PART 15

325 13 4
                                    

"Syukur mereka percayakan kita," ucap Erika lega.

Berpeluh juga mereka hendak menerangkan situasi mereka pada mama dan papa Eric dan Erika. Mujur juga kedua orang tua itu percayakan mereka dan sanggup menerima Emisya dan anak dalam kandungannya itu.

"Saya bersyukur, mereka boleh terima anak ini sebagai cucu mereka," kata Emisya lega. Senyuman kelegaan terpamer pada wajahnya.

"Lepas ni, saya jadi papa kan? Awak jadi mama. And, saya tak sabar-sabar sangat nak miliki awak," kata Eric nakal. Dia tersengih-sengih memandang Emisya. Dia sudah berangan-angan akan tema perkahwinannya dengan Emisya. Kalau warna merah pasti cantikkan?

Mama dan papanya juga ada meminta agar Eric dan Emir bertanggungjawab di atas perbuatan mereka. Eric dan Emir hanya akur bersetuju.

"Ish. Awak ni! Bikin malu je! Pergi la main jauh-jauh dengan Emir. Saya ada benda nak bincang dengan Erika. Hal perempuan," halau Emisya. Dia segera menarik tangan Erika jauh dari pemuda-pemuda itu. Sempat lagi dia berpaling sebelum berkata sesuatu.

"Emir, thank you," ucap Emisya. Dia tersenyum sedikit membuatkan Emir dan Eric terkaku. Senyuman yang betul-betul ikhlas.

"No hal. Aku dah janji aku akan protect kau kan?" balas Emir tersenyum.

"Awak okay ke kalau berkahwin dengan Emir?" soal Emisya risau sebaik sahaja mereka berdiri agak jauh dari Emir dan Eric. Bukannya dia tidak nampak betapa pucatnya wajah Erika sebaik sahaja mama dan papa gadis itu meminta Emir bertanggungjawab.

"Hurm? Saya okay je. Lagipun, saya memang ada perasaan pada Emir," ujar Erika bersahaja.

"Awak ada perasaan pada Emir?" soal Emisya tidak percaya.

"Yup. Saya sukakan Emir," jawab Erika sedikit malu. Naik merah pipinya mengakui perasaannya.

Terdiam Emisya mendengarnya. Tidak lama kemudian, tubuh Erika didakapnya erat.

"Jaga adik saya baik-baik," bisik Emisya lembut. Dia melepaskan rangkulannya sebelum tersenyum manis. Terkaku Erika melihat senyuman di bibir itu.

"Jaga abang saya elok-elok," balas Erika setelah berdiam diri. Dia mengoyak senyuman bahagia.

Kedua-dua gadis itu kemudiannya tertawa kecil. Bahagia.

Sambil ketawa, fikiran Emisya menerawang jauh. Tak lama lagi, dia bakal menjadi isteri dan mama kepada anak Eric. Bermakna, dia terpaksa melupakan perasaannya pada adiknya. Ah.. Memang patut pun aku buang perasaan ini. Ini cinta terlarang yang tak akan mungkin bersatu dan dipersetujui oleh mana-mana agama sekalipun.

Biarlah.. Biarlah Emir dijaga oleh Erika pula. Selama ini, dia sudah acap kali melihat pemuda itu menderita tanpa tangisan. Biarlah adiknya berbahagia pula.

Selamat tinggal, cinta lama.. Selamat datang wahai bakal suamiku, Eric ke dalam hatiku.

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now