BAB 34

1.9K 89 2
                                    

ADLI Hakim datang ke rumah Aniq untuk mengajarnya berjalan . Selepas beberapa jam Adli mengajarnya , mereka singgah di sebuah gerai makan . "Aku rindu arwah isteri aku weh" , kata Aniq , sayu . "Suami mana yang tak rindukan isteri dia sendiri sewaktu orang yang dia sayang tu takde bersama dia ?" , ujar Adli . "Aku sayang dia dari sekolah rendah lagi , kenapa dia pergi ? Sanggup dia tinggalkan aku yang cuba untuk belajar jalan macam bayi ni ?Sanggup dia pergi tinggalkan anaknya yang tak sampai sebulan lagi umurnya ?" . "Eh ! Aniq dengar sini . Bukan sengaja Kamelia nak tinggalkan kau . Ajal dia dah sampai . Tak baik kau meratapi dia , nanti dia tak tenang . Anak kau , keluarga kau boleh tolong kau jaga , aku dengan Aulia ada , boleh tolong jagakan . Kau tak payah susah-susah pikir pasal ni . Lama-lama nanti kau boleh jugak berjalan macam dulu . Kau jangan macam ni weh" , Adli menasihati rakan baiknya itu selepas mendengar Aniq berkata yang bukan-bukan .

...

ADLI menghantar Aniq pulang ke rumah dan terus bergegas keluar dari luar rumah Aniq . Dia mendapat panggilan dari doktor di hospital yang mengatakan isterinya sudah ingin bersalin . Sesampainya dia di hospital , dia mendapat khabar yang dia dan Aulia mendapat anak lelaki . Adli masuk ke dalam wad Aulia . "Sayang , maafkan abang . Abang tak sempat tengok sayang bersalin . Maafkan abang sayang" , Adli merayu meminta maaf kepada isterinya sambil menggenggam tangan isterinya dan air matanya berlinang . "Takde ape lah abang . Sayang okay je . Abang selamat sampai untuk tengok saya ada lagi dan dapat tengok bayi pon saya dah gembira" . "Sayang ada lagi ? Apa awak mengarut ni sayang ? Tolong jangan pikir bukan-bukan boleh ? Saya tak nak kehilangan awak , please lah" .

...

KEESOKAN harinya , Aniq diajar lagi oleh Adli untuk berjalan . Adli mengajar Aniq berjalan di sebuah taman tasik . "Kau dah boleh jalan dah ni . Cepat betul kau belajar , kalau orang lain lambat" , puji Adli dan pujiannya itu membuatkan hidung Aniq kembang . "Doktor cakap kaki aku ni patah takde lah serius mana pun . Terima kasih lah weh sebab ajar aku jalan . Sayang kau" , Aniq membuat reaksi muka seperti hendak mencium Adli . Adli menolak muka Aniq kerana geli .

"Kau ni kalau aku sepak kaki kau , tak leh jalan balik kang . Kau cuba gi jalan-jalan dulu , ambil angin , pasal peristiwa kau terserempak dengan orang gila tu kau abaikan je" , Aniq mengetahui tentang cerita Aniq dan arwah isterinya bertembung dengan Iskandar . Aniq bangun dari kerusi kayu di hadapan tasik lalu berjalan perlahan-lahan menuju di bahagian pejalan kaki . Pada masa yang sama , Adli juga bangun untuk ke sebuah kedai yang berdekatan dengan tasik itu untuk membeli air . Tiba-tiba , ada seorang lelaki yang memakai mask hitam dan hoodie berwarna gelap menolak Aniq jatuh ke dalam tasik . Adli yang terdengar bunyi sesuatu jatuh ke dalam air itu bergegas lari . Dia terlihat Aniq sudah tiada di sekitar tasik , tetapi dia sempat melihat seorang yang berpakaian gelap itu berlari menuju ke kereta milik lelaki itu . "Aniq !!" , jerit Adli selepas terlihat warna baju yang dipakai oleh Aniq di dalam tasik . Aniq tenggelam di dalam tasik dan Adli segera menelefon pihak yang bertanggungjawab menyelamatkan Aniq . Adli bersyukur kerana mempunyai nombor telefon bapa Aniq , dia menelefon bapa Aniq dan memberitahu berita tentang Aniq .

Sesampainya sukarelawan yang menyelamatkan Aniq , bapa Aniq juga sampai . Aniq ditutupi dengan kain plastik berwarna hitam , bapa Aniq yang tiba dari pejabat itu terkejut melihat anaknya sudah meninggal dunia . Selepas sukarelawan itu membawa Aniq masuk ke dalam ambulans , Adli segera ke balai polis untuk melaporkan tentang kes yang melibatkan Aniq . Adli betul-betul yakin orang yang menolak Aniq ke dalam tasik itu adalah Iskandar .

...

"Encik sempat tengok nombor plat kereta yang dinaiki suspek ?" , soal seorang anggota polis lelaki yang bertugas itu . " Ya , WXY 5678 (rekaan semata-mata)". Polis itu menyoal Adli lagi , "Apakah pakaian terakhir yang dipakai oleh suspek ketika encik melihatnya ?" dan Adli memberitahu dari kepala sehingga kaki apa yang dia lihat sewaktu Iskandar memakai di tasik itu . Polis tersebut sudah mendapat kesan di manakah Iskandar tinggal dan pihak polis ingin menyerbu rumahnya pada malam itu .

...

BAU yang busuk menusuk hidung anggota polis yang terlibat . Tiga daripada tujuh orang anggota polis menjaga bahagian luar rumah manakala yang selebihnya di bahagian dalam . Salah seorang daripada tiga orang anggota tersebut mengendap dia bahagian tingkap bilik Iskandar . Kelihatan Iskandar sedang tidur di atas katil biliknya . Empat orang anggota polis yang menyerbu masuk ke dalam rumah Iskandar masuk dengan berhati-hati .

CRUSH SEBELAH RUMAH | ✅Where stories live. Discover now