PART 18

224 15 0
                                    

Emir melangkah perlahan masuk ke dalam bilik Emisya. Masih ada lagi bau minyak wangi yang selalu dipakai Emisya di dalam bilik itu.

Sya.. Aku rindu kau.. Detik hati kecilnya lirih. Kenapalah kau kena tinggalkan aku ya?

Emir memandang sekeliling bilik Emisya. Bebola matanya kemudian terhenti pada almari baju Emisya. Tidak tahu mengapa tetapi bagaikan ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Dia kemudiannya berjalan ke arah almari itu sebelum membukanya. Terkejut dia apabila melihat kandungan almari itu. Bukannya ada baju Emisya yang tergantung di dalamnya, sebaliknya hanya ada gambar. Setiap gambar dibingkaikan dengan cantik. Gambar mereka dengan kawan-kawan mereka. Dengan mama dan papa mereka. Kemudian, bebola matanya terhenti lagi. Gambarnya dan Emisya dibingkaikan dan digantung di bahagian paling atas. Di sebelah gambar itu, terdapat sepucuk surat yang ditampal menggunakan pelekat.

Keinginan hati Emir ingin mengetahui isi kandungan surat itu membuak-buak. Akhirnya, dia mencapai surat itu sebelum duduk di atas pinggir katil.

"Surat apa ni?" desis hatinya hairan. Tertulis namanya di atas sampul surat itu. Untuk aku?

Ke hadapan adik aku yang paling aku sayangi, apa khabar? Aku harap kau baik-baik sahaja. Di saat kau menjumpai surat ini, mungkin aku sudah tiada di sisi kau. Mungkin kau tertanya-tanya bagaimana aku tahu aku akan pergi dari sisi kau kan?

Sebenarnya, aku sudah lama tahu rancangan Mak Cik Julia. Aku tahu, lambat-laun pasti saat ini akan tiba jua. Justeru itu, surat ini ialah utusan dari aku untuk kau.

Sejak kita kehilangan mama dan papa, kau murung. Teruk. Sampaikan aku menangis memikirkan keadaan kembar aku ni. Aku cuba jadi kuat, untuk kau. Sebab aku tak nak tengok air mata kau lagi. Aku cuba protect kau dengan segala yang aku ada. Yang aku mampu. Meskipun nyawa aku jadi taruhannya.

Kau ingat lagi tak? Sewaktu kita kecil, kita hampir diculik. Tapi kau tolak aku ke tepi sewaktu penculik-penculik itu cuba menculik aku. Akibatnya, kau teruk dibelasah mereka. Sejak itu, aku bertekad. Aku akan lindungi kau pula. Aku belajar material art supaya aku mampu pertahankan kau, Emir. Sebab aku sayangkan kau.

Ingat lagi tak? Waktu Diana dan Farid khianati kita? Mereka merancang untuk menculik kau untuk mendapatkan wang tebusan kerana mereka tahu kau jauh lebih lemah dari aku. Waktu tu, aku memang marah. Aku hampir sahaja hantar mereka ke ICU kan? Hahaha. Siapa suruh buat onar dengan aku. Memang kenalah.

Emir. Aku sayang sangat dengan kau. You are my half. Mati pun aku sanggup demi kau. Aku tahu, kalau aku dah tiada, pasti kau akan seksa diri kan? Emir. Tolonglah. Jangan seksa diri kau. Berbahagialah! Kerana aku ingin tengok kebahagiaan kau, aku sanggup berkorban, Emir.

Emir, pesan aku untuk kau tak banyak pun. Jaga diri. Jaga makan. Jaga minum. Jaga kelakuan. Jaga kesihatan. Kahwinilah Erika kerana aku tahu, dia benar-benar cintakan kau. Dah dapat anak nanti, namakan anak kau Danish atau Dania ya? Sebab aku nak namakan aku aku Danisya. Biar hampir sama sikit bunyi. Aku nak kau tolong jaga Eric untuk aku. Berbahagialah untuk aku. Lepaskan aku.

Sayang, Puteri Emisya Rayana.

Setitik air mata Emir jatuh mengenai muka surat itu. Emisya..

Kenapa? Kenapa kau sayang sangat dengan aku? Kenapa kau perlu korbankan nyawa kau demi aku? Hilangnya kau membawa separuh jiwa aku. Perginya membawa separuh nyawa aku. Tempat kau tak akan mungkin mampu diganti oleh sesiapa. Sampai bila-bila.

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now