PART 10

217 17 0
                                    

"Sya. Hauslah!" rengek Erika. Panas betul cuaca hari ini. Mereka kini berada di bilik Emir. Sudah empat bulan berlalu dan kembar itu sudah mula mempercayai mereka. Walaupun Emir belum mempercayai merekia sepenuhnya, dia boleh lihat perubahan Emir. Kata-katanya tidak sekasar dahulu. Perlakuannya juga tidak seteruk dahulu.

"Ambillah sendiri dekat dapur. Macam tak biasa pula," cebik Emir. Mengada-ngada!

"Eeh. Kami ni tetamu tau! Mana boleh buat kerja! Patutnya tuan rumah yang buatkan air. Bukannya tetamu," bidas Erika. Matanya menjeling tanda tidak puas hati.

"Mula dah!" kata Emisya dan Eric serentak apabila melihat bibit-bibit pergaduhan mula bercambah. Situasi yang biasa dilihat mereka. Gaduh-gaduh manja je Emir dan Erika ni.

"Ish kau orang ni. Biar saya je lah ambil," kata Emisya mengalah. Kalau mahu mendengar budak berdua ni bergaduh, sampai tahun depan pun belum tentu habis. Dia mula bangun dari duduknya.

"Eric tolong Sya," tawar Eric. Dia turut bangun dari duduknya sebelum melangkah mengekori Emisya.

"Ececeh. Ada couple nak sweet-sweet ni. Iyalah. Kalau ada Emir, tak adanya kau orang boleh beromantika de armor," usik Erika.

Berbahang pipi Emisya dan Eric. Kalau bercinta ni memang kena usik gaya ini ya? Sejak mereka declare couple, asyik diusik sahaja sampaikan pipi asyik naik merah sahaja. Mereka tidak menghiraukan kata-kata Erika sebaliknya hanya berlalu keluar dari bilik Emir.

Gelisah Emir dibuatnya. Baru sahaja dia hendak bangun, tangannya ditarik oleh Erika.

"Ish awak ni. Bagilah peluang sikit kat mereka. Asyik nak jadi orang ketiga je. Bilalah masa mereka boleh bergurau senda? Awak tak nak tengok Emisya tu happy ke?" bebel Erika tidak puas hati. Asyik nak berkepit dengan Emisya je. Bagilah chance pula pada Eric nak berkepit dengan Emisya.

"Bilalah Emisya tu rasa berlovely-dovey dengan Eric kalau awak asyik kacau daun? Tak boleh bagi chance ke apa?" bebel Erika.

Masam wajah Emir. Dia tidak jadi bangun dari duduknya membuatkan senyuman Erika melebar.

"Membebel macam mak nenek," kutuk Emir perlahan namun masih boleh didengari Erika.

"Biarlah jadi mak nenek dari jadi orang ketiga," bidas Erika membuatkan Emir geram.

Baru sahaja Emir hendak membalas Erika sudah memotong percakapannya. Langsung tidak memberikannya peluang untuk membidas.

"Entah bilalah Emisya tu boleh kahwin kalau awak ni protective sangat. Janganlah perangai anak lelaki awak nanti macam ni. Kalau tak, deritalah kakak dan adik perempuan dia."

Terdiam Emir mendengarnya. Patah hujahnya mendengar kata-kata Erika. Tersenyum nakal Erika melihat wajah tertelan cuka Emir. Bersorak gembira dia dalam hati apabila mampu mendiamkan pemuda babyface di hadapannya ini.

Selamat beromantik ya, cik dan encik kembar!

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now