BAB 27

2K 99 4
                                    

2 bulan sudah berlalu , Aniq Syazwan dan Kamelia Natasha mendapat cahaya mata perempuan yang bernama Damia Qairiesya . Damia dilahirkan dan diiqamatkan oleh ayah kandungnya sendiri . Kamelia berasa bersyukur kerana suaminya ada ketika dia ingin bersalin .

...

"ASSALAMUALAIKUM" , Aulia Suqhibah dan Adli Hakim memberi salam dan pintu rumah dibuka oleh Aniq . "Waalaikumussalam , Ya Allah . Lama tak jumpa" , jawab Aniq dan dia bersalaman dengan Adli . Aniq mengajak Adli dan isterinya , Suqhi masuk ke dalam rumah . Tujuan mereka berdua datang ke rumah Aniq ini untuk menjenguk bayi mereka dan juga Kamelia .

"Wahai ibu kepada Damia Qairiesya , ada tetamu ingin bertemu dengan mu" , beritahu Aniq yang ingin memasuki bilik tidur mereka . "Ye , kejap . Abang bawa Damia turun dulu , japgi saya turun" , arah Kamelia . "Sure ?" , Aniq inginkan kepastian dan Kamelia menganggukkan kepalanya . "Alo bushuk bushuk anak ayah , ada orang nak jumpe awak si kecil . Diorang bawak hadiahhh" , kata Aniq kepada anaknya yang berada di dalam pangkuannya .

"Erm Adli , tolong hamparkan tilam dengan bantal kecil tu jap . Aku nak gi buat air" , arah Aniq yang tak dapat membuat tempat tidur untuk Damia kerana tangannya sedang memegang bayi kecilnya itu .

"Dah lame ke sampai ?" , tanya Kamelia kepada rakannya itu setelah menuruni tangga dari bilik tidur . "Takde lah , baru berapa minit tadi je" , beritahu Suqhi . "Nah , air" , Aniq menghulurkan cawan yang berisi air oren itu kepada mereka berdua .

...

SETELAH tamat waktu untuk Kamelia berpantang , dia memulakan kerjanya sebagai seorang cikgu di sebuah sekolah menengah . Pagi tadi , suaminya yang menghantarkan dia ke sekolah dan sewaktu ingin pulang suaminya yang akan menjemputnya .

Sewaktu ingin keluar dari sekolah , dia ternampak Iskandar keluar dari kereta yang lain . Iskandar seperti tercari-cari seseorang . Kamelia malas hendak menegurnya takut dituduh curang oleh mata-mata yang melihat . Ramai cikgu sudah tahu yang Kamelia sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata . Mereka juga kenal dengan Aniq Syazwan kerana Aniq sering menjemputnya untuk pulang .

Aniq datang tepat pada masanya . Aniq masuk ke dalam kawasan sekolah dan Kamelia terus membuka pintu kereta . "Bang , cepat bang . Keluar je pakai pintu belakang sekolah" , beritahu Kamelia yabg sedang panik , dia takut jika Iskandar ingin berjumpa dengannya . "Kenapa ni sayang . Lek lu , bawa bertenang , beritahu i slow slow" , Aniq cuba menenangkan isterinya itu . Kamelia menarik nafas dan selepas menghembuskan nafasnya , dia menceritakan apa yang ingin terjadi kepadanya , "Tadi....saya nampak Iskandar , saya takut kalau dia yang hantar saya balik nanti . Nasib baik abang sampai awal . Saaaayang Abang" . "Alah , awak ni , perasan je lebih hahahaha . Mana awak tahu dia nak ambil awak ? Dia berani ke nak ambil awak daripada saya ? Muka macam tembok ada hati nak ambil queen aku" , Aniq memerli Iskandar lalu dia mendengar lagu yang dipasang pada radio keretanya .

CRUSH SEBELAH RUMAH | ✅Where stories live. Discover now