PART 11

211 10 0
                                    

"Eric. Awak tolong letakkan gula boleh? Jangan banyak-banyak tahu! Saya nak pergi tandas jap. Dah tak tahan ni," pinta Emisya. Terkepit-kepit kakinya. Sebaik sahaja selesai menunjukkan Eric di mana letakknya gula, laju sahaja dia pecut ke tandas berhampiran dapur.

"Eh?" terpingga-pingga Eric dibuatnya. Aduiii aii.. Sya ni pun, tak sempat aku nak buka mulut dia dah pecut dulu. Manalah pernah aku buat air. Sentuh gula pun tidak. Tangannya menggaru-garu kepalanya. Mana gula tadi erk? Emisya tunjuk bekas yang mana ni? Banyak sangat bekas ni! Semuanya sama je aku tengok. Dalam dia isi butir berwarnaa putih juga.

"Eh. Anak ni siapa?" soal Julia. Dia baru sahaja hendak ke tempat kerjanya semula. Tadi, dia terlupa membawa dokumen penting. Bergegaslah dia pulang ke rumahnya. Tup-tup nampak pula Emisya bersama Eric berdua-duaan di dapur. Muncul idea jahatnya.

"Eh.. Saya Eric. Saya kawan Sya dan Emir," kata Eric sopan tanpa mengetahui niat Julia. Dia melemparkan senyuman nipis.

Tersenyum sinis Julia. Kawan ya? Meh aku jadikan perkataan kawan tu kepada lawan.

"Nama mak cik Julia. Mak cik Emir dan Erika," kata Julia memperkenalkan  diri.

"Ni nak buat apa?" soal Julia ramah.

"Nak buat air. Tapi saya tak tahu nak buat air pula," kata Eric sambil tersenyum kecil. Malu pula dia. Besar-besar masih tidak tahu buat air. Tergelak kecil Julia mendengarnya.

"Tak apalah. Tunggu dekat meja sana. Mak cik buatkan air kejap," arah Julia lembut.

Eric pula dengan naifnya menganggukkan kepalanya menuruti perintah Julia. Dia terus ke meja di luar dapur.

Julia terus mencapai bekas gula sebelum diletakkan ke dalam jag yang sudah diisi dengan air kordial sarsi. Dia mengeluarkan sepaket serbuk dari poketnya. Tuahnya mungkin. Serbuk itu baru sahaja dibelinya di kelab malam semalam. Dan hari ini, serbuk ini akan membantunya melunaskan dendamnya. Dia memandang sekelilingnya takut ada yang perasan tindakannya.  Melihat tiada sesiapa di situ, dia lantas menuangkan semua serbuk itu ke dalam jag itu. Rasakan! Biar kau tahu siapa Julia. Tergelak Julia sambil tangannya ligat mengacau air di dalam jag itu bagi melarutkan serbuk itu. Setelah selesai, dia menatang jag itu dan beberapa gelas di dalam dulang sebelum dibawa ke tempat Eric menunggu.

"Nah. Mak cik pergi dulu ya. Ni pun balik sebab terlupa bawa dokumen," pamit Julia. Dia tersenyum sinis. Rasakan! Puas hati aku! Biar kau kena dengan mereka, Emisya. Benci aku.

Eric hanya mengangguk dan tersenyum. Hairan dia melihat senyuman Julia yang lain macam itu. Namun, dia kemudiannya hanya menjungkitkan bahunya. Enggan mengambil tahu. Hal orangkan. Dia lantas mengangkat kakinya berlalu dari ruang itu ke luar rumah.

"Eh.. Cepatnya awak buat," tegur Emisya. Dia memandang air di dalam jag itu. Pandai juga Eric buat air. Ingatkan tak tahu buat.

"Tengok kakilah," kata Eric bangga. Tersenyum senget dia sambil menayangkan kakinya. Padahal bukan dia yang membuat air itu. Malas dia hendak memberitahu dia tidak tahu membuat air kepada Emisya. Nanti kalau ketahuan dek Emisya dan Emir, mahunya dia jadi bahan jenaka berminggu-minggu. Tercebik wajah Emisya dan serentak itu, dia tergelak. Eric kemudiannya menatang dulang itu ke bilik Emir.

"Eh.. Cepatnya siap," tegur Erika tersengih-sengih. Dia menangkap jelingan tidak puas hati Emir. Tapi dia peduli apa?

"Buat air je pun. Bukannya memasak sampai lama sangat," balas Emisya sambil tangannya menuangkan air ke dalam gelas. Bukannya dia tidak menangkap maksud di sebalik kata-kata nakal Erika itu. Tapi dia hanya berbuat tidak endah.

Tergelak Erika dibuatnya. Tangannya menyambar dua gelas air sebelum segelas dihulurkan kepada Emir. Emir hanya mengambilnya dengan wajah yang masam. Air yang ada diteguknya rakus menghilangkan dahaga dan menghilangkan panas di hati.

Mereka kemudiannya berbual-bual sehinggakan mereka tiba-tiba merasa badan mereka panas. Pasangan kembar itu mula gelisah. Rasa tidak selesa.

"Awak tak hidupkan air-cond ke, Emir?" soal Erika.

"Dahlah. Suhu paling rendah lagi. Tapi kenapa panas sangat, ya?" soal Emir. Rasa tidak selesa menyelubunginya.

Pandangan Emisya pula sudah mula kabur. Badannya panas meminta sesuatu. Dia kemudiannya bangun lalu memeluk leher Eric erat membuatkan mereka semua terkejut.

"Sya.. Bangunlah. Tak selesalah," kata Eric. Dia menolak tubuh Emisya tetapi Emisya enggan melepaskannya.
Erika yang melihat mula bertindak mengikut tindakan Emisya. Dia turut merangkul leher Emir erat. Nafasnya tersekat-sekat.

"Apa kena dengan aku ni?" soal Erika perlahan. Tindakannya kini di luar kawalannya. Terasa bagaikan ada sesuatu yang mengawal tubuhnya kini sehinggakan berani bertindak begitu.

Eric dan Emir mula tidak keruan. Mereka mula membalas rangkulan pasangan masing-masing. Mereka menolak Emisya dan Erika jatuh ke dalam sebelum bibir mereka dikucup. Nafsu mereka sudah tidak dapat ditahan. Akhirnya, kembar-kembar itu mula hanyut di lautan nafsu. Tanpa mereka sedar, Julia di bawah sedang tergelak terbahak-bahak meraikan kemenangannya kali ini.

"Aku menang kali ni, kak. Biar anak-anak kau rasa apa yang aku rasa dulu! Biarkan mereka terseksa bagi pihak kau!" bisik Julia perlahan sebelum keretanya bergerak keluar dari perkarangan rumah itu.

Bahagian pertama dendamnya sudah terlaksa. Tunggu sedikit masa lagi pasti dia akan melaksanakan bahagian kedua rancangannya.

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now