PART 4

300 19 0
                                    

"Hai!" sapa Eric. Erika di belakangnya hanya menghulurkan senyuman kepada mereka tetapi langsung tidak dibalas.

Emir dan Emisya hanya menjeling sekilas. Di tangan mereka masih ada puntung rokok yang menyala. Kedudukan mereka pula menyandar satu sama lain.

Terdiam Eric apabila sapaannya dibiarkan begitu sahaja. Dia menjeling Erika yang berada di belakangnya. Tangannya menarik tangan Erika agar mendekati pasangan kembar itu sebelum duduk di hadapan mereka.

"Saya Eric. Eric Harris. Ini adik kembar saya, Erika. Erika Helisya," ucap Eric. Dia menghulurkan senyuman semanis gula kepada pasangan kembar di hadapannya.

Sekali lagi, suaranya hanya dibiarkan lalu di kaki lima itu. Tiada balasan yang diterima. Kembar itu sibuk menghisap rokok sambil berpegang tangan. Emisya bersandar pada bahu Emir, dan Emir bersandar pada kepala Emisya. Rapat dan intim.

"Kami dari tingkatan 5 Beta. Awak berdua dari tingkatan 5 Alpha kan?" soal Eric.

Diam lagi.

Eric dan Erika berpandangan sesama sendiri sebelum pandangan mereka tertumpu pada kembar itu. Beruniform sekolah tapi tidak dipakai dengan betul. Kolar Emir dibiarkan tidak berlipat. Tiga butang teratas bajunya dibiarkan tidak berbutang menampakkan T-shirt hitam didalamnya.Lengan bajunya dilipat ke siku. Seluarnya pula dilipat hingga separuh betis. Emisya pula, kolar bajunya juga tidak dilipat dengan sempurna. Dua butang teratas kemejanya juga dibiarkan tidak berbutang. Skirtnya juga dilipat sehingga separuh pehanya.

Disebabkan sekolah mereka ialah sekolah swasta yang terkenal dan dipenuhi oleh anak-anak orang kaya yang bijak pandai, jadi uniform sekolah mereka memang unik bukannya seperti sekolah-sekolah lain. Lelaki, berbaju kemeja dan berseluar slack hitam. Mereka juga digalakkan memakai kot hitam pada hari Isnin. Perempuan pula berkemeja dan berskirt putih berbelang merah jambu. Mereka juga digalakkan memakai kot pada hari Isnin. Warna kemeja mereka juga berbeza mengikut tingkatan.

"Err.. Kami berminat nak kenal dengan awak berdua. Boleh kita jadi kawan?" pinta Erika perlahan. Berbahang wajahnya. Dia memandang wajah Emir lama. Memang tidak dinafikan wajah lelaki itu memang comel. Mungkin lebih comel dari dia yang perempuan ini!

"Tak," serentak sahaja Emir dan Emisya menjawab. Mereka bangun dari duduk mereka sebelum mencampakkan puntung rokok yang masih tersisa ke lantai. Mereka menjeling Eric dan Erika sebelum berlalu pergi.

"Sombong!" rungut Erika. Dia mencebik tidak puas hati.

"And interesting!" tambah Eric sambil tersenyum.

Sakit hati Erika melihat senyuman Eric. Tambah lagi apabila Eric mengatakan yang kembar itu menarik. Buta agaknya kembar aku ni! Dingin macam tu dia kata menarik?

Memang menepati kehendak mereka tapi dingin sangatlah! Nanti, tak sampai sebulan dah cabut.

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now