BAB 23

2.1K 116 4
                                    

"ANIQ , Lia buat salah apa kat Aniq ?" , sapa Lia ketika mereka bertembung di hadapan pagar sekolah . "Tak ade pape hm" , Aniq membalas . Riak muka Lia berubah setelah mendengar keluhan kecil Aniq . Aniq jalan perlahan-lahan menuju ke kantin dan Lia mengekorinya dari belakang .

"Kenapa awak ikut saya ?" , soal Aniq apabila ternampak Lia di belakangnya . "Eh , kantin ni awak punye eh ? Saya datang sini nak study lah" , dan Lia terus menuju ke arah meja yang tidak mempunyai orang .

Dari sudut yang lain , Aniq memandang Lia . Dia memandang Lia dengan penuh rasa sayang . 'Lia , serius ke awak tak nak pujuk saya ni ? hm' , bisik Aniq dalam hati . Tiba-tiba , dia terlihat Iskandar datang ke kantin dan ingin berjalan ke arah meja yang Lia duduk .

Aniq pantas menggalas beg dan berlari mengambil tempat di sebelah Lia . "Ehhhh , ni tempat aku !" , kata Aniq kepada Iskandar . "Kau ni apesal ? Tak boleh tengok kami bahagia ke ?" , soal Iskandar . "Sorry Is , saya tak rasa bahagia langsung bila ada dengan awak . Sorry" , Lia bersuara lalu mengemas buku-bukunya masuk ke dalam beg dan beredar dari kantin .

"Tengok ! Kau punya pasal lah ni !" , jerit Aniq dan jeritannya itu membuatkan Iskandar dan pelajar-pelajar yang berada di kantin itu memandangnya . Aniq bangun dari tempatnya dan menuju ke tapak perhimpunan .

...

"LIA , kau okay tak ni ?" , tanya Suqhibah selepas ternampak Lia mengurut dahinya sendiri . "Hm tak , aku nak pergi cari minyak angin jap . Kau ade ?" , Lia pening memikirkan tentang hal Aniq Syazwan dan Iskandar Danial . "Ha , ade ade . Nah" , Suqhi menghulurkan minyak angin cap kapak yang bersaiz kecil itu kepada Lia .

...

Selepas subjek Matematik , pelajar Tingkatan 4 dan 5 terpaksa berkumpul di dalam dewan . Semasa Kamelia ingin menuruni tangga , tiba-tiba dia rebah dan rakan sekelasnya yang melihat dia pengsan itu mula panik . Pada masa yang sama , Aniq juga sedang menuruni tangga yang dituruni oleh Kamelia . Dia segera mendapatkan Lia setelah Lia jatuh .

"Bawa dia pergi bilik rehat , ambil kunci ni dan tolong beritahu dekat cikgu yang bertugas ye" , arah Cikgu Ayuni kepada Suqhi . "Meh aku tolong kau nak ?" , Aniq mewakilkan dirinya untuk membantu Suqhi . "Aku bagitau cikgu bertugas yang Lia pengsan dan kau gi hantar dia kat bilik rehat . Sebelum tu , bak kat aku kunci bilik tu , aku gi bukak . Nanti senang lah kau , bawa masuk dia terus dalam bilik tu" , Aniq memberitahu Suqhi dan Suqhi menganggukkan kepalanya .

...

LIA terjaga dari pengsannya dan dia dapati Aniq sedang berada di pintu bilik rehat . "Awak ke yang bawa saya ke sini ?" , soal Kamelia selepas menyandarkan dirinya pada kepala katil . "Tak , Suqhi yang papah awak" , Aniq menjawab soalan Kamelia tanpa memandang gadis itu langsung . Lia berasa hairan dengan sikap Aniq sejak semalam tetapi dia perlu mengambil masa untuk memujuk crush idamannya itu .

CRUSH SEBELAH RUMAH | ✅Where stories live. Discover now