MUSIM persekolahan hampir tiba , Aulia Suqhibah dan Adli Hakim mengambil Damia dari rumah Mak Cik Piah . "Terima kasih sebab sudi hantar Damia dekat sini , terubat rindu dekat arwah anak dengan menantu cik ni ha" , kata Mak Cik Piah dengan nada yang sayu . Damia terus memeluk nenek kesayangannya itu dengan erat . "Nanti Mia datang lagi jumpa opah dengan atuk tau , terima kasih opah sebab jaga Mia" . Sejurus selepas itu , Damia serta ibu dan ayah angkatnya bersalaman dengan Mak Cik Piah dan Pak Cik Mail .
...
"IBU dengan ayah nak tahu tak ? Mia selalu ikut opah pergi jual nasi dekat gerai pagi-pagi . Lepastu kan , setiap petang atuk ajak Mia ronda naik moto . BESTTTTTT" . Aulia dan Adli yang mendengar cerita yang disampaikan oleh anak angkatnya itu saling berpandangan . Suasana yang sunyi di dalam kereta riuh-rendah dengan ketawa mereka bertiga .
...
SESAMPAINYA di rumah , Damia keluar dari kereta dengan menggalas beg pakaiannya . Dia menjenguk di sebelah rumah banglo milik ibu dan ayah angkatnya . Terdapat sebuah keluarga yang baru berpindah . Dia terpandang seorang lelaki seperti bayanya , lelaki itu turut memandang dan melemparkan senyuman yang manis kepadanya . Damia membalas senyuman lelaki itu dan terus masuk ke dalam rumah .
Dia memasuki bilik tidurnya dan mencapai buku diarinya . Dia membuka buku tersebut dan membuka penutup pen , dia menulis cerita sepanjang dia berada di kampung dan dia membelek muka surat belakang sekali dan menulis beberapa perkataan dalam bahasa korea yang bermaksud , Crush Sebelah Rumah .
TAMAT
YOU ARE READING
CRUSH SEBELAH RUMAH | ✅
Teen FictionSetelah 3 tahun berpisah, kini cinta Kamelia Natasha dan Aniq Syazwan berputik kembali. Aniq menjadi pelajar baharu di sekolah Kamelia kerana mendapat keputusan yang cemerlang pada Pentaksiran Menengah Rendah (PMR) tahun lalu. Pada masa yang s...