Nenek Rokiah - Sihir

150 4 0
                                    

Kejadian yang baru terjadi tadi menyebabkan Muiz lebih berjaga-jaga, kini dia memagar sekeliling rumahnya. Razi dan Shakir hanya duduk melihat tingkah laku muiz memagar,Badrul pula masih dalam keadaan lemah. Dia baru sedar selepas disapukan air yang dibaca Ayat suci Al-Quran ke mukanya.

Selepas selesai memagar, Muiz duduk menghadap sahabat-sahabatnya itu. difikirannya sekarang ingin mencari punca kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikampungnya.

"Shakir,..sebenarnya berapa lama dah benda-benda pelik ni terjadi.?" Muiz bertanya sambil tepat memandang kearah mata shakir.

"tak pasti,tapi semakin kecoh dalam lebih kurang dua minggu," balas Shakir.

"kau orang pernah mintak tangkal dekat nek Kiah tak?" tanya shakir lagi,cuba menyiasat.

Ketiga-tiga sahabatnya itu mengelengkan kepala,tanda mereka tidak ada memakai tangkal, Kemudian Muiz Menyuruh sahabat-sahabatnya itu menceritakan kejadian-kejadian yang telah terjadi dan berapa ramai yang sudah menjadi mangsa, dari apa yang di ceritakan kini muiz tahu bahawa ada beberapa keluarga yang tidak diganggu. Antaranya keluarga imam ismail dan keluarga Fikri.

Muiz merenung seketika sambil berfikir, otaknya ligat mencari punca segala kejadian aneh itu, dia masih terbayang-bayang lembaga yang seiras gaya nek kiah tadi, tetapi Muiz tidak mahu bersangka buruk dan bercadang untuk menyiasatnya sendiri.

"Sudahh lah..!! mari kita tidur, nanti solat subuh kita tanya dengan imam ismail." kata Muiz,sambil membaringkan tubuhnya.

Sahabat-sahabatnya turut ikut tidur, mereka tidur dalam ketakutan. Tidak disangka perkara sebegitu terjadi.

-Jam 5:00 am-

Muiz terjaga, lantas terus bersiap membersihkan diri,dan mengejut sahabat-sahabatnya sekali. agak liat juga mereka bangun kerana sudah terbiasa meninggalkan solat subuh, tetapi apabila dikerah mereka semua tetap bangun.

Sewaktu jalan pulang dari menunaikan solat subuh, Muiz dan Shakir telihat kelibat seseorang disebalik pokok besar dan menghilangkan diri apabila kehadirannya disedari.

"Eh....kau nampak tak tadi?" tanya Shakir rambang kepada sahabat-sahabatnya.

"Nampak apa.?!" balas Razi melilau matanya mencari.

"Aku nampak juga..!" tapi tak apa, dia pun dah lari..balas Muiz.

Badrul hanya diam membisu, mungkin keletihan atau mungkin dia masih mengantuk. Sampai sahaja dirumah. Muiz mula mencari idea untuk memerangkap lembaga yang menganggu mereka orang kampung selama ini. tiada cara lain, dia terpaksa pulang ke sekolah pondoknya untuk meminta bantuan dari gurunya.

Setelah berfikir sehabisnya, Muiz pun menyatakan hasrat untuk kembali ke pondoknya untuk beberapa hari..Keputusan yang dibuat oleh Muiz itu tiada halangan dari sahabat-sahabtnya.

"Nanti korang tolong tengok-tengokkan rumah aku ni ye.." pesan Muiz kepada sahabt-sahabatnya.

"Kau jangan tak balik semula lak nanti." Razi membalas, terasa baru sahaja semalam muiz balik kekampung,

"Jangan risau,mungkin hanya dua atau tiga hari" balas muiz sambil tersenyum, lalu bersalaman.

Tiga orang sahabat itu memandang sayu melihat Muiz semakin jauh dan akhirnya hilang dari pandangan dibalik pokok besar.

-Di sekolah pondok-

"Assalamualaikum..." Muiz memberi salam, apabila tiba di hadapan pondok lamanya.

"Waalaikumusalam.." balas Seorang Guru tua berumur 80an.di bahunya tergantung kain serban sambil ditangannya memegang tongkat untuk membantunya bergerak.

KOLEKSI KARYA-FSNWhere stories live. Discover now