PART 1

591 28 0
                                    

"Hei! Cuba kau tengok kembar tu. Baru je masuk sekolah ni dah berlagak diva. Entah macam manalah mereka boleh masuk sekolah ni kan?" kutuk Dayana. Matanya memerhatikan sepasang kembar berlainan jantina yang sedang berbual tanpa menghiraukan orang lain.

Putera Emir Rayyan dan Puteri Emisya Rayana. Sepasang kembar tidak seiras yang cukup dikenali di sekolah itu walaupun baru beberapa bulan berpindah ke sekolah itu. Mereka terkenal dengan perangai dingin dan kepala keras mereka. Walaupun masing-masing mempunyai raut wajah yang menarik, tetapi mereka langsung tidak mahu bergaul dengan sesiapa. Hidup mereka hanya dipenuhi oleh diri mereka sendiri.

"Aku tak pernah nampak pun kembar tu bercakap dengan sesiapa sejak masuk ke kelas kita. Kalau bercakap pun, muka dia memang dingin je. Macam robot!" kutuk Dayana.

"Itulah. Aku pernah dengar suara dorang sekali dua je," iya Anisa.

"Sayangkan, muka Emir tu dah lah kacak maut. Tapi dingin pula. Kalau dia friendly mesti dia dah popular gila. Mesti berebut perempuan nak dekat dia," kata Amira.

"Samalah. Kalau Emisya tu friendly, mesti dia dah banyak peminat. Muka dia bukannya tak cantik. Cantik gila kot!" sampuk Adrian.

Memang tidak dinafikan wajah kembar itu memang menarik hati. Emir. Walaupun wajahnya beku tanpa senyuman, dia tetap nampak comel. Mukanya yang babyface dan berambut ala-ala trend Korea memang sesuai dengannya. Emisya pula terkenal dengan kecantikannya. Wajahnya cukup comel dengan pipi yang nampak gebu. Kedua-duanya mempunyai iras Cina dengan kulit yang putih melepak dan mata yang sepet. Dan bahagian yang paling menawan pada mereka ialah mata mereka. Berwarna biru kehijauan memang akan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

"Aku rasalah kan, diorang ni, ada masalah brother and sister complex kot!" kata Dayana.

"Benatang alah apa tu?" soal Adrian. Brother and sister complex?

"Ala.. Brother and sister complex ni macam.. Macam mana aku nak describe eh? Benda ni perasaan sayang sangat dekat adik-beradik kau sampaikan kau tak boleh nak jauh dari mereka. Langsung tak mahu berkongsi mereka dengan orang lain. Nak monopoli mereka untuk diri sendiri je," kata Dayana. Berterabur penerangannya. Macam manalah dia mahu menerangkannya pada Adrian eh?

"Kalau kau tak faham, kau pergi tanya pak cik google!" arah Dayana.

"Aku mana ada pak cik nama google!" sanggah Adrian.

Dayana menepuk dahinya kuat. Amira dah Anisah sudah bantai gelak. Payah kalau bercakap dengan orang blur bijak pandai ni!

"Google la! G.O.O.G.L.E. Google! Bukannya pak cik kau nama Google!" marah Dayana. Dia siap mengeja lagi ejaan google tu biar Adrian faham. Bukannya boleh percaya mamat ni. Aku cakap A, dia menyimpang ke B. Aku cakap C, dia menyimpang ke D.

"Ouh. Cakaplah google. Ini cakap pak cik. Memanglah aku blur," terangguk-angguk kepala Adrian. Matanya terpejam sambil tangannya disilangkan.

"Alahai! Payah betul kalau bercakap dengan orang blur ni!" keluh Dayana. Mahu sahaja dia meluku kepala Adrian. Tak pun, rendam dalam kolam ikan hiasan dekat halaman sekolah tu. Manalah tahu, betul balik wayar-wayar dalam otak dia!

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now