PART 2

366 23 0
                                    

"Kau tak kisah ke mereka cakap macam tu kat kau?" soal Emisya. Suaranya mendatar sahaja. Memang itulah ton suara yang digunakannya. Dia menyandar pada dinding. Semak samun yang menghijau menjamu pandangan matanya.

"Kisah? Aku dah tak kisah pun. Kau lupa? Aku dengan kau adalah satu. Kita hidup untuk melengkapi diri masing-masing. Bukannya untuk orang lain," jawab Emir. Dia melabuhkan duduknya di sebelah Emisya.

"Dan orang lain tak pernah ada waktu kita perlukan mereka. Jadi buat apa kita nak kisah pasal mereka? Pasal apa yang mereka cakap?" soal Emir kembali.

Terdiam Emisya mendengarnya. Ya. Memang pun. Tapi dia cuma mahu adik kembarnya itu hidup macam orang lain. Bukannya terkurung sepertinya. Bagaikan hidup dalam penjara yang tiada hujung pangkalnya.

"Sya. Aku akan protect kau. Aku tak kisah hidup aku terkurung macam ni asalkan kau selamat," ucap Emir seolah-olah mengetahui isi hati Emisya.

Dia ialah kembar Emisya. Pasti sahaja apa yang terdetik di hati Emisya terdetik juga di hatinya.

"Aku dah janji kan, Sya? Aku akan protect kau? Walaupun kau lebih kuat dari aku, hati kau lebih rapuh dari semua orang, Sya. Kau pendam semuanya sendiri. Tanpa kau sedar, luka dalam hati kau dah bernanah, Sya. Kau biarkan ia terlalu lama tanpa dirawat," kata Emir. Dia merenung dalam anak mata kembarnya itu.

"Aku kuat la, Mir. Kan aku dah kata, aku akan protect kau? So, janganlah risau sangat," kata Emisya perlahan. Hatinya sedih tatkala mendengar bait butir bicara adik kembarnya. Emir.. Andai kau tahu tentang rahsia aku, adakah kau akan bencikan aku? Aku cintakan kembar aku sendiri. Jijikkah mencintai adik sendiri?

"Dah. Jangan cakap macam tu lagi," ujar Emir. Dia menepuk bahu Emisya sekali sebelum menarik kepala gadis itu agar bersandar di bahunya. Dia mengeluarkan sekotak rokok sebelum menghulurkannya kepada Emisya. Gelengan Emisya membuatkan dia menarik balik kotak rokok itu. Mungkin gadis itu bukan dalam mood hendak merokok. Dia menarik keluar seputung rokok sebelum menyalakannya. Asap yang keluar dari mulutnya melegakan tekanannya.

"Aku sayang kau, Mir," ucap Emisya perlahan.

Terdiam Emir seketika. Dia menggosok rambut gadis itu dengan penuh kelembutan.

"Aku pun," balas Emir. Dia mengucup dahi Emisya lembut.

Emisya hanya membiarkannya. Tangannya dilingkarkan ke pinggang Emir. Sekali pandang mereka akan nampak seperti kekasih yang hangat bercinta sedangkan itulah cara mereka meluahkan perasaan mereka. Mereka tidak pandai berkata-kata. Hanya anggota badan sahaja yang mampu menzahirkan perasaan mereka.

Luaran mereka memang dingin dan beku. Tapi dalam hati mereka masih ada rasa. Cuma mereka terpaksa menyembunyikannya kerana tidak mahu nampak lemah. Biarlah hanya mereka sahaja yang mengetahui kelemahan masing-masing. Biar. Asalkan tiada lagi yang mengambil kesempatan di atas kekurangan mereka.

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now