MGFIL - 17💕

5.3K 232 0
                                    

"Errr..." Ezyn buntu.
Aku memandangnya tajam.

"Explain"
"Okey mcm ni....."

Flashback Ezyn's Life

Dari kecil aku membesar di perkampungan Thailand. Hidup tiada ibu bapa dilayan dengan kasar dan kejam. Walaupun PENJAGA yang menjaga aku sendiri.

"Siapa mak ayah aku!?" Aku menengking lelaki berbangsa Thailand.
"Mak ayah kau dah buang kau. Dari kecil lagi!! Kau tak faham bahasa ke Hah!! Kalau mak bapak kau tak buang kau. Kau tak kan hidup dekat neraka ni!! Berapa puluh Kali kau nak tanya hah!!"

"AKU TAK PERCAYA!! DAN AKU TAKKAN PERNAH PERCAYA!! AKU AKAN..... " tidak sempat aku menghabiskan kata-kata aku.

PANG!!!!
Satu tamparan kuat hinggap dipipiku sehingga aku jatuh terduduk. Terasa ada cecair mengalir di bibirku. Aku memandangnya tajam.

"MATI ATAU HIDUP" katanya.
"BAIK KAU PERGI KERJA SEKARANG!! BERAMBUS!!" Tengkingnya sekaligus mencampakkan beg hitam yang penuh dengan keychain bear ke arahku.

Aku mengambil beg hitam itu. Kaki ku hayun ke arah pintu.
Aku keluar dengan penuh dendam dihati. Hari ni aku Akan tamatkan segalanya.

Aku keluar dari 'neraka' kami.

Aku menuju ke Pasar terapung.

Aku membuka beg hitam itu. 2 keychain bear dicapai. Aku menyumbatkannya ke dalam kocek seluar lusuhku.
Minyak petrol yang baru dibeli tadi ku capai.
Lalu...

Minyak itu sudah selamat membasahi beg hitam itu.

Sebatang mancis dinyalakan.
Aku menjatuhkannya.

Aku hanya memandang Api yang marak dihadapanku.

mataku terpejam rapat. Kakiku perlahan-lahan menghampiri api yang marak itu.
Lagak seperti ingin membakar diri.
ya, keputusan yang tepat. Aku patut mati!

Terasa bahang api mencium kulitku.

Terasa tanganku ditarik kasar oleh seseorang sehingga aku jatuh tersungkur. Terasa perit di bahagian pinggulku.
Mataku terbuka. Mencari kelibat yang menarik aku. Aku bangun dengan tergesa-gesa untuk melarikan diri.

Bukkk!!
Satu sepakan tepat terkena perutku.
Sekali lagi muka ku menyembah Jalan yang berbatu itu. Kepalaku terhentak pada Batu sederhana besar . Dunia seakan-akan berputar dengan laju. Aku terkulai layu. Pandangan semakin kelam. Ya Allah, selamatkan aku.

"WOII!!" Jerkahan itu membuat aku tersentak. Mataku perlahan-lahan dibuka. Pandanganku terlalu kabur.

Kelihatan seorang hamba Allah sedang bergelut dengan manusia berperangai binatang itu. Ya Allah, kau lindungilah dia.

Pandanganku semakin kelam. Aku rebah.

Syaz Irwan POV.

Manusia yang dihadapanku sudah rebah menyembah jalan berbatu itu.
Tidak sia-sia Ayahku menghantar kelas martial art.
Dari darjah 4, dalam masa setahun aku sudah dapat blackbelt dalam taekwondo.
Darjah 5 Dan 6, aku belajar Muaythai.
Form 1, aku belajar karate.
Dan form 2,3 aku belajar boxing.
Sempena aku khatam belajar boxing. Ayah bawa kami bercuti di Bangkok, Thailand. Ya, umur aku Form 3.

Aku menghampiri 'budak' yang sudah terbaring di atas jalan berbatu itu.

"Ya Allah! Darah!!" Aku terjerit kecil.
Kepala budak itu penuh dengan darah.
Terus aku mencempung badan kurus miliknya. Tumpah kasihan pada budak ini.

Kelihatan Ayah, ibu Dan Sha berada di hadapan kedai buah-buahan.

"Ayahh!!" Jeritku, serentak ketiga-tiga pasang mata itu melihatku.
Mereka menghampiri.

"Syaz tiada masa nak explain!!  Jom bawa dia pergi hospital" aku bergerak menghampiri kereta alphard putih milik kami. Mereka semua tergesa-gesa menghampiri kereta.
Papa memandu laju menuju ke Bangkok Hospital.

Kepalanya berbantalkan peha milik aku. Darah masih tidak berhenti. Jeansku yang berlumuran darah tidak ku hiraukan.

BANGKOK HOSPITAL, THAILAND.

Skip

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Skip.

Aku menilik raut wajah budak dihadapanku.
Pintu bilik VIP dibuka dari luar. Terjengul muka papa, mama Dan Sha. Aku menggengam tangan budak itu. Sayangnya, dia tidak membalas genggaman itu.

"Syaz, apa yang jadi sebenarnya" Syaa bertanya.
"Macam ni....... " aku memulakan muqaddimah.

"Macam tu lah ceritanya"
Mereka hanya meng'O'kan.

Terasa tanganku digenggam perlahan. Aku berdiri dari duduk. Semua menghampirinya.

Matanya terbuka perlahan-lahan.

End Syaz Irwan POV.

Terasa tanganku digenggam boleh seseorang. Mataku dibuka perlahan-lahan. Cahaya lampu led menjamah mataku. Pandangan ku menghala ke arah anak mata seorang abang yang tersenyum.

"Saya dekat mana" ujarku.
"Hospital sayang" ujar seorang wanita. Ibunya mungkin.

Aku hanya mengangguk.
Aku teringat sesuatu. Aku meraba-raba kocek seluarku. nafas lega dilepaskan. Nasib baik ada.

Mereka memandang aku pelik. Aku bangun dari perbaringan. Lambat-lambat aku keluarkan key chain Teddybear keluar dari kocek seluar.
Satu aku berikan kepadanya. Dia tersenyum memandang aku. Tetapi aku tidak membalas senyuman itu.

Pintu dibuka dari luar. Kami semua memandang ke arah pintu. Kelihatan Seorang perempuan masuk bersama buah Dan pisau ditangannya dengan senyuman manisnya. Tidak dapat kunafikan betapa cantik kakak yang berada bersama kami.

"Nah, akak syaa dah potongkan buah. Adik makan lah" dia mengusap kepalaku yang berbalut bandage perlahan. Pinggan buah diletakkan di atas meja pesakit bersama pisau.

"Abang, saya nak minta pertolongan dari abang lagi sekali" aku merayu.

"Yes dear, abang boleh tolong. Insyaallah, apa dia?"

"Sebenarnya...." Aku terus mengeluarkan key chain Teddy bear lagi satu dari poker seluarku.

Pandangan pelik yang mereka lemparkan kepadaku ,aku hiraukan.

Aku mencapai pisau di atas meja. Aku menebuk perut Teddy bear ditangan ku. Jelas terburai isi dalam badan Teddy bear itu.

Kapas Dan....

"Da..Dadah" tergagap-gagap kakak Syaa berkata.
















Mr. Gangster Fall in Love 💕Where stories live. Discover now