PART 14

225 11 0
                                    

"Emir.. Emir.. Tolong," rintih Emisya perlahan. Langkah kakinya diheret perlahan menuju ke bilik Emir. Bagai mahu gelap dunianya apabila melihat dua garis merah muncul pada alat itu. Patutlah sudah dua bulan haidnya tidak datang. Rupanya ada nyawa di dalam rahimnya. Gugur air matanya yang sudah lama hilang dari matanya.

"Sya? Kau okay tak ni?" risau Emir apabila melihat wajah pucat Emisya yang terjengul di muka pintunya. Pantas sahaja dia bangun dari duduknya sebelum memapah Emisya ke katilnya. Ini kali pertama dia melihat wajah kembarnya sepucat itu. Kalau ditoreh pun belum tentu keluar darah.

Emisya perlahan-lahan mengeluarkan alat pregnancy test dari poket seluarnya. Dapat dilihatnya wajah Emir bertukar pucat melihat garis-garis itu.

"Dari hari tu ke?" soal Emir tidak percaya.

"Ya. Itu hari subur aku," kata Emisya. Dia mula menangis. Aku takut. Apa pandangan orang pada anak ini nanti? Apa nasib dia?

"Kita panggil Eric dan Erika. Kita bincang," putus Emir. Dia pantas menghubungi Eric dan Erika.

Kurang dari setengah jam wajah Erika dan Eric muncul di hadapan mereka. Sampai sahaja ke bilik Emir, Erika terus meluru dan mendakap Emisya. Dapat dilihatnya betapa lemahnya keadaan Emisya.

"Sya, awak okay?" soal Erika prihatin. Eric pula hanya mendiamkan dirinya. Buntu fikirannya.

"Apa kita nak buat ni?" soal Emir risau. Kepalanya sudah ada rancangan gila. Tapi mahukah Emisya melaksanakannya?

"Apa kata gugurkan sahaja janin tu?" cadang Emir membuatkan mereka tersentak.

"Kau gila?! Kau nak membunuh ke apa? Bayi ni tak bersalah la!" terjerit kecil Emisya mendengar cadangan Emir. Tidak disangkanya Emir mampu mengutarakan cadangan segila itu. Gugurkan janin yang tak berdosa umpama membunuh satu nyawa. Memang tidaklah dia mahu membunuh. Apatah lagi nyawa itu merupakan darah dagingnya.

"Habis tu kau ada cadangan lain ke? Kau sedar tak kita ni masih sekolah? Tak akanlah kau nak bawa perut yang membusung ke sekolah?" soal Emir geram.

"Memanglah aku tak nak. Tapi aku tak nak bunuh bayi ni! Aku tak gila lagi, Emir!" naik seoktaf suara Emisya. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menampar pipi Emir. Tapi ditahan sahaja kehendaknya itu.

"Dah tu? Kau ada cara lain ke?" soal Emir. Hatinya panas sahaja melihat reaksi Emisya.

"Kita jaga dia. Saya akan beritahu mama dan papa saya. Saya akan terangkan segalanya pada mereka," putus Eric setelah terlalu lama mendiamkan diri.

Peperangan mulut antara Emir dan Emisya terus sahaja terhenti. Mereka diam menimbang baik buruk cadangan Eric sebelum berpandangan antara satu sama lain.

"Kalau mereka tak percaya?" soal Emisya sangsi.

"They will. I promise you. I will take care of you. Don't worry, okay?" ucap Eric menenangkan perasaan Emisya

"Awak boleh bersandar pada saya bila-bila masa sahaja. Anytime. I will always be there for you," ucap Eric sambil tersenyum.

Terdiam Emisya.

"Lagipun, saya kan ada. Tak akanlah mama dan papa tak nak percaya kalau dua-dua anak dia kata benda yang samakan?" kata Erika meyakinkan mereka.

Serentak Emisya dan Emir mengangguk setuju. Cuba dahulu. Berserah kemudian.

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now