PART 6

292 19 0
                                    

"Hai!" sapa Eric kepada kembar itu. Erika di belakangnya mengekornya rapat.

Pemandangan yang biasa dilihat. Emisya sedang bersandar pada Emir, dan Emir sedang bersandar pada Emisya. Uniform? Memang langsung tidak dipakai dengan betul. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Kadang-kala tertanya-tanya juga Eric dan Erika, tidak sesakkah nafas kembar itu merokok?

"Hai..," sapa Erika perlahan. Dia mengambil tempat di sebelah Eric. Di tangannya ada satu plastik merah yang berisi roti koko. Itu sahajalah makanannya waktu rehat. Dia mahu menjaga badannya. Justeru itu hanya roti yang menjadi santapannya.

"Err.. Kalau saya tegur ni jangan marah, ya? Kalau boleh, pakailah uniform tu elok-elok waktu awak berdua dekat dalam sekolah. Pasal merokok tu saya tak nak ambil port walaupun saya sepatutnya tahan awak berdua. Saya just nak awak berdua tunjukkan imej yang elok untuk sekolah kita. Sorry kalau tak selesa. Just ini memang tugas saya as Ketua Pengawas Disiplin. So faham kan?" nasihat Eric lembut.

Emir dan Emisya sudah berpandangan antara mereka. Pakai uniform elok-elok? Sudah cukup eloklah ini mereka tidak memakai hiasan ke sekolah. Ini diri mereka. Jadi mengapa perlu didengar kata orang lain?

"Err.. Eric tak bermaksud nak sakitkan hati awak berdua ke apa.. Dia just jalankan tanggungjawab dia sebagai Ketua Pengawas je. Saya harap awak berdua tak terasa ke apa ya?" ujar Erika lembut. Bukannya dia tidak faham pandangan mereka tadi. Pandangan tidak puas hati.

"Selagi waktu persekolahan berjalan, awak berdua sepatutnya terikat dengan peraturan. So, please follow the rules. Tak banyak pun peraturan sekolah ni. Bukannya apa lah kan, muridkan mencerminkan sekolah," kata Eric sedikit tegas.

"Kalau rasa kami ni menyemakkan mata kau orang, dipersilakan berambus. Kami ni pun tak hadap nak tengok muka kau orang," balas Emir kasar. Meluat pula hatinya mendengar kata-kata Eric dan Erika. Kalau dah tahu itu sememangnya tugas mereka, kenapa tak tahan je dia dan Emisya yang terang-terangan langgar peraturan ni? Kenapa nak lepaskan juga?

"Err.. Emir.. Kami minta maaf. Saya dan Eric tak ada niat pun nak sakitkan hati sesiapa. Kami just nak berkawan. Salah ke?" soal Erika lirih. Nadanya sedih.

"Salah kalau dengan kami. Kami tak minat nak berkawan dengan kau orang," tolak Emir sombong. Berambus la!

"Tak baiklah, Emir. Orang nak berkawan sahaja. Mengapa awak menolak?" soal Erika hairan.

"Eh.. Betina.. Dengar sini ya. Kau dengan abang kau boleh berambus tak? Semak mata aku. Aku tak minat faham? Tak minat! Dua hari kau muncul, dua hari juga bernanah mata aku! Bukan setakat mata, ni haaa. Telinga aku ni nak pekak dah dengar suara kau!" tempelak Emir kasar. Matanya mencerlung garang.

Terpaku Eric apabila melihat cerlungan Emir. Cerlungannya.. Macam ada sesuatu yang ditakutkannya. Eric kemudiannya memandang Emisya pula. Wajah gadis itu muram. Sinar matanya sama macam Emir. Macam ada sesuatu yang tidak kena.

Terhinjut bahu Erika mendengar tempelak Emir. Lelaki yang mahal suaranya tiba-tiba meninggikan suara, siapa tak terkejut? Memang niatnya hendak berkawan salahkah?

Bertakung air mata di tubir mata Erika. Dia lantas bangun sebelum berlari pergi. Eric yang melihat terkial-kial hendak mengejar Erika. Sempat lagi dia menoleh ke belakang dan melihat wajah amarah Emir.

"Rika! Rika!" panggil Eric kuat. Dia berlari mengejar Erika. Akhirnya, dapat juga disambar lengan gadis itu.

"Rika..," panggil Eric perlahan. Dia memandang wajah gadis itu. Sudah basah wajah Erika dengan air mata.

"He was so mean! Kalau iya pun tak suka, janganlah tengking macam tu!" luah Erika sedih.

"Rika.. Be positive, sis. We don't know why they are acting like that, right?" pujuk Eric.

"Memanglah! Tapi perlu ke marah-marah macam tu? Macam kita ni hina sangat je! Macam kita ni teruk sangat je sebab terhegeh-hegeh nak kawan dengan dia orang," luah Erika tidak puas hati. Sebelah tangannya yang masih bebas digunakan untuk menyapu air matanya.

"Eric. Dah lah. Kita hentikan sahajalah niat kita nak jadikan mereka kawan kita. Please..," pinta Erika.

"Nope. Rika.. Rika tak nampak ke sinar mata Emir dan Emisya tadi? Sinar mata mereka macam takutkan sesuatu. There was something fishy here. Aku rasa, mereka ada pengalaman yang buatkan mereka takut berkawanlah, Rika," ujar Eric.

Terdiam Erika. Benarkah sinar mata kembar itu begitu? Atau Eric hanya mereka-reka cerita supaya dia tidak mengalah?

"Percayalah, Rika. Aku nampak. Aku tak tipu," ujar Eric bersungguh-sungguh untuk meyakinkan Erika.

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now