PART 3

336 21 0
                                    

"Rikaaa!!! Kau ada dengar tak pasal kembar yang baru pindah sekolah kita ni?" soal Eric separuh menjerit sebaik sahaja menguak pintu bilik kembarnya.

Erika yang sedang leka membaca novelnya mengurut dadanya. Terkejut aku! Dahlah masuk bilik orang tak ada salam. Main terjah je. Lepas tu bising pula!

"Senyaplah sikit. Macamlah aku ni pekak sangat!" marah Erika. Jantungnya bagaikan mahu tercabut tatkala mendengar namanya dilaung secara tiba-tiba. Telinganya bagaikan hendak pekak apabila kembarnya yang seorang itu menjerit. Mengalahkan halilintar bunyinya!

"Hehehe. Sorry. Sorry," tersengih Eric apabila menyedari kesalahannya. Bukannya apa. Dia cuma tidak sabar mahu bercerita dengan Erika. Itulah pasal suara volume terkuat terkeluar

"Aku ada dengar pasal kembar tu. Kenapa?" soal Erika. Tergeleng-geleng kepalanya tatkala melihat sengihan Eric. Ingat handsome sangat ke? Aku cepuk karang baru tahu!

"Tak adalah. Just kau tak rasa ke kembar tu ada ciri-ciri idaman kita? Nak try mereka tak?" usul Eric.

"Tapi, dingin sangatlah! Aku pernah tegur mereka tapi mereka buat tak tahu je. Sakit hati aku!" adu Erika.

"Ala.. Peduli apa? Memang ciri idaman kita dingin kan? Orang yang dingin, violent dan tak patuhi peraturan. Muka tanpa perasaan dan tak mengikut orang. Lupa?" soal Eric.

Memang taste mereka berdua ni pelik sikit. Kalau orang lain, mahu mencari pasangan yang baik. Tapi terbalik pula bagi kes mereka berdua ni. Mereka mahu mencari pasangan yang mempunyai sikap yang berbeza dari mereka yang ceria, peramah dan terlalu mematuhi peraturan ni. Biarlah rare gitu!

"Bukannya aku lupa. Tapi diorang ni.. Lain sikit. Aku tak tahu nak describe macam mana. Sinar mata diorang ni macam dah mati. Perlakuan dan bicara macam langsung tiada hati. Kalau kita couple dengan mereka, tak ke kita yang makan hati? Lagipun aku dengar diorang ni ada brother and sister complex la!" luah Erika.

"Ha.. Yang tu aku tak tahu. Tapi kita tak boleh judge the book by the cover, kan? So apa kata kita kenal diorang dulu baru kita judge diorang," usul Eric.

Terdiam Erica mendengarnya. Berat hatinya mahu menyetujui cadangan gila Eric itu. Walaupun kepalanya juga gila-gila seperti Eric, tapi tidaklah sampai mahu cari nahas!

"Ala.. Jomlah!" pujuk Eric. Dia mengoncang-goncang lembut lengan Erika. Matanya dibulatkan untuk meminta simpati.

"Pleaseee.. Pleaseeee.. 6 bulan pun jadilah!" pujuk Eric enggan mengalah.

"Ish kau ni! Iyalah. 6 bulan je. Ingat. 6 bulan je!" kalah Erika. Memang kalau Eric dah keluarkan suara comel dan mata comel dia tu, kalahlah dia! Tergoda jiwa beb! Muka punyalah macho, suara pun seksi. Sekali buat suara macam tu, double sexy! Double cute!

"Yeahhuh! Thank you! Sayang kau!" sorak Eric. Dia mencium pipi Erika sepintas lalu sebelum berlalu keluar dari bilik Erika. Terlompat-lompat kecil dia sambil mulutnya bising menyanyi.

Tergeleng lagi Erika dibuatnya. Siapa sangka ketua pengawas yang bermuka seksi dan cool tu boleh buat perangai tak semenggah macam tu? Tambahan pula berminat dengan pelajar melanggar peraturan? Memang pelik taste dia!

Dunia ni memang pelik. Tapi.. Aku pun pelik jugalah kan? Sebab aku pun berminat dengan spesis macam tu?

Hailah dunia.. Dunia.. Eh silap.. Hailah Rika.. Rika..

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now