PART 8

286 22 0
                                    

"Hai!" sapa Eric girang. Di tangannya terdapat sebungkus plastik. Dia duduk bersebelahan dengan Emir. Dia mengeluarkan dua botol cola-cola dari plastik itu sebelum menghulurkan pada kembar itu.

"My treat," ujar Eric tersenyum.

"Thanks," ucap Emisya. Dia menyuruh Emir mengambil air itu.

Emir mengambil botol-botol itu. Dia membuka penutup botol itu sebelum menghulurkannya pada Emisya.

"Erika mana?" soal Emisya apabila melihat bayang gadis itu tiada di sisi Eric seperti kebiasaannya.

"Kantin kot," ujar Eric tidak pasti. Sebentar tadi, Erika masih lagi bersamanya. Pasti gadis itu melencong membeli makanan semasa mereka berjalan tanpa dia sedar.

Emisya menganggukkan kepalanya sedikit tanda mengerti. Dia meneguk sedikit air di dalam botol itu sebelum meminta penutup botol itu dari Emir. Emir hanya diam mengambil botol itu dan meneguknya sedikit sebelum menutupnya. Terkedu Eric melihatnya. Mereka berkongsi air?

"Maaf. Maaf lambat.". Termengah-mengah Erika menarik nafasnya. Sebentar tadi, dia hendak membeli sandwich tapi panjang pula barisannya.

"Tak apa. Meh duduk sebelah aku," pelawa Eric.

"Sebelum tu, kami nak minta maaf sekali lagi tentang perlakuan kami pada awak berdua," pinta Emisya. Emir hanya mendiamkan diri. Dia tiada mood hendak bercakap hari ini. Musnah mood dia!

"Eh.. Tak apalah. Kami tak ambil hati pun. Tentu awak ada sebab buat macam tu kan?" ujar Eric. Janggal pula rasanya mendengar suara Emisya meminta maaf.

"Saya tak tahu kenapa tapi saya rasa saya boleh percayakan awak berdua," ujar Emisya memulakan bicara.

Eric dan Erika tersenyum.

"Kami.. Pernah dikhianati oleh kawan kami sendiri. Disebabkan itu, kami susah bergaul dengan orang lain. Tak kiralah saudara ke apa. Memang hidup kami berdua untuk kami sahaja. Kami tak masukkan sesiapa pun ke dalam kamus hidup kami," terang Emisya. Dia menarik nafasnya dalam.

"Kami jadi paranoid. Apatah lagi waktu itu merupakan waktu paling sukar buat kami. Kawan kami pula buat onar. Kepercayaan kami pada orang lain hilang. Lenyap begitu sahaja," sambung Emisya lagi.

"Ouh.. Maaf kalau saya tanya, apa yang kawan awak buat pada awak?" tanya Erika sedikit takut. Saat itu jugalah mata Eric dan Emir menjelingnya tajam. Menyuruhnya menjaga bicaranya.

"Saat itu, kami baru sahaja kehilangan ibu bapa. Mereka sahajalah tempat kami mengadu. Bergantung. Tapi Diana dan Farid pula merancang ingin menculik Emir kerana ingin dapatkan wang tebusan. Mereka tahu kami ditinggalkan dengan harta pusaka yang banyak. Saat itu, kepercayaan kami hancur. Musnah," kata Emisya perlahan.

Terdiam mereka seketika. Beberapa minit berlalu tapi hanya bunyi daun yang bergerak sahaja memasuki gegendang telinga mereka.

"Kenapa awak percayakan kami dengan mudah, ya?" soal Erika tiba-tiba. Matanya tertancap pada Emisya. Musykil dia. Eric hanya mendiamkan diri. Dia juga ingin tahu sebabnya.

"Saya tak tahu. Tapi saya rasa saya boleh percayakan awak berdua," ujar Emisya tenang.

Mata Erika kemudiannya tertancap pada Emir pula. Meminta alasannya. Emir yang perasan mengeluh berat.

"Aku percaya pada apa yang Sya percaya. Tapi tak bermakna aku boleh terima kau orang," ujar Emir dingin.

Terangguk kepala Eric dan Erika tanda memahami kata-kata mereka.

"Terima kasih percayakan kami. Kami janji, kami tak akan hancurkan kepercayaan itu," janji Erika. Dia tersenyum manis. Eric juga tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Tanda mengiyakan.

Emir hanya memandang dingin manakala mata Emisya seolah-olah bercahaya. Mulutnya tidak tersenyum tapi sinar matanya menunjukkan betapa gembiranya dia.

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now