BAB 37

2K 71 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM" . Sesampainya Adli Hakim dan keluarganya ke rumah nenek Damia , mereka memberi salam untuk memastikan ia rumah yang betul atau tidak . Tiba-tiba , keluar seorang lelaki tua dari bawah rumah . "Waalaikumussalam , ha Adli kenapa datang ni ? Naiklah dulu . Pak cik repair motor tadi ha . Jangan ingat pak cik ni biashe biashe . Pakcik❌ramai hahaha" , ayah kepada arwah Aniq Syazwan menepuk-nepuk belakang Adli dan menbuatkan Adli dan isterinya tergamam . Damia memberi salam dan menjejakkan kaki kanannya ke dalam rumah nenek kesayangannya . Sebelum dia mencari neneknya , dia menyalam tangan datuknya . Dia meluru ke dalam bilik neneknya tetapi neneknya tiada , dia mencari di dapur dan kelihatan ibu arwah bapanya sedang memasak lauk-pauk untuk dihidangkan kepada tetamu .

"Eh cucu opah , bila sampai ? Maaflah , opah tak dengar pun bunyi kereta masuk halaman tadi . Opah tengah kusyuk memasak ni ha haha" , Mak Cik Piah membasuh tangan dan mengelap pada kain batik yang dipakainya . Dia membawa Damia keluar dari dapur dan mereka berbual di ruang tamu .

"Kami datang ni sebab Damia kata dia rindukan opah dengan tokwan dia ha . Kami pun kesian , asyik dengan sekolah je kan , kami hantar dia ke sini . Mak cik dengan pak cik takpe ke kalau saya tinggalkan dia ? Sebab saya dengan Adli pun kena balik ke kampung saya jugak hehe" , Aulia Suqhibah berasa serba salah untuk bertanya kerana Mak Cik Piah dan suaminya sudah kelihatan tua .

"Eh , ape pulak tak bolehnye ? Sejak anak dengan menantu kami dah takde , rumah ni punya sunyi , kami berdua je yang tahu . Kan bang kan ?" , Mak Cik Piah berpaling kepada suaminya dan dibalas dengan anggukkan . Damia memang seorang budak yang baik , dia juga gemar membantu Aulia semasa Aulia membuat kerja . "Kejap ye saya ambilkan beg Damia dalam bonet" , Adli melangkah keluar dari rumah ibu bapa arwah rakan karibnya itu dan menuju ke keretanya .

...

DAMIA tidur lewat pada malam tersebut , tiba-tiba namanya dipanggil dari bilik tidur neneknya . "Damia meh sini , opah nak tunjukkan rupa ibu dengan ayah kamu ni ha" , Mak Cik Piah meletakkan album yang dimiliki oleh Kamelia Natasha di atas riba cucunya . "Ini ke mama Mia ? Cantiknye mama" , dia mengusap gambar ibunya lalu membuka helaian yang seterusnya . Tersentuh hatinya melihat gambar Kamelia sedang mendodoikan dia semasa dia kecil . Datuknya menunjukkan rakaman ketika Damia diazankan oleh bapa kandungnya . "Macam mana mama dengan ayah boleh takde ?" , Damia memandang Pak Cik Mail dengan sayu dan berharap datuknya akan bercerita .

Hai , author comeback 👻 ok bye 😂

CRUSH SEBELAH RUMAH | ✅Where stories live. Discover now