BAB 3

4.2K 193 21
                                    

"SORRY awak. Nasib baik saya tak letak kuah lagi, kalau tak..habis saya kena dengar Pak Cik Nizarudin membebel hehe", kata Aniq. Kamelia bertambah terkejut kerana Aniq masih mengingati nama bapanya. Sewaktu sekolah rendah, Aniq dan rakan-rakannya selalu memerli Kamelia dengan panggilan 'Din' sehingga Kamelia pernah menangis.

Disebabkan satu perlian, Aniq menjadi crush Kamelia.

...

"KRINGGGGGGGG", loceng kesukaan pelajar-pelajar pun berbunyi. Kamelia menyusun buku latihannya dengan teratur ke dalam beg sandangnya. Kemudian seorang rakan sekelasnya menepuk meja Lia, "BAAAAAA!!", dia cuba menyergah Kamelia.

"Maaf Suqhi, tak menjadi", katanya. "Pehal ni wei? Ada problem ke? Ada orang buli kau? Meh sini aku tumbuk", acah Suqhi. Suqhi atau mesra dipanggil suqhipanpan adalah rakan karib Kamelia. Dia lebih suka dipanggil dengan panggilan begitu kerana dia penggemar #1 haiwan Panda.

"Takdelah, aku jumpa crush aku huhu", Kamelia memberitahu Suqhi. "Wah! Kau serious ke ni? Bapak ahhhh. Dia kenal kau lagi tak?", tanya Suqhi. Kamelia menganggukkan kepalanya dan Suqhi menepuk tangannya beberapa kali, kagum dengan rakannya. "Baguslah dia ingat kau. Aku ni.. crush tak pernah nak notice hm"

...

KAMELIA dan Suqhi menuruni tangga di bangunan kelas mereka untuk keluar dari sekolah. Dalam perjalanan untuk keluar dari pagar sekolah, beg Kamelia ditarik dari belakang. Pada masa yang sama, Suqhi telah beredar kerana ayahnya menunggunya di luar sekolah. Kamelia berdoa agar orang yang menarik begnya itu bukan Aniq. Dia menolehkan kepalanya ke belakang dan berasa lega kerana orang itu bukan Aniq.

Ada seorang pelajar perempuan setinggi bahunya menghulurkan surat kepada Kamelia. Dia bertanya kepada perempuan itu siapakah pengirim surat ini, kemudian budak itu mengangkat bahunya. 'Budak ni mesti junior, sebab tak tahu nama senior-senior dia lagi haha', sindir Kamelia dalam hati, tidak berani dia nak perli depan-depan, tak pasal-pasal kena karate.

Kamelia mengucapkan terima kasih kepada gadis berkaca mata itu dan berjalan seorang diri ke perhentian bas yang tidak jauh dari sekolahnya. Sambil dia berjalan, dia membuka surat itu dan nama pertama yang tercatat pada kertas itu ialah...

CRUSH SEBELAH RUMAH | ✅Where stories live. Discover now