Semua yang berada disitu tercengang melihat babak yang tak diduga. Aku menangis semahu-mahunya. Jari 'lelaki' itu mengesa air mata di pipiku. Aku memandang Syaz.
Syaz hanya tersenyum hambar. Air matanya dikawal agar tidak tumpah. Syaz......
"Disini saya mahu memperkenalkan pewaris kedua terkuat saya yang bakal mewarisi Emirin International High School. Dia putera saya yang pernah hilang 16tahun lalu." Papa menahan sebak. Akhirnya tumpah juga air mata seorang bapa. Begitu juga Mommy Dan juga abang. Abang merangkul bahu mommy. Ya, semua yang berada di situ sangat merindu 'dia'.
Papa menyambung lagi..
"Allah maha berkuasa. Hari demi hari,kami tidak putus-putus doa meminta dari-Nya. Alhamdulillah, hari ini. Allah telah memulangkan kembali kepada kami. Pada tahun ini, saat-saat ini. Ini lah detik yang teramat bahagia pada diri saya Dan sekeluarga saya kerana hadirnya kembali putera kedua saya yang diberi nama... " papa menarik nafas.Sekali nafas sahaja..
"Tengku Ezyn Idami Bin Tengku Emran.... "
"Merangkap kembar seiras Tengku Eryn Idaya Bt Tengku Emran". Sambung Papa lagi.Aku menatap mata Ezyn. Air mata Ezyn yang mengalir di pipinya pantas diseka olehnya. Dia lah si 'dia' yang aku terserempak di Royal Dress Boutique, Emirin Clyse Mall. Sungguh muka dia teramat sama dengan diriku.
"Sayang, jangan pandang abang Zyn macam tu~" Zyn berkata dengan senyuman nakal.
"But, why" kataku dengan muka keruh.
"Sebab.. Sebabbb.... " ayatnya tergantung.
"Sebab apaa!?" Kataku tidak sabar.
"Sebab abang rasa abang dah TERJATUH CINTA dengan PONDAN yang Iras dengan muka abang" kata Ezyn menggunakan mikrofon.
Jelas kedengaran gelak ketawa dalam ballroom.
Ezyn Dan Syaz juga Sudah kemerahan muka menahan ketawa.
Sesaat...
Dua saat...'HAAHAAHAHHAHAHAHAHAHA' terhambur juga ketawa mereka yang dari tadi ditahan.
Abang Ezraf ? Xpayah cakap. Dia orang pertama yang gelak. Siap picit-picit perut lagi. Tunggu abang. Sakit lah abang kena smackdown nanti. Papa dengan Mommy hanya tersenyum. Jelas wajah mereka yang amat merindui gelak tawa anak-anaknya.
BUKKKKK!!
Satu tumbukan aku hadiahkan di perut Ezyn. Ezyn memegang perutnya. Masih dengan sisa tawanya.Aku mara lagi ke arahnya. Kakinya ingin ku pijak. Kalau cakap depan-depan tak pe. Ni tak !! pergi cakap guna mikrofon dah kenapaa!!!
Baru berjumpa tidak sampai sejam. Tapi rapat mengalahkan 10tahun bersama. Inilah dikatakan Kembar. Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk kami berkumpul satu keluarga bersama.Aku mengangkat kaki ingin memijak kakinya.
Dengan satu tarikan sahaja aku sudah berada di dalam dakapannya."I miss you so much, my only baby OLD princess" Zyn membisik ditelinga ku. Perkataan OLD sengaja ditekan olehnya. Zyn memberikan Satu kucupan di kepala ku. Kucupan pertama dari seorang abang merangkap kembar yang Sudah lama terpisah. Sikit pun tiada rasa kekok. Ya Allah, aku bersyukur Ya Allah.
"OLD pun ramai orang hantar resume nak jadi suami adik tauuu" kataku dengan bangga. Ezyn hanya tersenyum.
"PERASAN" Ezyn membidas kataku. Dia merangkul bahuku. Arhhhh!! Tenangnya bersama dengan dia."Sekian sahaja dari saya, semua dijemput makan sebelum bersurai" Papa dengan tenang memberikan mikrofon kepada emcee.
Kami sekeluarga bersama Syaz turun dari pentas. Papa, mommy dan Abang Ezraf sudah pergi ke dewan makan.
Aku, Syaz dan Ezyn pergi ke arah Ezza, Sara, Raff dan Mmir.
Mmir dan Raff hanya tersenyum memandang kami.
"Hye bro, nama aku Raff" Raff dengan ramah memperkenalkan dirinya."Nama diberi oleh kedua ibu bapa ku, Tengku Mmir Syazwan Bin Tengku Mmizuan. Lu boleh panggil Wa Abang Long kawasan" kata Mmir dengan riaknya.
"Arghhhhh!!!" Mmir terjerit kecil. Terasa kuasa tarikan telinga seperti ibunya menarik telinganya.
"Astaghfirrullah-hal-azim, anak ibu!! Ibu enggak pernah ajarin kamu riakk!! " Raff bercekak pinggang sebelah Tangannya, sebelah Tangannya lagi satu melekat di telinga Mmir. Lagak seperti ibu Indonesia memarahi anaknya mampu mengundang tawa kami.
"Aduhh!! Ampun ibu Ampun" Mmir memohon maaf.
"Udahh! Jangan bercanda aja! Kok jadi boneka deh eloo semua! Mari ikut ibu makan" Raff mengajak kami makan tetapi tangannya masih menarik telinga Mmir.
Sekali lagi kami tertawa dengan gelagat mereka berdua.
OHHH INDAHNYAA MALAM INIIIII.......
Dua kejutan yang hadir tanpa diduga..
'Ya Allah, kau kekalkan lah kebahagiaan ini Selamanya' Aamiin Ya Rabbal Alammin.
YOU ARE READING
Mr. Gangster Fall in Love 💕
RomantikHidup Eryn Idaya yang membawa diri ke Tokyo,Japan kerana phobia dengan percintaan. Dipaksa oleh Papanya untuk mengambil SPM di Malaysia. ""Eryn Idaya sayang, stop crying. Buruknya my princess ni nangis. Abang dah bagi tahu papa yang abang akan balik...