BAB 38

2.1K 70 0
                                    

KEESOKAN harinya , Damia dikejut oleh neneknya untuk bangun dari tidur . Dia menuju ke bilik air dan memakai baju , selepas itu dia pergi ke dapur untuk bersarapan . "Mia nak ikut opah berniaga tak ?" , sapa opahnya sambil menceduk sambal ikan bilis untuk diletakkan ke dalam pinggan makannya . "Opah berniaga ? Nak ikut nak ikut !" .

...

"BANG , saya rindu pulak dekat Damia tu . Dia okay ke duduk dengan atok nenek dia ?" , kata Aulia yang penuh kerisauan . "Haih , dah kenapa pulak dia tak okay ? Kan dia yang nak jumpa atok dengan nenek dia ? Pelik pelik lah awak ni" , kata Adli lalu keluar dari pintu rumah dan membuka pintu keretanya . Dia ingin ke tempat kerja kerana ada mesyuarat yang ingin dijalankan .

Aulia memasuki rumahnya selepas bersalaman dengan suaminya . Dia bersiap-siap untuk menghantar anak lelakinya ke sekolah dan ke tempat kerja . Damia ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya selama beberapa minggu , seminggu sebelum sekolah bermula Aulia dan Adli perlu mengambil Damia di rumah orang tua arwah rakan karibnya .

...

"Mak cik , saya nak 10 bungkus nasi lemak . 5 bungkus nasi kerabu , lauk macam biasa" , pesan seorang lelaki yang bert-shirt kelabu berseluar track . "Eh , banyak betul kamu order , sebelum ni 5 bungkus je" , kata Mak Cik Piah hairan . Lelaki yang datang memesan 15 bungkus nasi tersebut merupakan salah seorang pelanggan tetap di gerai Mak Cik Piah . Dia tergelak kecil selepas mendengar kata-kata wanita tua itu . "Family isteri datang rumah , sebab tu order banyak hehe . Eh cik , ini siapa ?" . "Ouh! Yang ini ? Ini cucu mak cik" . Mak Cik Piah menggosok-gosok kepala Damia yang sedang duduk di atas kerusi . Damia memandang Mak Cik Piah dan lelaki itu berkali-kali , kurang faham apa yang mereka sedang bualkan .

CRUSH SEBELAH RUMAH | ✅Where stories live. Discover now