luar yang berani melihatnya, apatah lagi menegurnya. Kerana tubuh Nek kiah yang membongkok, berambut panjang yang di sanggul kan, serta kulit nek kiah yang pucat menyebabkan wajahnya nampak gegelung hitam dikeliling matanya, itu sudah cukup menakutkan budak-budak dengan menganggap nek Kiah sebagai nenek kebanyan.

"Nek Kiah dari mana?" muiz sengaja ingin ajak bermesra..dia tahu nek kiah tidak suka di ajak bersembang.

"Dari pasar," balas nek kiah tanpa menoleh, dan meneruskan kayuhannya.

Muiz terus memandang nek kiah sehingga jauh.

"Weii,kau kenapa tengok nek kiah macam tu..?!" Razi bertanya,pelik melihat gelagat Muiz.

"ehhh...tak ada apa lah..dah lama tak nampak dia..banyak dah berubah" balas Muiz, sedikit terkejut dengan pertanyaan Razi secara tiba-tiba tadi.

"Yela tu kau..! dia sama juga macam dulu..masih sebagai bidan."

"Ha...Ha..Ha...iyaaa...ok lah.. aku balik dulu ya..nak kemas rumah..nanti petang insyallah kita jumpa lagi.." Kata Muiz sambil bangun dan besalaman.

Sambil mengemas rumahnya..muiz sibuk memikirkan..Nek Kiah.!! kenapa macam bukan nek kiah..!! hati Muiz bermain soalan sendirian.

-Rumah Nek Kiah-

"Arghh..!! budak tu dari mana..?! ini semua menyusahkan aku.!" nek kiah berkata sendirian,

"hiiii..hi..hi..hi.. kau kata..kau hebat..?!" suara perempuan membalas kata-kata nek kiah.

"Diamm kau..!!" nek kiah berang ditertawakan.

"jangan kau sombong..! kamu juga manusia biasa. ilmu hanya secebis garam.!" balas suara itu

Nek kiah termenung seketika, kemudian dia kedapur menyiapkan barang untuk rawatan dan tangkal yang bakal diambil oleh ketua kampung. Bau kemenyan mula menyelubungi rumah Nek kiah, Ilmu yang digunakan nek kiah, memang terang salah. dengan jampi mentera ditambah pembakaran kemenyan. sudah cukup memperlihatkan ilmu itu adalah salah dari segi Agama.

"Assalamualaikum.."Suara Wak daeng kedengaran dari luar.

"Wa.salam" nek kiah menjawab,tetapi selalunya tidak penuh.

Nek kiah keluar dengan membawa barang yang dijanjikan kepada Ketua kampung,dengan dapatnya tangkal dari nek kiah..! mereka rasa selamat. hingga hampir lupa pelindungan terbaik adalah dari Allah..!

Petang itu Razi,Shakir dan Badrul kelihatan menuju ke rumah Muiz. sekadar untuk duduk-duduk bersembang kosong, tetapi Muiz ada perancangannya.Muiz ingin membawa kawan-kawannya itu mengikut jejaknya.kerana itu dia mengajak mereka semua datang kerumahnya.

KOLEKSI KARYA-FSNWhere stories live. Discover now