PART 5

327 20 0
                                    

"Dah kenapa budak berdua tu nak kawan dengan kita?" rungut Emir. Tidak senang dia tatkala melihat pandangan Eric kepada Emisya. Ditambah lagi dengan pandangan Erika terhadap dirinya. Macam nak telan orang!

Mereka kini berada di dalam rumah hijau sekolah. Rumah hijau itu kosong sahaja tanpa manusia. Tuah mereka agaknya dapat menikmati pemandangan tumbuh-tumbuhan yang menghijau tanpa gangguan orang lain.

"Biarkan sahajalah, Emir. Aku tak kisah pun," ucap Emisya sekadar menyedapkan hati Emir. Macamlah dia tak tahu Emir masih tidak berpuas hati melihat pandangan kembar itu pada mereka.

"Pandang macam nak telan!" terluah juga kata-kata itu di bibir Emir.

"Kalau mamat tu ada ganggu kau, report terus dekat aku tahu! Tahulah aku nak selesaikan dia," kata Emir dengan nada mengancam.

Terdiam Emisya mendengarnya.

"Macam mana dia nak kacau kalau kau 24 hours always with me?" soal Emisya. Dia merenung wajah Emir dalam.

"Manalah tahu kan. Bukannya boleh percaya mamat tu!"

"Iyalah. Kalau dia kacau, aku janji aku akan bagitahu okay? Dah. Jangan risau," kata Emisya ingin menenangkan hati Emir.

"Macam mana aku tak risau? Kau sendiri tahu kan yang orang akan buat apa-apa sahaja untuk singkirkan kita? Mana tahu kembar salah satu dari mereka. Berjaga-jaga, Sya," luah Emir risau.

Terdiam lagi Emisya mendengarnya. Memang sepatutnya di berwaspada, tapi melihat sinar mata kembar tadi membuatkan dia tahu kembar itu memang ingin bersahabat dengan mereka. Sinar mata mereka tidak mati. Bukannya seperti dia dan Emir. Mata mereka juga tidak memandang dia dan Emir seperti mata lain.

"Aku tahu. Tapi nak salah kalau kita bersahabat kan?" soal Emisya.

"Memang tak. Tapi kau nak ke sejarah berulang kembali? Kau mampu ke tahan perasaan tu kali ni? Boleh ke hati kau tahan bila terus dikhianati? Disakiti?" soal Emir tidak puas hati. Apa yang hebat sangat kembar tu sampai Emisya tidak kisah bersahabat dengan mereka?

"Kau nak ke nyawa kita melayang sebab kita cuai?" soal Emir membuatkan Emisya terdiam. Lama.

"Tak. Tapi sampai bila? Sampai bila kita nak takut dengan bayang-bayang kita? Sampai bila, Emir? Jangan disebabkan kisah lama, kita takut untuk move forward," nasihat Emisya. Siapa kata dia tidak takut sejarah berulang kembali? Siapa? Memang dia takut. Kemungkinan untuk kembar itu mengkhianati mereka ialah 50/50. Tapi sampai bila mereka hendak hidup dalam bayang-bayang? Emir juga perlu hidup macam lelaki normal yang lain. Mempunyai kawan untuk berbual, mempunyai keluarga untuk berkasih. Jangan disebabkan dia, Emir terus keseorangan. Jangan disebabkan dia, Emir tidak mahu membuka pintu hatinya.

"Sya.. Aku dah kata kan.. Jangan sesekali fikir yang kau ialah beban untuk aku. Aku dah decide untuk jaga kau. Protect kau. Jadi janganlah fikir macam tu lagi, please," rayu Emir. Bukannya dia tidak tahu apa yang bermain di kepala gadis itu sehinggakan terdiam lama. Dia kembar Emisya. Sebahagian jiwanya ialah milik Emisya. Begitu juga dengan Emisya. Mereka ialah satu. Jadi mengapa perlu Emisya berfikiran begitu?

"Kau bukan beban untuk aku.. Sya.. Kau permata aku.. Aku hanya ada kau je dalam dunia ni. Kau pun sama. Kau hanya ada aku dalam dunia ni. Bagi aku, kau ada di sisi aku pun dah cukup. Aku tak perlukan yang lain. Aku tak nak terluka lagi sebab aku takut. Aku takut aku tak akan mampu bangun lagi kalau aku terjatuh lagi," luah Emir. Panjang lebar penerangannya mengharapkan agar Emisya faham situasinya.

Sebak hati Emisya mendengarnya. Benar kata Emir. Memang riak wajahnya kosong, tapi hatinya penuh dengan perasaan. Hatinya umpama kaca. Nampak kuat tetapi jika jatuh, pasti akan pecah jua.

"Aku sayang kau, Sya. Sayang sangat-sangat," luah Emir. Dia tahu dah banyak kali dia berkata begitu. Tapi dia peduli apa? Dia memang sayangkan kakak kembarnya itu lebih dari sesiapa. Dia memeluk Emisya erat. Dia takut. Andai kata dia lepaskan Emisya, adakah Emisya akan kekal di sisinya? Adakah dia akan berseorangan? Memikirkan hal itu sahaja cukup untuk membuatkan dia menggigil.

"Aku tahu," balas Emisya. Dia membalas pelukan Emir sambil tangannya menepuk belakang Emir lembut. Bukannya dia tidak rasa gigilan Emir. Pasti Emir takut. Kasihan adiknya.

TWIN'S LOVEWhere stories live. Discover now